Mohamad Azmi Mat Rashid, [10.05.20 05:55]
SIRI ANBIYA: NABI ZAKARIA BIN BARAKHIYA
Nabi Zakaria a.s merupakan salah seorang Nabi dari kalangan Nabi-Nabi Allah pada zaman pembuangan di Babylon. Beliau merupakan anak kepada Nabi Barakhiya bin Iddo dan berkemungkinan dilahirkan di Babylon, Iraq.
Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul pada bulan kelapan tahun kedua pemerintahan Raja Darius dari Kerajaan Persia (Oktober/November 520 Sebelum Masihi).
Kegiatan kenabiannya bermula 17 tahun setelah kaum Bani Israil kembali dari pembuangan di Babylon. Beliau menjadi Nabi ketika usinya 17 tahun dan hidup sezaman dengan Nabi Haggai a.s.
Beliau dan Nabi Haggai a.s diperintahkan oleh Allah Taala untuk menyeru gabenur Kerajaan Judah bernama Zarubabil bin Seatiel, Imam Besar Yesyua bin Yozadak dan org2 yang kembali ke Kota Jerusalem dari pembuangan agar membina kembali Bait Allah walaupun larangan dari pemerintahan Kerajaan Persia berlaku.
Di samping itu, Nabi Zakaria a.s sentiasa menegur kaumnya dari melakukan kemungkaran yg boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Kaumnya menerima segala apa yg disampaikan oleh beliau dan beliau hidup dalam kaumnya sehingga beliau wafat dan dikebumikan di Palestin.
#MAMR
0 Ulasan