Menyelusuri Sungai Terengganu Yang Kaya Dengan Sejarah



Jika anda menyelusuri dengan bot Sungai Terengganu bermula muara sungai  sehingga ke Kuala Telemong anda akan memperolehi banyak maklumat sejarah.

Di muara sungai , di sebelah kanan anda  adalah Kg Seberang Takir dan di kiri adalah bandar Kuala Terengganu.

Di Seberang Takir ada orang Bugis .

Tentu ada ceritanya kan?

Di Bandar Kuala Terengganu ada Kg Patani juga ada kisah sejarahnya dan Kg Keling.

Kemudian anda dapat melihat sebuah di hadapan anda iaitu Pulau Duyung.

Di Pulau Duyung ini pengarang kitab Matla' Badrain pernah tinggal bersama keluarganya kemudian dibawa ke Mekah oleh Syeikh Dawud RA.

Syeikh Dawud pernah datang ke Pulau Duyung pada suatu ketika dahulu.

Di Pulau Duyung ini ada rumah Tok Syeikh Duyung iaitu guru kepada Sultan Terengganu pada itu.

Sultan pada ketika itu berkayuh perahu datang ke majlis ilmu Tok Syeikh Duyung.

Seterusnya anda dapat melihat masjid Kristal di sebelah kiri anda.

Seterusnya anda akan melihat Losong  Feri di sebelah kiri anda juga.

 Sekarang dibina Muzium Losong padanya .

Tempat muzium itu dahulunya tempat raja Siam Chulalongkorn berehat ketika datang ke Terengganu.

Seterusnya apabila anda bergerak ke hadapan  anda dapat melihat Masjid Tok Ku Paloh tempat pengajian dan tempat mujahidin menentang penjajah ketika itu.

Seterusnya setelah anda bergerak ke hadapan, anda akan melihat muara sungai Nerus di sebelah kanan anda.

Jika anda menyelusuri sungai Nerus anda akan tersekat di Jeram Tokong kerana terdapat batu dalam sungai tersebut.

Di sebelah kanan batu jeram tersebut  jika anda naik ke atas tebing anda akan lihat tempat Laksamana Cheng Ho berehat kerana tersekat dengan batu jeram tersebut ketika belayar  .

Setelah anda berpatah balik ke sungai Terengganu ,  tidak lama anda akan lihat  di sebelah kiri sebuah pulau yang ditutupi dengan pokok kayu yang tebal.

Pulau Rusa namanya .

Katanya orang Pulau Rusa cantik wajahnya dan dikatakan berasal dari Champa.

Seterusnya anda tiba di Kg Beladau Kolam setelah bergerak selama 10 minit.

Beladau Kolam di sebelah kanan anda.

Di kg tersebut tinggalnya Tg Hj Abdul Rahman Limbong pejuang yang tidak asing lagi.

Dari Beladau Kolam berkayuh perahu ke Paloh untuk belajar dengan Tok Ku Paloh.

Di kiri anda pula ialah Kuala Bekah.

Di Fatoni  juga ada  Kuala Bekah tempat kelahiran Syeikh Dawud Fatoni.

Adakah ianya satu kebetulan?

Atau di Kuala Bekah itu ada keluarga Syeikh Dawud ?

Wallahua'lam.

Seterusnya di hadapan sedikit anda tiba di kg Sungai Rengas.

Di kg ini dahulunya ada pondok besar dipimpin oleh Syeikh Isa Sungai Rengas cucu Tok Pulau Manis.

Syeikh Isa adalah murid kanan Syeikh Dawud Fatoni.

Seterusnya anda bergerak dan tiba Pulau Manis
.

Di kanan anda Pulau Manis Manir dan di kiri anda Pulau Manis Serada.

Kubur Tok Pulau Manis berada di Pulau Manis Serada.

Seterusnya anda akan tiba di Kuala Telemong.

Di Telemong ada padang Kachong tempat pertempuran antara mujahidin pimpinan Tg  Hj Abdul Limbong dengan penjajah dan barua-baruanya.

Selamat menyelusuri Sungai Terengganu
Negeri Persinggahan Ulamak pada suatu masa dahulu.

Catat Ulasan

0 Ulasan