Emir Sâdeddin Kopek adalah seorang figura sejarah Turki di mana kedua-dua kelahiran dan kehidupannya dan juga peristiwa-peristiwa melibatkan dia semasa hidupnya masih sedang dikaji dengan teliti oleh penyelidik hari ini. Beliau adalah seorang yang sangat berkuasa, yang berupaya mengangkat darjatnya ke peringkat pentadbiran Empayar Seljuk dalam masa yang sangat singkat.
Nama Emir Sâdeddin Kopek pertama kali muncul dalam Catatan Tugas Negeri semasa pemerintahan Sultan Alâeddîn Keykubâd I. (1220-1237). Beliau melaksanakan tugas seperti penterjemah, Emir-i Sikâr, arkitek, panglima tentera, Emir Daerah, Melikü’l Umera/bangsawan tertinggi (Beylerbeyi) dan Pervane (Setiausaha kewangan).
Tugas pertamanya lebih berperanan di sebalik tabir, beliau pada mulanya beliau berkhidmat untuk Empayar Seljuk sebagai seorang penterjemah dan jurucakap kerajaan.
Memandangkan memburu merupakan perkara yang penting di negeri-negeri Turk, Kopek kemudian diangkat ke kedudukan Emir’i Sikâr, yang bermaksud beliau bertanggungjawab untuk menjaga urusan memburu apabila musim nya tiba sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Alâeddîn Keykubâd I.
Tidak lama selepas itu, Emir Sâdeddin Kopek dinaikkan pangkat sebagai seorang Panglima Tentera Darat. Pada 1226, Aladeddin Keykubad I menugaskan Kopek sebagai pemerintah tentera bagi pasukan sayap kiri tentera Seljuk dalam Pertempvran Harput menentang tentera kerajaan Dinasti Ayyubid.
Pengaruh beliau dalam angkatan tentera kemudiannya melonjak hingga dilantik sebagai Panglima Besar untuk seluruh Angkatan Tentera Seljuk, dan puncak pengaruhnya yang tertinggi apabila dia mencapai kedudukan dalam pentadbiran peringkat emirat (Emir – jawatan yang setara dengan perdana menteri)
KARAVANSERAY ZAZADIN HAN
Di samping itu, perlu diakui bahawa Sâdeddin Kopek adalah seorang Arkitek yang hebat dan berbakat besar. Beliau telah membina sejumlah besar pelbagai struktur dan jenis binaan bangunan, yang kebanyakannya masih berdiri teguh hingga ke hari ini.
Sadeddin Kopek juga bertanggungjawab membina karavanseray yang dikenali sebagai Zazadin Han yang mahsyur itu, jaraknya 20km dari Konya melalui jalan laluan Konya-Ankara di luar kampung Kavacık.
Karavanseray merupakan sebuah pusat persinggahan para musafir untuk berhenti berehat dan menginap yang memainkan peranan penting dalam perdagangan antara China dan Parsi yang menggunakan Jalan Sutera.
Sebab-sebab di sebalik kemasyhurannya adalah pintu keluar utama, dua inskripsi, batu spolia di dindingnya, portal berjalur, dan arkitek nya sendiri iaitu Sadettin Kopek. Salah satu inskripsi pada karavanseray itu tertera nama Köpek sebagai pengasas nya di tahun 1235-1236 dan selebihnya menunjukkan restu dari kedua-dua Sultan Kayqubad I dan Sultan Kaykhusraw II.
Inskripsi pertama membuktikan bahawa bahagian penutup pintu utama telah dibina oleh Sadettin Kopek dalam pemerintahan Alaeddin Kayqubad I dan yang kedua ialah bukti bahawa bahagian halaman dibina dalam pemerintahan pewarisnya, Kaykhusraw II. Zazadin Han dinamakan sempena Sadettin Kopek.
