RUSUHAN KAUM PULAU PINANG

RUSUHAN KAUM PULAU PINANG (4 GAMBAR)

1. Sebelum berlakunya rusuhan kaum paling dashat di Tanah Melayu pada 1969, bibit bibit awal telahpun timbul di kawasan penguasaan masyarakat Cina di Pulau Pinang pada tahun 1967.

2. Kaum cina Pulau Pinang sebelum itu telah pun kerap melakukan Hartal (Protest besar besaran) dengan paling signifikan memprotest Perlembagaan Persekutuan Malaya pada tahun 1947 yang mengandungi Kontrak Sosial melibatkan kelebihan orang Melayu di Tanah Melayu.

3. Malangnya 24 November 1967 satu rusuhan besar besaran terjadi yang berlanjutan sehingga dua bulan kemudian berakhir pada bulan December 1967.

4. Ketua Menteri pertama Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee mengakui rusuhan kaum di Pulau Pinang tersebut adalah bibit bibit awal yang menyemarakkan sentimen perkauman yang membawa kepada rusukan besar besaran anti cina di seluruh Malaya dua tahun kemudiannya.

Kisah sebenar faktor2 punca rusuhan kaum tersebut... 

5. Pada awal tahun 1960an, ekonomi Malaya sedang mengalami kejatuhan setelah pihak British menarik keluar pelaburan2 strategik disini. Ekonomi tenat dan perniagaan merosot teruk. Pendapatan perkapita negara merosot jatuh 12 peratus dengan gaji purata rakyat jatuh dibawah purata pendapatan kebangsaan. Konfrontasi dan boikot ekonomi dengan pihak Indonesia dibawah pimpinan Sukarno masa itu menambahkan kedukaan. Selain persaingan sengit antara pelabuhan Malaya dengan Singapurak pada masa tersebut.

6. Hubungan antara kaum juga semakin merosot. Kaum cina yang menguasai ekonomi dilihat sebagai pengkhianat dengan mengabaikan pengambilan pekerja Melayu dan lebih suka mengimport klan klan luar dari tanah besar China. Bisnes menderita akibat kejatuhan matawang Ringgit Malaya pada masa itu. Kadar pengangguran meroket tinggi dengan beribu2 rakyat tempatan hilang pekerjaan. Ketidakpuasan hati semakin menjadi jadi pada masa itu.

7. Tindakan kerajaan Malaysia pada Nov 1967 untuk menurunkan nilai matawang Malaysia Ringgit berbanding Pound Sterling British menambah parah kejatuhan ekonomi. Pada masa itu ada dua jenis nilai Ringgit, yang lama bersandarkan nilai Pound Sterling dan yang baru bersandarkan pada Emas. Nilai ringgit baru matawang Malaysia sedang mengalami transisi ''phasing out'' nilai Ringgit yang lama bersandarkan Pound Sterling kepada Emas. Tetapi tidak berjalan lancar.

8. Dengan penurunan nilai Ringgit berdasarkan Pound Sterling sebanyak 15% secara mendadak, menyebabkan rakyat naik angin dan keliru terutama golongan bawahan. Petani, Nelayan dan peniaga kecil yang paling terkesan kerana mereka ini tidak memiliki akaun bank. Mereka ini juga tinggal daif diluar bandar masih menyimpan stok2 simpanan matawang Ringgit yang lama. Semestinya kejatuhan nilai Ringgit menyebabkan mereka semakin cemas dan marah.

9. Peniaga2 cina dibawah pengerusi Parti Buruh Pulau Pinang, Lim Kean Siwe melancarkan hartal atau protest tunjuk perasaan. Malangnya Kerajaan pusat mengambil ringan protest tersebut.

10. Tentera dan Polis telah dikerah menenteramkan penunjuk perasaan tersebut. Malangnya terdapat segolongan cauvinis pro Komunis mengambil kesempatan menghasut para penunjuk perasaan terutama kaum cina pada masa itu bertindak lebih radikal dan ganas. Kebanyakan rumah kedai pemilik cina menyahut seruan dan menutup kedai kedai mereka kepada awam.

