Pemikiran masyarakat Uthmaniyyah penghujung abad ke-19 cenderung tertumpu kepada persoalan yang mendesak iaitu bagaimana untuk menyelamatkan negara.
Pemikir Uthmaniyyah pada waktu itu rata-ratanya golongan pegawai dan penjawat awam kerajaan, kebanyakan dari mereka terlibat dalam bidang intelek dan politik memandangkan ia sebahagian daripada tugas hakiki mereka.
Situasi sebegini membentuk kesan perubahan yang besar terhadap pemikiran politik Turki moden walaupun para penulis Turki masih cenderung untuk bertindak sebagai mentor yang mempengaruhi tokoh-tokoh negarawan yang sedang mencipta nama melalui syair dan puisi.
Cambahan idea para pemikir ini dalam usaha menyelamatkan negara telah mencipta beberapa dilema.
Pertama, proses modenisasi dan sekularisasi sentiasa mengalami kesukaran dan tidak konsisten dalam kebanyakan kes kerana sekularis Turki umumnya cenderung melihat sekularisme sebagai peluang untuk memodenkan negara, dan mereka jarang memikirkan hak-hak liberal atau kesedaran diri terhadap individu. Kemodenan bagi mereka bukan hanya kebebasan individu tetapi harus menjadi kewajiban rasmi.
Dalam situasi lain, pemahaman erti “kemerdekaan” pada zaman Uthmaniyyah juga disertakan beberapa idea liberal, namun tetap dipertikaikan oleh sebilangan kecil golongan intelek yang tidak pernah memerintah negara.
Para liberal Uthmaniyyah adakalanya juga membahaskan tentang menyelamatkan ‘Devlet-i Aliyye’ (Kedaulatan Negara), tetapi mereka menawarkan pemusatan negara dalam pelaksanaannya. Walaupun tidak diambil kira dengan serius, pendekatan pemusatan lah yang berjaya mengelak kemvsnahan sepenuhnya.
Semuanya berkat kemahiran sosiologi dari sudut pandangan aristokrat salah seorang pember0ntak dari ahli keluarga dinasti sendiri yang dikenali sebagai Prince Sabahaddin. Sultanzade/Prince Sabahaddin bukan sahaja merupakan tokoh politik alternatif di kalangan gerakan Turki Muda, tetapi beliau juga merupakan ahli sosiologi Turki yang pertama.
Latar Belakang Kehidupan
‘Prince’ Mehmed Sabahaddin dilahirkan pada 13 Februari 1879, di Istanbul, anak kepada Mahmud Celaleddin Pasha, Menteri Keadilan Uthmaniyyah, dan Seniha Sultan, puteri Sultan Abdülmecid dan adik perempuan kepada Sultan Abdülhamid II.
Walaupun gelaran rasminya adalah ‘Sultanzade’ (anak lelaki sultan), dia menggunakan ‘Prince’ sebagai nama pena nya memandangkan dia seorang Europhile yang terpengaruh dengan gaya hidup barat.
Sabahaddin dibesarkan di istana keluarganya dan menerima pendidikan swasta dari golongan intelektual yang terkenal. Sumber menunjukkan bahawa keluarganya mahu dia dibesarkan dengan cara pemikiran orang Barat.
Sikap, gaya hidup dan pemikirannya adalah berbeza dengan cara pemikiran kebanyakan masyarakat Uthmaniyyah. Ramai orang melihat dia sebagai seorang lelaki Barat yang datang dari keluarga diraja Uthmaniyyah.
Mahmud Celaleddin Pasha, bapa Sabahaddin, pernah terlibat dalam cubaan kudeta yang gagal terhadap Sultan Abdülhamid II. Dia terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri keadilan. Pada tahun 1899, Mahmud Pasha melarikan diri ke Eropah bersama dua orang anaknya. Mereka tinggal di London, Geneva dan akhirnya di Paris.
Penyatuan Dan Perpecahan
Bapa bersama dua orang anak lelaki itu mempunyai kedudukan rasmi sebagai kelas bangsawan yang tertinggi di kalangan pengikut Turki Muda di Eropah. Oleh itu, semasa persidangan Ottoman Freedom Seeker Congress yang diadakan pada tahun 1902, Mahmud Pasha diberikan kedudukan sebagai pengerusi kehormat, sementara anaknya, Prince Sabahaddin adalah pengerusi sebenar kongres.
Sebenarnya, Sabahaddin adalah pemimpin liberal yang bersaing dengan satu lagi kumpulan yang lebih konservatif di bawah pimpinan Ahmed Rıza. Sabahaddin telah menguasai ilmu sains sosial selepas bertemu Edmond Demolins, pengasas Ecole de Roches. Dia kemudian berada di bawah pengaruh pandangan sosiologi Le Play.
Sabahaddin memperjuangkan agenda “decentralization” iaitu idea pemusatan negara Uthmaniyyah, yang bermaksud bahawa setiap wilayah akan diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat bersama dengan ahli dewan bandar yang akan dipilih melalui undian rakyat wilayah itu.