Zazadin Han pada asalnya tidaklah terkenal sangat namun oleh kerana Zencirli Han telah hilang, kini Zazadin Han mengambil alih populariti. Prasasti di bahagian utama pintu tertutup ditulis dalam kaligrafi gaya Seljuk “nashki” yang berbunyi sebagai berikut:
“Pada zaman Kaykubad anak Kayshurev, telah turun perintah supaya menjadi Emir yang beriman, melaksanakan tugas Sultan, penaklvk, pelindung dunia dan keimanan, dari hamba hina yang memerlukan belas kasihan Allah, Köpek anak Mohammad (Mei Allah memberkati dia) struktur ini dibina pada tahun 633 M.”
Inskripsi lain yang berada di laman belakang ditulis dalam tulisan Arab dengan gaya kaligrafi yang sama adalah berikut :
“Apabila kebaikan bertambah dan berpindah untuk memenuhi kebajikan, dalam kemurahan hati negeri yang terang dan rahmat zaman Kayshurev Sultan tertinggi, penaklvk yang hebat, anak lelaki Kaykubad, pelindung dunia dan keimanan; hamba yang hina Kopek anak Muhammad membina ini pada tahun 634 CE. “
Zazadin Han ditutup untuk tujuan pemulihan pada September 2017 dan dibuka semula untuk pengunjung semenjak Ogos 2019.
ASAL USUL MISTERI EMIR SÂDEDDIN KOPEK
Difahamkan bahawa nama penuhnya adalah Sa’d al-Dīn Kobek bin Muhammad (bahasa Arab: سعد الدين كوبك بن محمد), seperti yang tertulis pada inskripsi di Zazadin Han yang telah dibina beliau, manakala ama “Sâdeddin” adalah nama jolokan beliau dan nama “Kopek” mempunyai makna seperti ketaatan, ketaatan, berkhidmat dengan ikhlas dan setia. (di Pantai Timur Malaysia ini adalah nama yang sensitif lagi merbahaya)
Tidak ada maklumat lengkap mengenai zaman kanak-kanak Sâdeddin Kopek yang dicatat di dalam The Chronicles Of The Seljuks Period. Tarikh kelahiran dan tempat kelahirannya juga tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ada banyak data yang berkaitan dengan kehidupan nya sebagai pemuda hingga zaman dewasanya dan kem4tiannya.
Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa ibu bapanya adalah ahli keluarga diraja yang berasal dari Konya memandangkan nama ibunya ialah Şehnaz Hanim. Namun begitu, ramai ahli sejarah pada zaman itu sendiri dan hari ini mendakwa bahawa fakta itu telah dipalsukan oleh Sâdeddin Kopek sendiri demi manfaat kuasa.
Perenggan berikut telah disebutkan di dalam Chronicles of The Seljuks Period, dan ia diekstrak daripada diari autobiografi peribadinya yang ditulis oleh tangan Sâdeddin Kopek sendiri :
“Ibu Kopek, Sehnaz Hatun, adalah anak perempuan orang kaya dan murah hati dari Konya. Sultan Giyâsiddîn Keyhusrev I, yang merupakan bapa Sultan Alâeddîn Keykubâd I, sangat tertarik dengan rambut ikal nya, dia mengagumi ketinggian tubuhnya dan wajah nya yang bujur sirih. dan pandangannya akan berubah seperti Majnun di hadapan Leyla.
Jadi mereka mula membawanya ke istana Sultan kemudian membawanya pulang, tanpa memperlihatkannya kepada sesiapa pun untuk beri penghormatan dan sebagai hiburan. Tiada siapa yang tahu mengenai urusan ini kecuali neneknya.
Apabila hingga tiba suatu masa, mereka membawa wanita yang merupakan ibu Kopek itu ke rumah “ayahnya”, ibunya sudah dua bulan mengandungkan anaknya
Walau bagaimanapun, dia menipu beliau (“ayahnya”) dan mendakwa dirinya sebagai seorang dara hingga hari perkahwinan mereka. Dengan rancangan licik neneknya, mereka meyakinkan “ayahnya” bahawa pengantin perempuan itu telah hamil pada malam perkahwinan. Jadi, saya dilahirkan 7 bulan kemudian”
[Petikan dari The Diary and Autobiography, yang ditulis oleh Sâdeddin Kopek, diterjemahkan oleh Melisa Dirilish]
Dengan kenyataan itu, Kopek telah menyatakan bahawa dia berasal dari garis keturunan Dinasti Seljuk, walaupun sebagai anak luar nikah. Dalam diari beliau, Sâdeddin menulis lagi bahawa ibunya iaitu Sahnaz, membesarkan Kopek seperti anak suami Sahnaz.
Sedangkan dia sebenarnya anak sulung Sultan Giyâseddîn I, maka Kopek adalah abang tiri Sultan Alâeddîn Keykubâd I, jadi dia adalah keturunan diraja Seljuk. Menurut beliau perkara ini didedahkan nenek nya sebelum meninggal dunia.
Tetapi para penulis dan ahli sejarah masa itu menyatakan bahawa ia berkemungkinan besar direka-reka oleh Sâdeddin Kopek untuk menuntut takhta Sultan Seljuk sendiri. Dalam konteks yang sama, Ibn Bîbî, seorang penulis dan ahli sejarah Parsi yang paling dihorm4ti pada masa itu, menggambarkan kisah ini sebagai tidak mempunyai sebarang aspek yang konsisten, dan menganggap ia sebagai “ironis” dan “sesat”.
Dari nama “Kopek” dan dari fakta bahawa dia telah dibesarkan dengan pendidikan Islam di Gulâmhâne, penyelidik hari ini menggunakan dalil ini untuk menolak penulisan diari tersebut, kerana ia membuktikan bahawa Kopek adalah dari “Devshirmeh”, iaitu, dia bukan seorang Turk.
Kerana anak-anak yang berasal dari “Devshirmeh” bukan keturunan Turk, dan mereka akan menjalani latihan khusus di Gulâmhâne (sebuah institusi latihan) dan akhirnya mereka akan menjadi Gulâm (pasukan pengawal dengan tugasan tunggal untuk melindungi Sultan).
KEBANGKITAN EMIR SÂDEDDIN KOPEK
Zaman Sâdeddin Kopek menjadi terkenal dalam pentadbiran dan seluruh negeri lalu melonjak dalam kerjayanya adalah pada zaman Giyâseddîn Keyhusrev II. Setelah pembunvhan secara keji terhadap ayahnya, Sultan Alâeddîn Keykubâd I, yang telah diracvni semasa jamuan di istana pada tahun 1237, iaitu pada malam yang sama pengumuman Sultan mengenai keputusan penting berkenan pewaris takhta, Sâdeddin Kopek telah mengangkat Giyâseddîn II sebagai pewaris takhta berbanding memilih Kilic Arslan, yang jelas merupakan pewaris takhta yang berhak.
Sâdeddin Kopek juga dipercayai merupakan dalang yang melakukan komplot pembunvhan
Sultan Alâeddîn Keykubâd I pada malam itu.
Sultan muda itu kemudian berada di bawah kawalan Köpek yang menurut Ibn Bibi, merancang agenda jahat dan sanggup membunvh walaupun Sultan muda demi merampas takhta. Dengan Giyâseddîn Keyhusrev II yang berada di bawah kendalinya, Köpek mengumpul kuasa di tangannya dengan membunvh dan menghapuskan saingan dari kalangan pentadbiran dan komander kor ketenteraan.
Dalam seramai-ramai mangsanya, beliau turut menghapuskan Altun Aba, yang merupakan Atabey (guru) Sultan Giyâseddîn II, dengan menuduhnya sebagai pengkhianat, dan dia telah mengheretnya dari keluar dari pejabat pentadbiran dan dibunvh di kawasan pedalaman.
Dia kemudian menghapuskan Husameddin Kaymer, Taceddin Pervane, dan ramai lagi. Sebagai akibat dari keganasan Sadeddin, berlaku kebangkitan yang sangat terkenal iaitu Ikhwanul Babai yang dipatahkannya dengan kejam.
Dia kemudian membunvh Putera Izzeddin Kilic Arslan, pewaris takhta yang sebenar, bersama adiknya Rukneddin, serta ibunya Melike Adliyye Sultan yang merupakan seorang puteri dari dinasti Ayyubbid. Berdasarkan rekod sejarah, Sâdeddin membawa mereka dari Istana Kayseri Keykubadiye ke Ankara.
