NEGARA2 YANG DIASASKAN OLEH KETURUNAN NABI HAM BIN NABI NUH

Mohamad Azmi Mat Rashid, [11.05.20 07:56]
NEGARA2 YANG DIASASKAN OLEH KETURUNAN NABI HAM BIN NABI NUH         

Selepas Banjir Besar, keturunan Nabi Ham bertebaran ke seluruh pelosok Asia Tengah. Ada di antara mereka menempati daerah Mesir.

Menurut sumber lisan penduduk setempat, asal usul nama Mesir berasal dari nama cucu Nabi Nuh yg bernama Mashorim bin Baishor bin Ham bin Nuh. Beliaulah yg mendirikan kota pertama di negeri ini yg tempatnya di Iskandariah.

Namun pd waktu itu, beliau memberikan nama pd kota tersebut dgn nama Kota Arruqudah yg bererti tidur kerana pd waktu itu tidak ada satu bangunan, perkampungan, manusia dan haiwan.

Beberapa dekad kemudian, salah seorg keturunannya yg bernama Shaddad (Shaddak) bin 'Ad bin Nardasher bin Kapthor bin Mashorim (Misraim) bin Ham bin Nuh telah membina kembali Piramid di Mesir.

-Negara Afrika dibuka oleh Fariq bin Yabsbir bin Ham bin Nuh. Menurut sejarah, Fariq telah menjelajahi daerah selatan dan barat Mesir utk menyaingi Masr, saudaranya yg menguasai daerah yg telah ditempati oleh keturunan Yabshir sebelum ini.

-Manfu (Memphis) adalah kota pertama yg dibangunkan di Mesir oleh Yabshir bin Ham bin Nuh. Manfu dlm bahasa Qibthi dieja Mafih yg ertinya 30 kerana Yabshir dtg ke daerah ini seramai 30 org.

-Palestin diasas oleh Palestin bin Kaslukhim bin Shidqiya bin Kanaan bin Ham bin Nuh.

-Kota Ka'bar, sebuah ibukota negara Abbysinia (Ethiopia) diasaskan oleh Habsy bin Kusy bin Ham bin Nuh.

Anak sulung Nabi Ham yg bernama Hind telah membina sebuah negara bernama Hindustan sementara anak Hind yg bernama Bang mengasaskan negara Benggala (Bengal).

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan