RAMESES II

SIRI RAJA AGUNG: RAMESES II

Firaun Rameses II merupakan penguasa Kerajaan Mesir yang ketiga dari Dinasti ke-19 yang memerintah dari tahun 1279-1213 SM. Nama panggilan baginda di istana ialah Usermare-Setepenre Ramessu-Maryamen dan dilahirkan sekitar tahun 1303 SM.

Menurut kajian sejarah, keturunan baginda bertembung hingga sampai kepada anak Nabi Ishaq yang bernama Al-Ish, pengasas Kerajaan Edom.  Bapa baginda bernama Sethi I bin Rameses I bin Sethi, anak kepada Puteri Sitre, cucu Amenhotep III bin Thutmose IV bin Amenhotep II bin Thutmose III bin Thutmose II bin Thutmose I bin Ahmose-Sipari bin Ahmose-Sipari Nebpehtyre bin Seqenenre Tao II bin Puteri Tetisheri binti Khayan bin Yakusher bin Maaibre Seshi bin Walid bin Iluma bin Assur-Dugal bin Ishme-Dagan bin Reuel bin Al-Ish bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Firaun Rameses II mempunyai ramai isteri di antaranya bernama Isinofret binti Khaemwase bin Rameses II, Nefertari, Ma'athorneferure binti Raja Hattusilish III dari Hittite, Nofret-ari-miten dan Banutantha binti Rameses II. Dari perkahwinan baginda dengan isteri2 baginda, Firaun Rameses II mempunyai ramai anak lelaki dan perempuan. Di antara mereka yg lelaki bernama Khaemwase, Merenptah Baenre, Khaemwaset, Si-muntu, Shoem-wase, Shaa-emwase, S-Hotep -en-ra, Phrahiunamif, Neb-en-khata, Muntu-lk-hopsef, Mi-Ra, Mert-kha-ra, Amen-lkhopsef, Amenemapeth dan Amen-Hiunamif sementara yg perempuan di antaranya ialah Banutantha, Takhat, Hent-Kherpu, Isinofret, Mit-Amen, Neb-en-toti dan Wer-naro.

Firaun Rameses II merupakan seorang perintah yang sangat berani akibat dari asuhan ayahandanya yang sering membawanya mengikuti kempen ketenteraan sewaktu baginda masih remaja. Matlamat ayahandanya agar baginda dapat membiasakan diri dalam kancah peperangan.

Di dalam pemerintahannya, baginda menjadikan dirinya dikenali dengan dua landasan iaitu sebagai pemimpin tentera dan sebagai seorg pembina. Antara perkara pertama yg baginda lakukan ialah menyiapkan ma'bad ayahandanya yg tidak sempat disiapkan oleh ayahandanya. Ma'bad itu terletak di sebuah bandar suci yg dikenali sbg Abydos yg terletak kira2 250km ke utara Thebes (Luxor).

Sebagai pemerintah, baginda juga telah merombak balik menteri2 dan Imam2 besar yang ada di negeri Mesir. Di antaranya baginda telah melantik Paser sebagai Wazirnya (Perdana Menteri), Haman sebagai penasihatnya, puteranya yg bernama Aabau sebagai pegawai Mesir, puteranya yg bernama Khaemwaset dilantik menjadi Imam besar utk Dewa Ptah, Unnefer bin Meriam dilantik sebagai Imam utk Dewa Osiris, Aai dilantik sebagai kapten di dalam ketenteraan, Fai-Nofrebai dilantik sebagai Imam dan Nabi untuk Dewa Osiris dan menggekalkan Bakenkhonsu sebagai ketua arkitek dan menjadi Nabi pertama utk Dewa Amen.

Sebagai seorg pemerintah dan pemimpin tentera, pada tahun pemerintahannya yg kelima, Firaun Rameses II telah bertempur di dalam satu peperangan yg baginda banggakan dan hebah2kan sepanjang hayatnya khususnya tentang kehebatannya dlm peperangan itu. Peperangan yg hebat ini dikenali sebagai "Peperangan Kadesh".

Kadesh merupakan sebuah kota di utara Syria yg semakin membangun dan sentiasa dikawal oleh Kerajaan Mesir. Namun, lama kelamaan empayar Hittite sudah mula menguasai kawasan itu dan ini membuatkan Firaun Rameses II tidak menyenanginya. Maka pd tahun kelima pemerintahannya sekitar tahun 1274 SM, Firaun Rameses II telah membawa bala tenteranya seramai 24,000 org menguasai Kadesh semula. Baginda telah membahagikan tenteranya kpd empat unit pasukan dan setiap pasukan mempunyai sekitar 6,000 org tentera berserta 500 chariot (kereta kuda roda dua) serta setiap pasukan dinamakan sempena nama dewa-dewi iaitu unit Amun, unit Re, unit Ptah dan unit Seth.