Di sana lah dia menjerut leher Melike Adliyye Sultan dengan tali anak panah mengikut undang-undang Kut Turk-Mongol (undang-undang yang tidak membenarkan keturunan diraja dibunvh dengan menumpahkan darah ke bumi mengikut tradisi Mongol).
Dia kemudian membawa dua putera yang malang itu ke Istana Borgulu dan membunvh mereka di sana.
Dia mengesyaki kesetiaan Khwarezmians, saki baki tentera Jalal al-Din Manguberti (penguasa terakhir Empayar Khwarezmian) yang diterima oleh Sultan Kayqubad dan ditempatkan di beberapa benteng pertahanan Anatolia, lalu Kopek memenjarakan pemimpin mereka, Kirkhan.
Akibatnya, tentera Khwarezmians meninggalkan pos mereka di semua kubu dan melarikan diri ke wilayah Diyar Mudar, di mana mereka menyertai gabungan dengan kerajaan Ayyubid, sebagai pasukan tentera upahan.
Kecurigaan Köpek menyebabkan kesultanan Seljuk telah kehilangan begitu ramai pegawai dan anggota tentera yang berpengalaman bagi menghadapi ancaman dari luaran dan ketidakstabilan dalaman. Beliau kemudian menetapkan dirinya sebagai seorang yang kejam dan kuasanya kelihatan tidak terbatas.
Köpek mula berpenampilan “majestic” di hadapan Sultan dengan membawa pedang dan menggantungnya di pinggang, ia jelas satu pelanggaran protokol diraja. Pada masa itu Sadeddin mula menyebarkan kisah teori konspirasi bahawa dia adalah anak Sultan.
Juga, pada satu ketika sepanjang tempoh ini, dia mula menunjukkan tanda-tanda dan gejala gangguan mental yang serius. Dia mula berperilaku dengan cara yang pelik, dan mengalami ser4ngan gila dan gangguan delusinasi.
KEJATUHAN SADEDDIN KOPEK
Sultan Giyâseddîn Keyhusrev II yang masih muda mula melihat Sadeddin sebagai ancaman terbesar kepada negara, rakyatnya, dan dirinya sendiri, dia berhubung dengan Timbalan Ketua Panglima Sivas, Emir Husameddin Karaca untuk mendapatkan bantuannya dalam merancang komplot pembunvhan.
Emir Husameddin Karaca adalah seorang panglima tunggal di antara bangsawan Seljuk yang digeruni oleh Sâdeddin Kopek. Oleh kerana Karaca sedar bahawa dan tidak mahu menimbulkan syak wasangka dari Sadeddin, dia diam-diam memberitahu Sultan bagaimana dia hendak menjalankan rancangan, mereka membuat rancangan untuk membunvh Sâdeddin Kopek, lalu Karaca pergi ke kediaman Sadeddin.
Sâdeddin Kopek terkejut apabila dia melihat Emir Husameddin Karaca tiba-tiba di hadapannya, lalu Kopek bertanya: “Adakah kamu datang untuk menghadap Padishah Dunia?” (Raja tertinggi), Karaca yang sedang meraih kepercayaannya, menjawab dengan kata-kata pujian:
“Bagaimana saya boleh pergi menghadap Sultan tanpa mendapatkan izin kamu terlebih dahulu, dan untuk apa saya perlu mencari dia, sedangkan saya melihat pangkat anda sebagai kedudukan yang paling tinggi untuk memohon perlindungan dan meminta pertolongan. ”
Setelah Husameddin Karaca memperoleh kepercayaan Sadeddin, dia mula bekerja sebagai pembantu dan atendannya. Selama beberapa hari, beliau menghadiri majlis makan malam dan hiburan Sâdeddin Kopek yang diadakan di Istana Sultan, dalam usaha untuk menguatkan keyakinan Kopek kepadanya.
Pada suatu malam ketika mereka berdua melawat dan berhibur dengan Sultan muda, Sadeddin telah mabuk kerana minum terlalu banyak wain, Karaca meninggalkan bilik dengan izin Sultan, dengan alasan untuk pergi membersihkan badan. D
ia pergi ke ambang pintu istana dan di sana dia mengambil kedudukannya. Dia menunggu Sadeddin muncul, bersama dengan pengikutnya yang setia dan telah bersama-sama dalam komplot.
