MELAKA : Siapakah yang kuno & Siapakah yang lebih bertamadun?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.


Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso de Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah objek ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncul lah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun?

Gambaran jambatan sungai Melaka yang membolehkan kapal-kapal besar melaluinya.
.





Repost Dari Instagram @tarikhmelayu

Catat Ulasan

0 Ulasan