NABI ZANBARES

Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:55]
SIRI ANBIYA: NABI ZANBARES             

Nabi Zanbares merupakan seorg Nabi Allah yg dilantik oleh Allah Taala untuk penduduk Byzantium. Beliau dilantik ketika beliau berusia 40 tahun ketika sedang menggembala biri2.

Setelah mendapat wahyu dari Allah Taala, beliau pun kembali ke sisi keluarganya lalu menceritakan perihal dirinya yg dipilih oleh Allah menjadi utusanNya. Beliau juga mengajak keluarganya beriman dgn agama yg dibawanya lalu kesemuanya beriman kepadanya.

Tibalah saat untik beliau keluar utk berdakwah. Beliau pun menuju ke pasar jualan harian utk menyampaikan risalah Allah. Suasa menjadi hening ketika pertama kali beliau mengajak mereka beriman malah ada juga yg berbisik dan tertawa melihat tingkah lakunya.

Namun beliau tetap meneruskan dakwahnya. Hal itu juga terdengar sampai ke pihak istana. Raja Byzantium pun memanggil Nabi Zanbares ke istana. Sampai di istana Nabi Zanbares pun mengajak baginda raja beriman dan meninggalkan penyembahan berhala.

Beliau juga menunjukkan beberapa kebesaran dan mukjizat sbg menunjukkan bukti akan kebenaran risalah yg dibawa. Akhirnya baginda dan penduduk Byzantium pun beriman kepada ajaran Nabi Zanbares.

Sejak itu penduduk Byzantium berada dlm rahmat Allah. Pd suatu hari Nabi Zanbares mendapat petunjuk dan berita tentang kekuasaan dan pemerintahan Nabi Sulaiman lalu beliau bersama ahli keluarganya pergi menemui Nabi Sulaiman di Kerajaan Israil.

Kedatangan Nabi Zanbares dan ahli keluarganya di sambut oleh Nabi Sulaiman dgn penuh kemeriahan. Pada masa yg sama, Nabi Sulaiman jatuh cinta dgn anak gadis Nabi Zanbares. Akhirnya berlakulah pernikahan antara Nabi Sulaiman dgn anak Nabi Zanbares.

Hasil pernikahan tersebut, Nabi Sulaiman mendapat anak bernama 'Adrami di mana ia akan menjadi raja negeri Rom dikemudian hari.

Selepas beberapa lama di Kerajaan Israil, Nabi Zanbares bersama ahli keluarganya kembali ke negeri Byzantium dan menghabiskan sisa2 hidupnya hingga beliau wafat.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan