Dalam banyak-banyak keris peninggalan Arwah Aki Mat Kilau , Saya tertarik dengan keris Sepukal ini yang seakan Sundang. Keris ini asalnya adalah kepunyaan Ayahandanya iaitu
"Tok Gajah" ianya diwariskan atau diamanahkan kepada Mat Kilau ketika Mat Kilau berusia 16 Tahun.
Keris ini adalah 100% Keris Tempa Pahang , Kebiasaannya keris digunakan untuk menusuk, menikam dan menghunus , Tapi keris Mat Kilau ini Ianya bukan sahaja untuk menikam malah boleh digunakan untuk menghiris kerana mata bilahnya tajam atas bawah.
Agaknya inilah keris yang digunakan Mat Kilau pada satu kisah dimana Arwah membunuh 9 orang musuh sekaligus dalam satu masa. Wallahu'alam.
Jika kalian perhatikan , Pada keris ini terdapat Titik bulat putih dekat Belalai gajah dan aring. Ianya adalah Perak (Pemusnah Ilmu Kebal). Hulu keris pula diperbuat dari Kayu kemuning Hitam yang mempunyai banyak khasiat seperti penawar.
Sewaktu Mat Kilau mengasingkan diri di siam , Keris ini telah ditanamnya di dalam tempayan selama 30 tahun sebelum digali semula. Tujuannya adalah untuk merahsiakan identitinya kerana keris ibarat pengenalan diri orang terdahulu , Dari keris saja kita boleh identiti , pangkat dan asal tempat lahir seseorang. Jika dilihat sampir keris Mat Kilau jelas berasal dari Pahang.
Gambar Arwah Aki Mat Kilau di bawah tu diambil pada Tahun 1969 , Keris yang tersisip di pinggang arwah itu adalah keris yang sama di dalam gambar . Sewaktu Mat Kilau mengisytiharkan diri pada tahun 1969, Keris ini diserahkan kepada orang kepercayaannya iaitu Arwah Haji Abu Bakar (Menantu & Muridnya).
Keris peninggalan arwah Aki Kilau sekarang berada dijagaan oleh cucunya Cikgu Alhamadi Bin Haji Abu Bakar (Guru Utama Seni SilatTapak Setia Suci - Warisan Mat Kilau) yang tinggal di kuantan. Ayahandanya mengamanatkan keris itu kepadanya pada tahun 2004. (Al-Fatihah - Haji Abu Bakar)
Bissirril Al-Fatihah
Arwah Aki Mat Kilau
Pahlawan Melayu Pahang.
"Gagah perkasa dato laksamana
Keris sebilah tersisip dipinggang
Pahlawan berani bijak laksana
Berundur langkah ia berpantang
Sauh dilabuh ke arah hilir
Kapal bermalam ditanjung tuan
Peluh bercucur darah mengalir
Kerana bangsa rela terkorban
Terbang helang ke atas angkasa
Tiba diawan menyongsong pergi
Terbilang negara ternama bangsa
Jasa pahlawan dijunjung tinggi."
www.sahih.com.my
0 Ulasan