
Ramai yang berfikir bahawa orang Melayu di Tanah Melayu dan Kalimatan tidak mempunyai sistem tulisan asli mereka dan hanya menggunakan aksara Pallawa atau Kawi yang yang berasal dari India. Selain dari tulisan Jawi yang huruf nya dipinjam dari aksara Arab. Sebenarnya orang Melayu di Tanah Melayu khasnya negeri Perak mempunyai sistem tulisan mereka yang tersendiri. Sistem penulisan orang Melayu Perak ini dikenali sebagai Gangga Perak tetapi sayang sistem penulisan ini tidak lagi digunakan pada masa sekarang dan makin hilang ditelan arus masa. Malah ramai generasi anak Melayu sekarang tidak mengetahui kewujudan sistem penulisan Gangga Negara ini.
Selain daripada sistem penulisan atau aksara Rencong (Sumatera) dan Gangga Melayu (Negeri Perak). Ternyata orang Melayu di Kalimatan terutama kawasan Sanggau (Kesultanan Melayu Sanggau) mempunyai sistem penulisan mereka yang dikenali sebagai Gholiks. Sistem penulisan atau aksara Gholiks ini juga menerima nasib yang sama seperti Rencong dan Gangga Melayu kerana ianya tidak lagi digunakan pada masa kini setelah penggunaan aksara Rumi digunakan dalam kehidupan seharian orang Melayu pada masa kini. Sekaligus menyebabkan penggunaan ketiga-tiga sistem penulisan atau aksara Melayu purba ini semakin pupus penggunaannya.
Secara faktanya selain daripada tiga jenis penulisan atau aksara ini. Ras kita iaitu Melayu Polinesia yang menghuni di kawasan Asia Tenggara, Nusantara, Kepulauan Pasifik dan Mikronesia mempunyai berpuluh-puluh sistem penulisan asli mereka yang tersendiri. Malah perlu kita ingat, bahawa ras kita adalah ras yang paling banyak mempunyai sistem penulisan atau aksara berbanding ras lain di dunia ini. Fakta ini sebenarnya akan menyebabkan para penghina bangsa kita dimalukan dengan dakwaan jahat mereka yang sebenarnya adalah menyimpang dari fakta sebenar. Malah kebenaran itu sendiri akan mengatasi kebatilan.



0 Ulasan