KAUM 'AAD

SIRI PARA-PARA KAUM: KAUM 'AAD

Kaum 'Aad merupakan sebuah nama kaum dengan banyak penafsiran. Maklumat yg terbatas mengenai asal-usulnya, sejarah dan peninggalannya membuatkan mereka sukar dikenali. Adapun sumber yg menjadi pegangan para ilmuwan utk mengenali dan mencari kaum 'Aad adalah cerita-cerita kuno dari masyarakat yg tinggal di daerah tempat berkembangnya cerita kaum hebat atau Arab Yang Beruntung (Al-Arab Saiidah).

Kalau mengikut urutan nasab yg sebenar, kaum Thasm, Amaliq dan Umaim patut didahulukan kerana mereka merupakan anak2 kepada Lud (Lawudz) bin Sam bin Nuh, saudara Iram bin Sam bin Nuh sedangkan 'Aad dan Thamud merupakan cucu kpd Iram. Namun ahli sejarah mendahulukan kaum 'Aad dibandingkan dgn yang lain kerana menurut mereka, kaum 'Aad adalah kaum yg paling awal dalam sejarah bangsa Arab padahal mereka hanya berdasarkan penyebaran nama 'Aad dlm al-Quran, baru Thamud. Penyebutan kedua nama dalam al-Quran menunjukkan mereka sbg kaum kuno yg masih tersisa.

Ath-Thabari memberikan ulasan penting tentang kaum 'Aad dan pandangan ahli kitab mengenai mereka. Menurutnya, ahli Taurat beralasan bahawa tidak ada penyebutan kaum 'Aad, Thamud, Nabi Hud dan Nabi Shaleh dalam kitab Taurat. Bagi org Arab pula, mereka sudah popular pd zaman jahiliah seperti popularnya Nabi Ibrahim dan kaumnya pd masa Islam. Kerana itu, bila umat Islam merujuk pd kaum Yahudi dgn menanyakan apa yg mereka ketahui tentang kaum 'Aad dan sejenisnya, mereka akan menjawab bahawa kaum2 tersebut tidak disebutkan di dalam Taurat. Namun ahli sejarah menghubungkan nama kaum2 tersebut dengan Taurat kerana mereka menemukan kaitannya dlm kitab tersebut.

Sebahagian ahli sejarah berpendapat bahawa yg dimaksudkan kaum 'Aad itu adalah Hadoram dalam Taurat. Buktinya, bertemunya 'Aad dan Irama dlm kitab2 Arab dan sebahagian bacaan yg menyebutkan keduanya 'Aad Iram) pd ayat 6-7, Surah al-Fahr. Kata ini dgn Hadoram memiliki banyak kesamaan dalam pengucapannya. Namun, Taurat menunjukkan bahawa Hadoram adalah keturunan Yaqthan atau Qahthan dlm kitab2 Arab dan ini tidak sejalan dgn riwayat2 yang ada. Tempat tinggal kaum Hadoram adalah di Yaman sementara kaum 'Aad tinggal di al-Ahqaaf antara Hadhramaut dan Yaman.

Para ahli sejarah mengatakan bhw ada dua kaum iaitu kaum 'Aad iaitu kaum 'Aad al-Ula ('Aad Pertama) dan kaum 'Aad ats-Tsaniyah ('Aad Kedua). Pemikiran ahli sejarah mengenai adanya dua tingkatan ini berasal dari al-Quran, Surah an-Najm ayat 50 lalu mereka meyakini bahawa adanya kaum 'Aad Kedua. Sebahagian ulamak berpendapat bahawa yg dimaksudkan 'Aad Pertama itu adalah 'Aad bin Adiya bin Sam bin Nuh dan merupakan kaum yg dibinasakan oleh Allah Ta'ala. Ath-Thabari berpendapat bhw kaum 'Aad Pertama adalah dari keturunan 'Aad bin Aus bin Iram bin Sam bin Nuh.

Kaum 'Aad adalah satu kaum yg sangat hebat dan gagah pada zamannya. Pada awalnya, kaum 'Aad merupakan kaum yg bermukim dan menetap di Mesopotamia, Iraq. Pada ketika itu, Mesopotamia merupakan sebuah daerah subur yg didiami oleh berbagai2 macam suku dan bangsa sehingga daerah itu sangat padat dgn penduduknya. Banyaknya suku dan bangsa ini pula mendorong terjadinya banyak peperangan dan perselisihan di antara mereka yg menyebabkan huru-hara. Kerusuhan yg sering terjadi bertambah buruk dgn kekejaman2 yg dilakukan oleh raja2 yg berkuasa di Babylon (Mesopotamia Selatan).

Kaum 'Aad merasa daerah Mesopotamia sudah tidak aman dan tidak layak utk diduduki lagi lalu mereka membuat keputusan utk keluar berhijrah dari sana dan mencari tempat tinggal yg baru. Akhirnya mereka pun menemui satu tempat bernama Al-Ahqaaf. Dari al-Quran dpt difahami bahawa Al-Ahqaaf merupakan tempat tinggal kaum 'Aad. Al-Ahqaaf merupakan daerah berpasir yg berada di antara Yaman dan Oman sampai Hadhramaut dan Syakhr. Adapun rumah tinggal kaum 'Aad berada di Daw, Dahna', Alij, Yabrin dan Wabar hingga ke Oman, Hadhramaut dan Yaman. Ahli sejarah menetapkannya berdasarkan pada kisah2 yg banyak beredar dalam penelitian terhadap tempat tinggal dan kuburan kaum 'Aad.

Di Al-Ahqaaf, kaum 'Aad telah membina satu peradaban dan kerajaan yg sangat kuat. Ada juga yg mengatakan bahawa kaum ini berkembang biak di suatu lembah yg dinamakan Al-Shihr. Mereka merupakan kaum tertua sesudah Nabi Nuh serta terkenal dgn kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh2 yg besar dan sasa. Mereka telah dikurniakan oleh Allah Ta'ala tanah yg subur dengan sumber2 airnya yg mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam utk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dgn kebun2 bunga yg indah2.

Berkat kurnia Allah Ta'ala, mereka hidup dlm keadaan makmur dan dalam jangka waktu yg singkat, mereka menjadi suku yg terbesar di antara suku2 yg hidup disekeliling mereka. Penghidupan rohani mereka pada awalnya menyembah Tuhan yang satu (tauhid). Lama- kelamaan, ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi Nuh yg sejak dulu mereka pegang sudah tidak berbekas di dalam hati sanubari mereka malah mereka telah menyembah berhala. Adapun berhala yg disembah oleh mereka ialah Sada (Sudda'), Samud dan Al-Haba. Ketua Tuhan mereka ialah Saqi'ah, Salimah, Raziqah dan Hafizun. Ada sebahagian ulamak mengatakan berhala yg mereka sembah ialah Shamud dan Alhattar dan itulah yg disembah sebagai Tuhan mereka yg menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah.

Menurut riwayat, 'Aad bin Aus bin Iram bin Sam bin Nuh telah menubuhkan sebuah kerajaan bandar bernama Kerajaan al-Ahqaaf dari Dinasti 'Aad. Baginda dikatakan mempunyai isteri yg sangat ramai iaitu seramai 1000 orang dan memiliki anak seramai 4000 orang. Menurut Abid dan al-Hamdani, Raja 'Aad mempunyai anak yg ramai dan di antara mereka bernama As, Bahar, Thamud, As-Sawr, Rifd, Sawd, Shaddad, Shaddid, al-Khulud, Luqman, al-Unud, Wafd, Raml, Taym, Mutab, 'Ubayl, Haul, 'Imliq, al-Haqud, Fidghar, Barr, Abu Sa'id al Mukmin, Marthad dan Sudd.

Pada zaman itu terdapat 11 suku yg terkenal iaitu suku al-Ubud, al-Khulud, Banu Ma'bad, Rafd, Zamr, Zimi, Didd, Damud, Jahid, Manaf dan Sawd. Al-Qurthubi mengatakan bahawa kaum 'Aad terdiri dari 13 suku yg mengolah gurun. Sesetengah ahli sejarah juga membahagikan kaum 'Aad menjadi 13 kabilah antaranya bernama Rafad, Zamel, Shad dan Abud. Al-Hamdani pula membahagikan kaum 'Aad menjadi 11 kabilah di antaranya bernama Abud, al-Khulud dan mereka adalah dari kelompok Nabi Hud. Pendapat lain mengatakan Bani Mukhallid, Bani Ma'bad, Rafad, Zumar, Zamel, Dhad, Dhumud, Jahid, Manaf, Sudah dan Hujad.

Kekuasaan Raja 'Aad meliputi negeri Yaman, Al-Ahqaaf, Sohar, Oman dan Hadhramaut. Apabila Raja 'Aad mengikat pada usia 112 tahun, baginda telah digantikan oleh anaknya yg bernama Shaddid. Pada zamannya, Raja Shaddid telah menghantar cucu saudaranya yg bernama al-Dahhak bin 'Ulwan bin Imliq bin 'Aad ke Babylon utk ditadbirkan. Setelah beberapa lama memerintah, Raja Shaddid pun mangkat dan takhta kerajaan Dinasti 'Aad telah digantikan oleh saudaranya yg bernama Shaddad. Raja Shaddad dikatakan raja yg telah membangunkan Kota Iram. Sepanjang memerintah, baginda telah menyerang dan memerangi negeri2 lain hingga ke Syam dan Iraq.

Kaum 'Aad, Thamud dan Dinasti Qahthan berada dalam satu kurun. Di satu waktu, terjadi peperangan di antara kaum 'Aad dgn kaum Thamud dan pada waktu lain terjadi peperangan di antara kaum 'Aad dgn tentera Raja Ya'rib bin Qahthan. Tidak dpt dipastikan berapa lama kaum 'Aad bertahan di Hadhramaut. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa mereka bertahan selama 1000 tahun, 2000 tahun dan ada yg kata 7000 tahun. Oleh kerana kaum 'Aad banyak membuat kemungkaran dan kerosakan, maka Allah Taala pun mengutus seorg Nabi bernama Hud dari kalangan mereka yg berasal dari kabilah al-Khulud.

Dalam menyampaikan dakwah, cuma sebahagian kecil sahaja yg beriman dgn beliau. Di antara mereka adalah dari golongan kelas bawahan. Di samping itu, beliau mempunyai seorg pembantu bernama Al-Juljan bin Al-Muhim yg bertugas utk menulis wahyu yg diturunkan kpd beliau. Al-Juljan merupakan manusia pertama yg menulis dlm bahasa Arab. Beberapa pemuka kaum 'Aad juga telah beriman dgn risalah beliau di antaranya bernama Qil, Nuaim,


Jalhamah, Luqman bin 'Aad, Martsad bin Sa'd dan seorg lelaki kaya bernama Hammar. Hammar pd asalnya penyembah berhala dan kemudian beriman dgn risalah Nabi Hud. Tetapi sejak anak2nya yg keluar rumah dipanah petir, dia berbalik menjadi penyembah berhala. Di saat kaum 'Aad mendapat azab seksanya dari Allah Taala, Hammar juga tidak ketinggalan menerima nasib yg sama di mana Allah Ta'ala telah membakar semua harta bendanya serta lembah yg didudukinya sehingga dia mati di dalam azab tersebut.

Sebelum azab menimpa kaum 'Aad, Nabi Hud bersama pengikutnya melakukan perjalanan  menuju daerah pantai. Adapun kelompok terakhir yg selamat adalah kelompok anak Atr, Laqim bin Hazzal bin Huzail bin Utail bin Ahmad bin 'Aad al-Akbar, Mursyid bin Sa'd bin Umair dan 'Amr bin Laqim bin Hazzal. Mereka inilah yg dipanggil kaum 'Aad ats-Tsaniyah.

Menurut Ibnu Khaldun, Kerajaan 'Aad kedua berhasil hidup hingga lebih kurang 1000 tahun. Kerajaan ini saat itu mampu menguasai Yaman tetapi kerajaan ini telah diserang oleh Bani Qahthan yg dtg dari Mesopotamia. Di dalam pertempuran tersebut, kaum Bani Qahthan tidak menumpaskan semua penduduk kaum 'Aad tetapi mereka dibenarkan tinggal dibawah kekuasaan Bank Qahthan. Sebahagian dari mereka telah berpindah ke Habsyah (Ethiopia). Akhirnya , orang2 kaum 'Aad Kedua yg selamat pun kemudian ikut musnah seperti kaum 'Aad Pertama. Hingga sekarang sisa2 tinggalan mereka masih boleh ditemui.

#MAMR




Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA'  (Mohamad Azmi Mat Rashid, [30.04.20 15:22])

Catat Ulasan

0 Ulasan