Mohamad Azmi Mat Rashid, [07.05.20 08:48]
PEPERANGAN ANTARA NABI SULAIMAN DENGAN KERAJAAN KAHYANGAN
Diceritakan bhw pada suatu hari Nabi Sulaiman a.s mendapat tahu bhw terdpt sebuah kerajaan kahyangan di negara Maladewa, disebelah barat India yg diperintah oleh Prabu Wenang bin Prabu Nurrasa bin Prabu Nurcahaya (Anwar) bin Nabi Syith bin Nabi Adam.
Menurut riwayat, Prabu Wenang mempunyai seorg saudar lelaki bernama Prabu Darmajaka dan seorg saudara perempuan bernama Dewi Pramanawisesa. Dikatakan bhw mereka berdarah campuran manusia dgn jin dan memiliki umur yg sangat panjang.
Sebagai pemerintah takhta kahyangan Pulau Dewa, Prabu Wenang dipuja bagaikan Tuhan oleh penduduk Pulau Dewa yg saat itu kebanyakan dari bangsa jin. Para pengikut Nabi Sulaiman mendesak supaya Prabu Wenang diberi hukuman.
Nabi Sulaiman pun mengirim panglima perangnya yg bernama Jin Sakhar utk menyerang Pulau Dewa. Jin Sakhar tiba di tempat yg dituju namun di dalam pertempuran tersebut, Jin Sakhar menghadapi kekalahan dan menjadi tawanan perang Prabu Wenang.
Kemudian Jin Sakhar dilepaskan dgn syarat dia mesti mencuri rahsia kekuasaan Nabi Sulaiman yg berupa cincin mohor diraja. Jin Sakhar kembali ke istana Nabi Sulaiman dan ketika itu Nabi Sulaiman sedang mandi.
Jin Sakhar pun mengambil peluang dgn merubah rupa dirinya kpd bentuk dan rupa paras Nabi Sulaiman lalu pergi kpd Amina dan mengambil cincin diraja lalu disarungkan ke jarinya. Apabila Nabi Sulaiman selesai mandi, beliau merasa terkejut kerana mendapti Amina tidak ada lagi disitu. Beliau pun berjalan di dlm istana dan beliau dapati org tidak lagi mengenalinya.
Di istana, Jin Sakhar memerintah dgn semahu-mahunya. Dia menyuruh para pengawal istana mengusir Nabi Sulaiman keluar dr perkarangan istana. Lalu keluarlah Nabi Sulaiman dr istana dan merayau ke serata tempat. Beliau kini terbuang seperti org asing, terpaksa mengemis utk mendptkan sesuap makanan.
Hilanglah sudah kemuliaan Nabi Sulaiman bersama kerajaannya. Tanpa cincin diraja, beliau tidak diperdulikan oleh sesiapa, baik manusia mahupun jin. Kerana itulah beliau tidak dpt menyeru mereka utk menolongnya. Atas segala2nya beliau sedar bhw deritanya adalah ujian drpd Allah sbgaimana ujian Allah Taala tehadap Rasul dan Nabi2 yg terdahulu drpdnya.
Tanpa disedari oleh org2 yg beriman pd masa itu bhw seluruh Kerajaan Israel peninggalan Nabi Daud kini diperintah oleh Jin Sakhar. Tetapi pemerintahannya hanya diizinkan oleh Allah Taala selama 40 hari sahaja.
Setelah genap 40 hari, Jin Sakhar mulai hilang kuasanya dan wajahnya kembali bertukar kpd rupa bentuk jin yg hodoh. Seperti jin yg lain, Jin Sakhar pun terbang melarikan dirinya dr istana dan mencampakkan cincin kerajaan ke dlm laut lalu disambar oleh seekor ikan.
Apabila ikan itu tertangkap dan disiang oleh tukang masak, cincin itu ditemui semula dan dikembalikan semula kepada Nabi Sulaiman. Allah Taala menyampaikan wahyu bhw semua yg berlaku kerana sikap tamak Jin Sakhar. Apabila mendpt tahu semuanya kerana perbuatan Jin Sakhar, Nabi Sulaiman memerintahkan para tentera jin mencari dan menangkap Jin Sakhar.
Kemudian Jin Sakhar diseksa setimpal dgn kejahatannya. Leher Jin Sakhar di gantung dgn seketul batu besar dan kemudian dicampakkan ke dlm Tasik Tabarias (sekarang dikenali sbg Tasik Galilee di Israel). Dengan itu, maka tamatlah riwayat Jin Sakhar.
Setelah memerintah kerajaannya kembali, Nabi Sulaiman menyiapkan bala tentera dr kalangan jin utk menyerang kerajaan kahyangan. Di dlm pertempuran itu ramai para perajurit di kedua belah pihak berperang menggunakan keupayaan ilmu masing2.
Dengan kehendak Allah Taala kerajaan kahyangan dpt dibinasakan sehingga hancur lebur. Dengan kekalahan yg dialami oleh Prabu Wenang, dia pun terus melarikan diri ke dasar lautan.
#MAMR
0 Ulasan