Pertempuran di Kadesh melibatkan tentera baginda dengan tentera gabungan dari Kerajaan Hittite dibawah pimpinan Raja Muwatalli II yg berlaku berhampiran Sungai Orontes (Syria). Turut serta di dalam pertempuran itu dari pihak baginda ialah Wazirnya yg bernama Paser, putera2 baginda yg bernama Amunherkhepeshef, Khaemweset dan Pareherwenemef sementara yg turut serta dari pihak Raja Muwatalli II ialah Raja Mittanamuwash dari Pitassa, Raja Masturish dari Tanah Sungai Seha, Raja Piyama-Inarash dari Wilasa, Raja Sahurunuwash dari Carchemish, Raja Sattuara dari Mitanni, Raja Talmi-Saruma dari Aleppo dan Raja Niqmaddu dari Kadesh dgn kekuatan sekitar 23,000-50,000 org. Raja Muwatalli II juga telah mengutuskan adiknya yg bernama Hattusilish III sebagai jeneral dan ketua pasukan.

Di dalam peperangan tersebut, unit Amun dan unit Seth telah membuat serangan terhadap tentera Kerajaan Hittite dari arah utara manakala unit Ptah telah menyerang dari arah selatan. Maka berlakulah pertempuran yg sengit dan dahsyat. Kedua2 kerajaan bertungkus lumus untuk menjatuhkan antara satu sama lain sehingga peperangan tersebut berlarutan hingga malam menjelma. Selepas itu mereka masing2 berehat bagi menghadapi pertempuran keesokan harinya.

Apabila terbit matahari, maka kedua2 pasukan berdepan dgn kekuatan tentera. Jeneral Hattusilish III mempunyai angkatan tentera yg lebih berbanding angkatan tentera Mesir, namun tentera Firaun Rameses II merupakan tentera yg terlatih. Jeneral Hattusilish III mencadangkan agar peperangan seterus dihentikan dan mengadakan perjanjian damai namun cadangan itu tidak dipersetujui oleh Firaun Rameses II. Baginda hanya mahukan pengunduran sementara kerana baginda bertekad utk kembali. Perjanjian damai dilihat sbg suatu yg memakan masa tempoh yg lama sementara pengunduran bersifat sementara waktu sahaja. Maka kedua2 pihak pun berundur.

Dlm perjalanan pulang, baginda telah membunuh tenteranya yg berpangkat tinggi yg melarikan diri dari medan perang. Baginda merasakan yg baginda sudah memenangi peperangan itu lalu baginda mengukir gambaran peristiwa yg terjadi dlm Peperangan Kadesh pada dinding2 ma'bad. Baginda sudah membuktikan yg baginda merupakan seorg pemerintah yg hebat dan agak ego. Ketika baginda memerintah Mesir pd tahun ke-17  pemeeintahannya, seorg puteranya telah meninggal dunia sementara isteri kesayangannya yg bernama Nefertari telah meninggal dunia pada tahun ke-20 pemerintahannya.

Baginda mula menunjukkan tanda perubahan yg nyata apabila pd tahun ke-21 pemerintahannya, baginda telah menandatangani satu perjanjian damai dengan pihak Hittite. Pada tahun ke-34 pemerintahan baginda, baginda membuat pengumuman bahawa baginda sudi mengahwini dgn seorg gadis dari bangsa Hittite, yg mana menurut tradisi, kedua2 pihak adalah musuh yg ketat sepanjang sejarah. Walaupun ini bukan satu penyatuan pencintaan tapi ia penyatuan berbau politik kerana Firaun Rameses II sendiri tidak pernah berjumpa dgn bakal isterinya itu.

Pada tahun ke-44 tahun pemerintahannya, sekali lagi Firaun Rameses II telah mengahwini seorg gadis dari bangsa Hittite. Beberapa tahun lama memerintah Mesir, akhirnya Firaun Rameses II pun mangkat. Selepas kemangkatannya, tamadun Mesir purba mendatar dan menjunam sedikit demi sedikit. Nasib baiklah Kerajaan Mesir dilimpahi dgn kemewahan, maka ia memerlukan masa yg lama untuk jatuh.

#MAMR


Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' (Mohamad Azmi Mat Rashid, [30.04.20 15:23])

Catat Ulasan

0 Ulasan