Pada akhir 1800-an, gerakan Zionis menyeru kebangkitan agar sebuah negara untuk orang-orang Yahudi ditubuhkan di Palestin. Palestin ketika itu masih berada di bawah kawalan pemerintah Empayar Uthmaniyyah, Sultan Abdülhamid II mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk menggagalkan rancangan itu.
Walau bagaimanapun, apabila Sultan Abdülhamid II digulingkan dari takhta hingga gerakan Young Turks mengambil alih pentadbiran secara proksi, ia membuka ruang kepada gerakan dan fahaman Zionis menyebar di rantau Uthmaniyyah ini.
Sebelum itu, orang-orang Yahudi terpecah dan menyebar di seluruh dunia setelah Rom membinas4kan Jerusalem (Baitulmaqdis) pada 70 Masehi. Mereka melalui kehidupan yang menyeks4kan di mana saja mereka berada. Sejak zaman itu, mereka menunggu seorang ‘penyelamat’ yang digelar sebagai Messiah, yang akan mengumpulkan mereka di bawah satu bumbung iaitu dengan munculnya Messiah, maka negara Yahudi akan ditubuhkan.
Begitulah kiranya jika menurut ajaran dan kepercayaan sebenar yang menjadi pegangan asal kaum Yahudi hinggalah munculnya fahaman bernama Zionis. Oleh kerana kaum Yahudi yang konservatif ini menentang idea Zionism untuk menubuhkan negara Yahudi sebelum munculnya Messiah, maka mereka digelar sebagai Yahudi Ortodoks.
Apabila kedatangan Messiah yang lama ditunggu-tunggu itu dirasakan terlalu panjang, beberapa idealis Yahudi digerakkan untuk penubuhan negara Israel. Kumpulan ini dibentuk di Basel, Switzerland, pada tahun 1897 dinamakan Zionis, sempena nama Gunung Zion di mana berdirinya Bethha-Mikdas Solomon (Masjid Al-Aqsa).
Tanah Yang Dijanjikan
Zionis memohon bantuan dari Empayar British, yang merupakan kerajaan paling kuat pada masa itu, tetapi tuntutan mereka tidak diambil serius. Setelah masa berlalu, British mula menyedari bahawa pergerakan Yahudi ini semakin kuat dan British mula menawarkan mereka beberapa tanah di Uganda, Siberia dan Cyprus.
Tetapi mereka tidak bersetuju. Mereka tetap mahukan Palestin yang menempatkan beratus-ratus ribu orang Arab, yang mereka percaya ia merupakan tanah yang dijanjikan untuk orang Yahudi malahan disebut dalam Taurat.
Empayar Uthmaniyyah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pergerakan ini yang mengancam kedaulatan wilayahnya. Pada tahun 1871, lama sebelum Zionis memulakan agendanya, Uthmaniyyah mengisytiharkan 80 peratus daripada Palestin sebagai harta hakmilik kerajaan.
Apabila Sultan Abdülhamid II menaiki takhta, baginda meningkatkan lagi langkah-langkah pencegahan terhadap penempatan Yahudi di Palestin. Pada tahun 1883, baginda meghalang usaha pengambil alihan tanah Palestin dan memutuskan untuk mengawal wilayah strategik itu secara mutlak.
Pada tahun 1900, Sultan Abdülhamid II mengarahkan sekatan terhadap kemasukan orang Yahudi ke Palestin selama 30 hari sebelum dilanjutkan berikutan lambakan kemasukan kaum Yahudi warga asing di wilayah-wilayah Empayar Uthmaniyyah, termasuk Palestin.
Perintah rasmi kemudiannya digariskan; Empayar Uthmaniyyah bukanlah kawasan pemukiman bagi orang yang diusir dari Eropah. Ketetapan ini telah dikeluarkan atas perintah Sultan Abdülhamid II sendiri.
Palestin Bukan Untuk Dijual
Seorang lelaki Budapest, Theodor Herzl, pemimpin gerakan Zionis, memohon perkenan untuk menghadap Sultan Abdülhamid II. Apabila permintaan ini ditolak, beliau menyampaikan tawarannya kepada Sultan melalui rakannya yang bernama Phillip Newlinsky, pada bulan Mei, 1901.
