NABI ZAKARIA BIN MATTHAT

Mohamad Azmi Mat Rashid, [10.05.20 05:54]
SIRI ANBIYA: NABI ZAKARIA BIN MATTHAT

Nabi Zakaria a.s merupakan seorg Nabi dan Rasul yg dilantik oleh Allah Taala dari kalangan kaum Bani Israil. Beliau dilantik setelah penduduk Judah mula menyembah berhala secara terang-terangan.

Bapa beliau bernama Matthat bin Mathan bin Melkhi bin Janna (Yuhanan) bin Yusuf bin Mattathias II bin Amos bin Naum bin Esli bin Nagge bin Maath bin Mattathias I bin Yuanna bin Zakhyah bin Yahuzadak bin Seraiah bin Azariah bin Nabi Hilkiah bin Shallum bin Zaduk bin Ahitub bin Amariah bin Azariah bin Yuhanan bin Azariah bin Ahimaaz bin Zaduk bin Abitub bin Amariah bin Meraioth bin Zerahiah bin Uzzi bin Bukki bin Abishua bin Nabi Fanhas bin Al-Aizar bin Nabi Harun bin Imran bin Yishar bin Qahith bin Nabi Lawi bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.

Beliau merupakan saudara kandung kepada Yuakhim (Joachim), bapa Siti Maryam. Isteri beliau bernama Elizabeth binti Joiada bin Hezekiah bin John Hyrcanus bin Simon Makkabeas bin Mattathias dan merupakan saudara kandung kepada Hannah, ibu Siti Maryam.

Hasil perkongsian hidup dengan Elizabeth, Nabi Zakaria mendapat seorg anak yg diberi nama Yahya. Anak beliau lahir ketika usia beliau menjangkau 100 tahun.

Sepanjang berdakwah, Nabi Zakaria terpaksa meninggikan suaranya bagi menentang perbuatan mungkar kaum Bani Israil dan menyeru mereka agar kembali kepada ajaran Nabi Musa a.s. Beliau bersama Nabi Barakhiah a.s sentiasa menjalankan dakwah bersama tetapi mereka tetap mendapat tentangan yg hebat sehingga kaumnya membuat pakatan untuk membunuhnya.

Pada suatu hari, ketika beliau bersama Nabi Barakhiah a.s menjalankan dakwah, mereka berdua dikepung oleh kaumnya tetapi mereka berdua melarikan diri di dalam hutan. Ketika melintasi sebatang pokok besar, tiba2 pokok tersebut terbelah dua lalu mereka berdua bersembunyi di dalam pokok tersebut.

Ketika pokok tersebut hendak bertangkup balik, hujung jubah Nabi Barakhiah a.s terkeluar sedikit. Pada ketika itu pemuka2 Bani Israil melalui kawasan tersebut tetapi tidak ditemui jejak mereka berdua sehinggalah Iblis menjelma menjadi seorg lelaki separuh usia dan memberitahu mereka di mana kedua org Nabi itu bersembunyi. Pemuka Bani Israil pun mengambil gergaji lalu memotong pokok dgn gergaji tersebut.

Apabila mata gergaji sampai di kepala Nabi Zakaria a.s, maka mulalah Nabi Zakaria a.s menjerit kerana kesakitan. Begitu juga dengan Nabi Barakhiah a.s. Dlm pada itu, Nabi Zakaria a.s mendengar suatu suara: "Wahai Zakaria, bahawasanya Allah Taala telah berfirman: "Kenapa engkau tidak sabar menanggung musibah (bala) itu? Kenapa engkau menjerit! Jika engkau bersuara lagi, pasti Aku akan keluarkan kamu berdua dari dewan catatan para Nabi".

Apabila beliau mendengar firman Allah Taala itu, beliau terpaksa mengetap kedua gigi dan bibirnya menahan kesakitan itu. Begitu juga yg dilakukan oleh Nabi Barakhiah a.s sehingga tubuh mereka berdua terbelah dua dan wafat.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan