KAPAL GELIUNG MELAYU


Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang seperti meriam didalam kuantiti yang banyak.

Rentasan sebuah Galleon

Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.


 Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar


Credit Antiq Sufi Pagaruyung


Kopipes

Catat Ulasan

0 Ulasan