Mereka menawarkan pelangsaian hutang luar negara yang sedang ditanggung Uthmaniyyah dan menjalankan propaganda dengan menjadikan tanah di Eropah sebagai pertukaran untuk membuka penempatan Yahudi di Tanah Palestin dan memindahkan hal ehwal tadbir urus kepada orang Yahudi.
Sultan menolak tawaran ini dengan kata-kata nya yang terkenal itu :
“Saya tidak akan menjual apa-apa, bahkan satu inci dari wilayah ini kerana tanah ini bukan milik saya tetapi ia milik semua orang Uthmaniyyah. Kami memenangi tuntutan atas tanah ini dengan d4rah kami sebagai bayarannya. ”
Herzl mengulangi tawarannya sekali lagi pada tahun berikutnya, tetapi jawapannya sama.
Penting untuk kita fahami bahawa Sultan Abdülhamid II tidak boleh dianggap sebagai seorang anti-Semitik. Dia terkenal kerana pendekatan realistik berbanding emosi dalam menghadapi masalah. Istilah anti-Semitik tidak popular dalam budaya Islam-Turki. Semua langkah berjaga-jaga yang diambil sepanjang tempoh itu adalah mengenai kedaulatan negara, bukan komuniti tertentu.
Bahkan pada masa itu, Empayar Uthmaniyyah adalah rumah kepada penduduk Yahudi terbesar di dunia, yang hidup dan beribadat dengan bebas. Thessaloniki, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah, juga merupakan sebahagian daripada bandar Yahudi terbesar di dunia.
Langkah Kedua
Revolusioner dari Young Turks yang menggulingkan Sultan Abdülhamid II pada tahun 1909 telah mengusir Sultan ke Thessaloniki dan memenjarakannya di rumah seorang banker Yahudi bernama Allatini. Kesemua wilayah yang dimiliki oleh Sultan itu di nasionalisasi dan orang Yahudi dibenarkan menetap di Palestin oleh Young Turks.
Di saat mereka sedang menyinggung golongan Muslim Uthmaniyyah dengan politik Turkifikasi mereka, mereka melayan orang-orang Yahudi dengan mesra memandangkan mereka membantu Young Turks merebut kuasa.
Terdapat begitu ramai orang Yahudi, Freemason, Sabataist dan orang Islam sendiri dalam kumpulan Young Turks. Salah seorang daripada mereka adalah banker Yahudi dan ahli freemason, Emmanuel Carasso, yang merupakan kawan rapat Talat Pasha (Grand Vizier Uthmaniyyah) dan ahli delegasi yang menjatuhkan Sultan Abdülhamid II. Carasso adalah orang yang paling berkuasa waktu itu dan menjadi penganjur migrasi Yahudi ke Palestin.
Young Turks membayar bebanan hutang kempen mereka dengan membantu Carasso melipat gandakan kekayaannya dan membolehkannya menjalankan perniagaan makanan secara bawah tanah semasa Per4ng Dunia Pertama meletus.
Zionis memeterai perjanjian dengan Menteri Luar Inggeris, Arthur Balfour pada tahun 1917. Melalui Deklarasi Balfour, Empayar British memberikan lampu hijau kepada penubuhan negara Yahudi di tanah Palestin. Apabila tenter4 Uthmaniyyah di bawah Mustafa Kemal Ataturk dikalahkan di Syria, Palestin ditaklvk oleh British pada tahun 1918.
Prinsip umum menyatakan bahawa pasukan pendudukan tidak dibenarkan menyentuh harta persendirian: Hanya tanah milik negara yang menukar tangan.
Justeru, tanah milik Sultan Abdülhamid II dan yang dirampas oleh Young Turks diambil alih oleh British. Berikutan pendudukan British, penempatan Yahudi di Palestin meningkat. Kini, orang-orang Yahudi juga bebas membeli tanah. Orang Arab terpaksa menjual tanah mereka kerana mereka berada di bawah tekanan dan ekonomi yang sangat mundur.
