Sedikit Catatan Pemikiran
Komunis atau kapitalis
Di Tanah Melayu dan Sabah / Sarawak komunis dianggap Bani Cina dan Bani Cina itu dicap komunis. Benarkah?
Kita orang Islam, orang Melayu perlu menjaga akidah dan iman kita. Bukan bercakap penuh dakyah dan penuh sentimen. Bercakap mesti ada fakta, ada dalil dan nas. Berhujah atau berkata-kata berlandaskan pemerhatian dan kajian. Mengkaji sejarah, merungkai pengalaman. Mencari jawapan sebab dan akibat seterusnya mengatur penyelesaian. Jangan menulis dan menyebarkan sesuatu yang tidak pasti. Menjadi fitnah. Sangat dilarang dalam agama dan menjatuhkan nilai kemelayuan kita
Buang ego, buang sentimen yang akan menyerlahkan kedangkalan berfikir atau menampakkan kebodohan sikap dan tingkah laku kita. Hal itu menelanjangi diri kita sendiri.
Menuduh komunis dan nenyebar fitnah serta keburukan sesuatu pihak itu perlulah bersandarkan fakta. Bukan semborono menuding jari. Sewenang-wenang mengata orang dengan tuduhan tercela sebenarnya membongkar kelemahan dan keaiban kita sendiri. Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Kita faham atau tidak, apa itu komunis? Apa itu gerila komunis atau pengganas komunis? Adakah komunis itu Cina sahaja? Melayu, India dan sebagainya tidak terlibatkah dengan komunis?.
Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Terorisme ialah manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan. Tiadanya satu takrifan pengganasan yang disetujui sejagat. Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi (berbanding serangan secara sendirian), dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang awam.
Gerila (juga dikenali sebagai partisan) ialah istilah yang diserap daripada bahasa Sepanyol (daripada perkataan guerra bererti perang) yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan pejuang kecil. Peperangan gerila beroperasi dengan kumpulan pejuang yang kecil, mudah bergerak dan mudah berubah-ubah yang dikenali sebagai sel, tanpa barisan hadapan rasmi. Peperangan gerila merupakan bentuk paling tua peperangan tidak bersimetri. Penyumbang utama kepada teknik perang gerila termasuk Mao Zedong dan Che Guevara. Walaupun "peperangan tidak bersimetri" merupakan istilah ketenteraan kepada taktik gerila, ia sering dirujuk secara hina sebagai "pengganas."
Pengganas ialah orang yangg mengganas atau melakukan keganasan dan kekejaman. Ringkasnya boleh diistilahkan sebagai penjahat.
Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM
membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah, di Batu Kikir pada 30 April 1930. Bapa Revolusi Vietnam, Ho Chi Minh hadir sebagai wakil Communist International (Comintern).
Ringkasan ancaman komunis di Malaysia:
Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis
1. Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
2. Komunisme memperjuangkan;
i. masyarakat tanpa kelas,
ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
3. Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.
(a) Cara penyusupan Komunis
1. melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
2. sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.
3. Dalam kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
4. Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam.
5. Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.
6. Komunis guna kekerasan dan kezaliman.
(b) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
1. Tahun 1930, PKM ditubuhkan.
2. PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
3. Cuba bertapak di Sarawak tetapi gaga
4. Antara kegiatan PKM;
i. pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang.
ii. galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.
iii. lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.
5. Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.
6. Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.
7. Pemimpin PKM ditahan.
8. PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.
9. Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
10. PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
11. British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.
12. Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
13. MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
14. Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.
15. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
16. PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.
(c) Keganasan komunis
1. PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India.
2. Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
3. PKM menubuhkan unit gerila – Malayan Races Liberation Army (MRLA).
4. PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah.
Antara pemimpin komunis di Malaysia ialah Chin Peng, Siu Cheong, Tan Yi Yu, Ah Hai, Lim Kong, Kim Fook, Lai Son Kiat, Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Suriani, Nurkiah, Musa Ahmad, Abu Samah Mohd Kassim, Ahmad Baki, Ali Majid, Abdul Rahman, Ibrahim Chik, Wahi Anuar, Mat Indera dan ramai lagi.
Bintang Tiga
Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA), pertubuhan komunis Malaya, terkenal dengan gelaran Bintang Tiga, menguasai Tanah Melayu selama 14 hari, selepas Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1946.
Dalam tempoh sesingkat itu, pelbagai bentuk penyeksaan, kezaliman dan keganasan bermaharajalela di negara kita, dek kerana angkara dan kejahatan komunis.
Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, kebanyakan orang Cina menyertainya kerana benci akan Jepun ekoran permusuhan China-Jepun ketika itu. Jepun menjadikan mereka sebagai sasaran kekejaman.
Cerita keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh komunis mungkin akan pasti lenyap di telan zaman, sekiranya pihak berkenaan tidak menjalankan usaha untuk merekodkan nilai sejarah daripada setiap individu yang terbabit secara langsung atau secara tidak langsung dengan kekejaman pengganas komunis ini.
Usaha yang sangat penting ini bertujuan menangkis dakyah jahat segelintir individu yang buta sejarah, atau sengaja buat-buat buta sejarah.
Lebih malang lagi mereka yang tidak memahami sejarah ini menunjukkan simpati dengan ideologi pengganas komunis ini, tanpa melakukan penyelidikan yang mendalam dan lebih kepada ingin menjadi populis.
Bagi penulis, jangan kerana ingin meraih pengaruh kita sanggup memutar belit sejarah untuk kepentingan sendiri. Apa akan jadi pada negara ini jika maklumat palsu dengan sengaja memomokkan agar generasi mendatang boleh termakan.
Teringat saya kata-kata bekas Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Nor, di mana beza politik Islam dengan politik bukan Islam amat jauh. Matlamatnya tidak sama, politik Islam menuju ke akhirat, sedangkan politik bukan Islam hanya berkisar di dunia semata-mata. Mengenai komunis dan sosialis katanya, ‘komunis berdayung disebelah kiri, dan kapitalis berdayung di sebelah kanan, tetapi menuju pulau yang sama..’.
Cuma, kita sebagai orang Islam dan Melayu jangan menuduh secara serkap jarang kaum atau pihak tertentu itu secara total berpihak kepada komunis. Sejarah komunis menakutkan kita. Itu pasti. Kita membenci komunis bukan membenci kaum. Jika komunis kita benci, bagaimana pula kapitalis? Bagaimana pula manusia prejudis, oportunis dan individualis atau chauvinis?
Abd Aziz Bin Ishak (ABI)
Sg Petani.
10.9.2020
0 Ulasan