11. Tindakan boikot oleh peniaga Cina ini dilihat berjaya oleh para penganjur iaitu Parti Buruh Penang. Mereka mendabik dada orang Cina berkuasa untuk membuka dan menutup seluruh bandar di Malaysia. Seperti terbukti di Pulau Pinang tersebut. Para politik Cauvinis Komunis Cina mula memasang angan2 memasuki politik secara lebih tersusun dengan perancangan untuk menakluki Pilihanraya Umum 1969 kelak.

12. Dua bulan keadaan tidak tenteram di Pulau Pinang. Kongsi2 Gelap Cina bermahajalela dengan menindas orang2 Melayu yang tidak terlibat dalam hartal tersebut. Ini yang memulakan bibit kebencian orang Melayu kepada Peniaga Cina yang mula besar kepala tersebut. Kegagalan pihak Polis dan Tentera mengawal situasi juga menambahkan kecelaruan antara kaum pada masa tersebut. Pihak Kongsi2 Gelap Cina jugak dilaporkan berani sehingga sanggup membuli para agen Keselamatan Negara. (Pihak Polis)

13. Dilaporkan sekumpulan Kongsi Gelap Cina malah sanggup bergaduh dengan penjual pisang goreng tepi jalan Melayu di jalan Datuk Keramat. Seorang pengawal keselamatan Bank StanChart terbunuh. Bermulalah gangguan harassment secara keji dan berterusan oleh pemuda2 Cina dengan pemuda2 Melayu. Dilaporkan masa itu ramai yang cedera parah bertempur sesama sendiri.

14. Dilaluan utama Jalan George Town, dari Lebuh Chulia hingga ke Jalan Penang, Jalan Prangin dan Lebuh Pantai berlaku aktiviti radikal terhadap kedai kedai milik orang Cina. Pintu kedai dipecahkan, tinggap dipecahkan dengan batu, yang juga dilakukan oleh penunjuk2 perasaan cauvinis Cina dibawah payung Parti Buruh. Banyak kedai2 dirosakkan sambil mereka melaung slogan Anti Penyelarasan Nilai Ringgit. (Anti-devaluation). Aktiviti laluan bas dihentikan sementara kerana pemuda2 cauvinis Cina tersebut semakin kurang ajar dengan merosakkan bas bas dengan dibaling batuan. Ada bas yang dilaporkan terbalik.

15. Pihak Polis melaksanakan perintah berkurung. Barricade dan laluan dihalang dengan sekatan jalan.

16. Sejumlah 8 maut dan 137 orang cedera. Pasukan bantuan Polis dan Tentera dikerahkan dari Kuala Lumpur untuk mengawal situasi. Dalam satu tindakan khas Operasi X yang dijalankan oleh KDN, Lim dan 23 orang kanan Parti Buruh dan Kongsi Gelap Cina ditahan ISA. Pejabatnya disita dan ditutup diikuti dengan 8 cawangan diseluruh Pulau Pinang.

17. Senjata2 tajam dirampas dan beratus2 pemuda keturunan Cina cauvinis ditahan Polis.

18. Apa yang bermula sebagai protest penurunan Nilai Ringgit telah merebak menjadi pertempuran antara kaum paling teruk dalam sejarah. Kegiatan subversif Komunis Cina di sana menjadi tunjang kepada pertumpahan darah tersebut. Ia kemudian digelar Sino-Malay Conflict.

19. Jika pihak kerajaan bertindak pantas memantau aktiviti subversif dan cauvinis Parti Buruh lebih awal mungkin perkara ini tidak terjadi, kata Perdana Menteri pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman.

Sapa baca sampai habis click like satu kali

Yang ikhlas memberi fakta,
Sumber & Kredi-Ketua Pengakap-

SD💪
#Page Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan.

Catat Ulasan

0 Ulasan