Palestin Adalah Darah Orang-Orang Islam
Memetik isi kandungan surat dari Sultan Abdülhamid II, yang dikarang semasa baginda hidup di dalam buangan dan diutus kepada mentor bahinda Shadhili Sheikh Abu’Shamat Mahmud, bertarikh 22 September 1913, Sultan Abdülhamid II mengatakan :
“Saya berhenti menjadi khalifah kerana penindasan dan ancaman oleh Turki Muda. kumpulan memaksa saya meluluskan penubuhan sebuah negara Yahudi di Palestin, saya menolak tawaran ini, akhirnya mereka menawarkan 150 juta keping emas , saya menolak lagi dan saya memberitahu mereka:
‘Saya tidak akan bersetuju dengan anda walaupun anda menawarkan 150 juta emas hatta semua emas di seluruh dunia sekali pun. Saya berkhidmat untuk masyarakat Islam selama lebih dari 30 tahun. Saya tidak membiarkan nenek moyang saya kecewa. Berikutan tindak balas saya yang terakhir, mereka menyokong penggulingan saya dan menghantar saya ke Thessaloniki. Kepada Allah saya berdoa, saya tidak redha akan pembentukan sebuah negara baru di tanah Palestin di Negara Uthmaniyyah milik orang Islam.”
Pasca Penubuhan Negara Israel
Menjelang 1947, lebih daripada separuh penduduk di Palestin adalah Yahudi dan sebahagian besar wilayahnya adalah milik mereka. Langkah seterusnya ialah kemerdekaan.
Sesetengah kumpulan Yahudi memaksa pihak British untuk mengosongkan kawasan tersebut. Keputusan yang keluar dari referendum adalah untuk menubuhkan negara Yahudi dan PBB meluluskannya pada tahun 1948. Kerajaan Turki di Ankara adalah antara yang terawal mengiktiraf keputusan itu.
Negara baru itu dinamakan Israel, sempena nama sebuah kerajaan yang raja nya adalah Nabi Daud a.s., Israel adalah nama Nabi Yakub, yang dikatakan bapa leluhur Israelit. Mengenai bendera Israel, Star of David berada di antara dua garis biru, yang melambangkan Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Sejumlah besar orang Arab di sana memutuskan untuk berhijrah dan hidup di bawah keadaan yang sukar di pusat-pusat perlindungan. Tanah mereka ditinggalkan kepada orang Yahudi.
Tentera Arab Bersekutu tewas dalam per4ng menentang Israel pada tahun 1948, 1967 dan 1973. Russia ketika itu memihak kepada negara-negara Arab hingga beberapa negara Arab kemudian dijadikan negara satelit Russia.
Pada waktu itu lah keteguhan prinsip Sultan Abdülhamid II dibangkitkan sekali lagi. Ramai warga Arab mula menyesali pengkhianatan sesetengah bangsa mereka yang terdahulu terhadap Uthmaniyyah.
Di waktu krisis itu Sultan Abdülhamid II diangkat sebagai tokoh yang disanjungi di negara-negara Arab dengan namanya sentiasa disebut dalam doa ketika Solat Jumaat. Mereka sedar, Palestin akan terus dijajah.
Hari ini seluruh dunia sudah boleh melihat sendiri ketidakadilan yang dilakukan terhadap orang-orang Islam di Palestin, tanah Palestin semakin mengecil setiap dekad. Kaum Yahudi menganggap diri mereka superior dan bersikap sombong, tetapi mereka lupa siapa yang melindungi mereka semasa mereka hidup tanpa kewarganegaraan tetap di zaman keemasan Islam Uthmaniyyah.
Itulah antara sebab nya pada saat ini masih ada sebilangan kecil orang-orang Yahudi Ortodoks menjadi antara golongan yang paling lantang menentang negara Israel kerana bagi mereka, penubuhan negara Yahudi sebelum kedatangan Messiah dianggap sebagai menyalahi hukum agama mereka, dan Zionis dianggap sebagai kumpulan pelampau yang menunggang nama Yahudi demi kepentingan politik.
0 Ulasan