Selepas beberapa ketika, ketika Sâdeddin Kopek meninggalkan Sultan dan keluar, Karaca menyasarkan untuk melibas kepala Kopek dengan pedangnya, tetapi pedangnya terkena bahu Kopek dan hanya mengenai sebahagian wajahnya. Sâdeddin, dengan wajahnya berlumuran darah, terus sedar dari mabuk dan melarikan diri dari Istana.
Emir-i Âlem (Emir yang bertanggungjawab terhadap protokol Seljuk) Togan, yang pada masa itu berdiri di sebelah Emir Karaca mengambil pedangnya dan terus mengejar Kopek.
Sâdeddin Kopek telah memasuki bilik bawah tanah yang merupakan hasil seni bina kerja tangannya sendiri untuk menyelamatkan nyawanya. Disitu juga lah dia diser4ng oleh orang lain iaitu askar dan pekerja yang telah menunggu di ruang bawah tanah.
Mereka menikamnya dengan pisau, menetaknya dengan pedang yang mengakibatkan kecederaan parah terhadap Kopek, hinggalah Emir Husameddin Karaca dan Emir-i Âlem Togan tiba lalu terus menamatkan riwayat Sadeddin Kopek
Pembunvhan Sâdeddin Kopek telah menyelamatkan Sultan dan kerajaan dari ancaman besar. Sultan Giyâseddîn II memerintahkan supaya mayatnya dimasukkan ke dalam sangkar besi dan digantung di tempat yang tinggi di atas benteng Konya, untuk menjadi pengajaran kepada semua orang dan untuk memuaskan hati dan perasaan semua orang yang dizalimi Sâdeddin Kopek.
Bagaimanapun, menurut apa yang direkodkan sejarah, tali yang menggantung sangkar itu tiba-tiba terputus, lalu terjatuh menimpa dan membunvh beberapa orang ramai yang sedang berkerumun untuk menyaksikan mayatnya. Seolah-olah dia mahu membalas dendam kali terakhir, walaupun selepas kem4tiannya.
Walaupun kuasa dan keganasannya berlangsung dalam jangka masa yang pendek dan dia sendiri telah dihapuskan, keganasan berdarah yang dilakukan Köpek sepanjang tempoh 1237-1238 mempunyai kesan yang meluas. Beliau telah menjadi arkitek peristiwa berdarah dan mengerikan dalam negara yang melibatkan penghapusan, pembunvhan dan penindasan.
Dengan kehilangan panglima tentera yang berpengalaman dan ketiadaan pasukan tentera Khwarazmian, yang membentuk elemen utama pertahanan angkatan tenteranya, Empayar Seljuk menghadapi tekanan dahsyat dalam mengekalkan kestabilan politik di dalam wilayahnya hingga membawa kepada kelompongan sempadan akibat kelemahan pertahanan menjelang pencerobohan Mongol yang sedang bangkit di mana ia menjadi permulaan kepada kejatuhan Empayar Seljuk dan kebangkitan Empayar Uthmaniyyah.
RUJUKAN:
- Ibn Bîbî, el-Evâmîrü’l-‘Alâ’iyye fî’l-Umûri’l-‘Alâ’iyye, C. II, (Translated by Mürsel Öztürk), Culture – Ministry of Publication, Ankara
- The Emergence Of Authority And The Attempt To Capture The Seljuk Sultanate Of Emir Sâdeddin Kopek – Gazi Türkiyat Dergisi, Issue 7, Fall 2010, ms. 65-97: https://www.devletialiyyei.com/sadeddin-kopek-sayfa-250.html
- The Rise And Fall Of Tyrant In Anatolian Seljuk : Sa’d al-Din Köpek’s Reign Of Terror 1237-1238 (2013): http://www.academia.edu/685273/_The_Rise_and_Fall_of_a_Tyrant_in_Seljuk_Anatolia_Sa_d_al-Din_Köpek_s_reign_of_terror_1237 -1238_2013_
0 Ulasan