Pendekatan ini juga berkaitan dengan usaha merangsang inisiatif swasta, dasar ekonomi liberal dan kaitan rapat di kalangan pelbagai kumpulan agama dan etnik dalam wilayah Uthmaniyyah.
Sabahaddin dan Rıza tidak bersetuju dengan prinsip masing-masing, dan kumpulan Sabahaddin mula bergerak sendirian, sementara kumpulan Rıza yang menerajui Committee Of Union And Progress (CUP) menjadi pemimpin gerakan Turki Muda yang terkenal itu.
Kelahiran Parti Politik Liberal Turki Pertama
Selepas perpecahan, Prince Sabahaddin mengasaskan Association for Private Enterprise and Decentralization di Paris. Lebih dalam lagi, perbezaan CUP dan Decentralization Association akan mencetuskan pertikaian politik yang mempengaruhi kegiatan politik dan pemikiran ketika Era Perlembagaan Kedua setelah Revolusi 1908.
Sabahaddin juga mengasaskan Ahrar Fırkası (Parti Liberal) sebagai saingan center-right CUP semasa dalam hidup dalam buangan. Dalam perkembangan berbeza, beliau juga berusaha untuk mengadakan kongres Turki Muda Kedua buat semua pihak pembangkang.
Pada tahun 1907, beliau berjaya mengadakan kongres kedua di mana kumpulan Sabahaddin dan Rıza semakin ada persamaan dalam prinsip. Sekurang-kurangnya mereka bersetuju untuk melancarkan revolusi terhadap Sultan yang menjadikannya suatu realiti pada tahun berikut.
Diusir Hingga Akhir Hayat
Selepas Revolusi 1908, Prince Sabahaddin kembali ke Istanbul. Walau bagaimanapun, beliau menjadi penentang nombor satu terhadap polisi CUP. Sebagai tindak balas, kerajaan CUP mengharamkan Parti Liberal nya sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1909 dan 1913. Oleh itu, dia terpaksa hidup dalam buangan di Eropah untuk kali kedua. Beliau tinggal di Switzerland semasa Per4ng Dunia I.
Sabahaddin kembali ke Istanbul sekali lagi pada tahun 1919 ketika Per4ng Dunia I berakhir, ketika itu pemimpin CUP telah melarikan diri dari Turki. Malangnya, dia gagal merebut peluang awal kerana rejim Kemalis pimpinan Mustafa Kemal Ataturk bangkit selepas memenangi Per4ng Kemerdekaan Turki, dan tertubuhnya Republik Turki bagi menggantikan Empayar Uthmaniyyah.
Kemalis juga mengharamkan Parti Liberal milik Sabahaddin sebagaimana seluruh ahli dinasti Osman yang telah hilang kuasa, maka Prince Sabahaddin sekali lagi melarikan diri ke Eropah.
Sesungguhnya, rejim parti tunggal Kemalis telah membuat undang-undang khas dan mengusir semua pihak pembangkang dalam politik, ini termasuk keluarga dinasti Uthmaniyyah, di mana Sabahaddin adalah sebahagian daripadanya.
Ini adalah penghujung perjuangan Prince Sabahaddin di Turki, dan dia terpaksa membawa diri dan segala impiannya untuk Turki yang demokratik dan liberal bersama hidup dalam buangan di negara asing hingga akhir hayat.
Kekecewaan Dan Kem4tian
Prince Sabahaddin tinggal di Neuchatel, Switzerland, sehingga kem4tiannya pada tahun 1948. Beliau berkahwin sebanyak dua kali; pertama kali dengan Tabinak Hanim dan memiliki seorang anak perempuan, Fethiye Sabahaddin Kendi (1899-1986), dan kedua dengan Kamuran Hanım, adik perempuan Tabinak.
Selepas meninggal dunia pada 1948, jenazah Sabahaddin disimpan di dalam sebuah peti logam selama empat tahun di Swiss sebelum akhirnya berjaya dibawa pulang ke Istanbul dan dimakamkan di Eyüp Cemetery.
Sehingga hari ini beliau dianggap sebagai salah seorang anggota kerabat dinasti Uthmaniyyah yang menjadi pengkhianat terhadap bapa saudaranya sendiri iaitu Sultan Abdülhamid II, namun tak kurang juga yang memandang beliau sebagai hanya cuba menyelamatkan Uthmaniyyah dengan menjadikan nya sebuah Kesultanan yang berkonsep pemusatan secara demokratik liberal.
Ibu beliau, Seniha Sultan menjadi puteri dari Dinasti Uthmaniyyah yang paling lama bertahan hidup dalam buangan dan meninggal dunia di Perancis pada tahun 1931, beliau dikebumikan di Masjid Selimiye, Damsyik, Syria. Bapa Sabahaddin, Mahmud Celaleddin Pasha pula meninggal dunia di Belgium pada 1903.
Sumber: Dailysabah
0 Ulasan