NABI MADYAN

Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:21]
SIRI PARA ANBIYA: NABI MADYAN     

Nabi Madyan merupakan seorg Nabi yg dilantik oleh Allah Taala dr keturunan Nabi Ibrahim. Nama penuh beliau ialah Madyan bin Ibrahim bin Tarikh bin Nahur bin Sarugh bin Ra'u bin Falikh bin Aabir bin Shalih bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh bin Lamak bin Matusyalakh bin Akhnukh (Idris) bin Yarid bin Mahlil bin Qainan bin Anusy bin Syith bin Adam.

Adapun ibu beliau bernama Qanthura binti Maftur yg berasal dr Nusantara dan merupakan ibu  angkat kepada Nabi Ishak a.s. Beliau dilahirkan di Hebron, Palestin oleh ibunya setelah ibunya berhijrah dr Nusantara dan bernikah dgn bapanya, Nabi Ibrahim.

Di samping itu beliau mempunyai lima org adk beradik bernama Zimran, Yukhsan, Midan, Ishbak dan Shuakh. Sejak dr kecil mereka dididik oleh ibubapa mereka dgn bunga2 iman dan diajar membaca kitab suhuf Ibrahim. Masa berlalu tahun berganti. Nabi Madyan pun meningkat dewasa lalu menjalinkan hubungan dgn seorg gadis dr kabilah Nahur sehingga kedua mereka bernikah.

Hasil perkongsian hidup, Nabi Madyan memperolehi beberapa org anak bernama Ephah, Epher, Khanukh, Abida dan Eldaah. Dari anak2 beliau, maka lahirlah kabilah2 yg hebat. Dr anaknya yg bernama Ephah, lahirlah anak yg bernama Mitakh, Mishar, Avi dan Tzanua. Dr Epher, lahirlah anak yg bernama Ifrun, Zur, Alirun dan Medin. Dr  Khanukh, lahirlah anak yg bernama Reuel, Rekem, Azi, Alyoshub dan Alad. Dr Abida pula lahirlah anak yg bermama Chur, Melud, Kerury dan Molkhi. Dr anak beliau yg bernama Eldaah, maka lahirlah anak yg bernama Miker, Reba, Malchiyah dan Gabol.

Ketika beliau berusia 40 thn, Allah Taala pun melantik beliau menjadi Nabi bagi menyambung risalah yg dibawa oleh bapa beliau. Sepanjang hidupnya, beliau sentiasa membimbing anak cucunya ke jalan kebenaran. Ketika bapanya, Nabi Ibrahim terlantar sakit, beliau bersama adk beradiknya diarah meninggalkan Hebron lalu menuju ke benua yg dijanjikan iaitu Nusantara.

Sebagai bekalan, mereka dibekalkan dgn dua benda berupa senjata berlekok2 yg dibuat drpd tanduk dan kitab suhuf. Di dalam perjalanan, Allah Taala mengilhamkan Nabi Madyan agar menetap di suatu tempat yg termasuk dlm wilayah Ma'an, yg terletak di sebelah selatan Syam dan bersebelahan antara negeri Syria dan Palestin.

Dengan penuh keyakinan dan keimanan, Nabi Madyan pun menuju ke tempat yg dijanjikan. Di tempat itu, beliau bersama keturunannya membina peradaban dan membentuk sebuah kerajaan kecil dan menamakannya Madyan sempena nama beliau selaku ketua kabilah ketika itu.

Masa berlalu tahun silih berganti lalu wafatlah Nabi Madyan dan digantikan oleh anaknya yg Ephah sbg ketua kabilah. Ketika dibawah pimpinan Ephah, sebilangan kecil dr kabilah Madyan mula cenderung ke arah kemungkaran dan kejahatan disebabkan terpengaruh dgn cara hidup kaum Sodom dan Gomurah.

Sbg bangsa, kaum Madyan cukup mengenali mereka secara dekat kerana mereka sejiran. Merompak dan menyamun menjadi kebiasaan dlm hidup mereka. Lama kelamaan mereka jauh tersasar dr landasan agama sehingga melupakan Tuhan Yang Maha Esa. Disebab itulah diutus seorg Rasul dr kalangan mereka yg bernama Syu'aib utk membimbing mereka ke jalan kebenaran.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan