KERAJAAN MA'IN (MU'INIYAH)

Mohamad Azmi Mat Rashid, [09.05.20 13:23]
SIRI TAMADUN DUNIA: KERAJAAN MA'IN (MU'INIYAH)

Kerajaan Ma'in merupakan kerajaan Arab kuno yang terletak pendalaman antara Hadhramaut dan Najran di Arab Selatan. Kerajaan ini diperkirakan wujud pada abad kurun ke-8 SM. Penduduk Ma'in merupakan bangsa yang lebih tua daripada bangsa Ibrani. Mereka juga mempunyai ramai suku kaum seperti suku Kadman, Wakil, Ma'har, Hardh, Zaltan dan Jazyau.

Kekuasaan Kerajaan Ma'in meliputi keseluruhan Arab Selatan. Di antara kota-kota yang terkenal adalah Kota Shirwah, Kota Karna dan Kota Qarnawu.

Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa Kerajaan Ma'in merupakan sebuah kerajaan penakluk yang berjaya menakluki Kerajaan Qatban dan Kerajaan Hadhramaut sekitar abad kurun ke-7 SM. Majoriti penduduk Ma'in penyembah berhala seperti Untsar, Wadd, Nakruh, 'Atstar Dzu Qabath dan 'Atstar asy-Syariq. Bagi mereka ular sebagai simbol tuhan dan para wanita memiliki kedudukan istimewa disisi mereka.

Dari segi ekonomi, mereka maju dalam berbagai sektor perdagangan. Di samping itu, tulisan huruf Phonicia yang mereka kuasai sebelumnya telah pindah ke kaligrafi Masnad. Sebagai sebuah kerajaan yang kaya, mereka kerap berkomunikasi dengan bangsa lain seperti Mesir, Gazza, Ionia, Sidon, Amon dan Moab.

Menurut para pengkaji seramai 26 orang raja yang memerintah Kerajaan Ma'in. Kebanyakkan nama raja-raja muncul dalam prasasti-prasasti Ma'in dan tidak semua merupakan raja Ma'in. Kebanyakkan para pengkaji meletakkan nama Raja Shadiq Il (1080 SM) sebagai penguasa awal Kerajaan Ma'in. Selain memerintah Ma'in, baginda juga memerintah Hadhramaut.

Selepas Raja Shadiq Il, naiklah puteranya yang bernama Ilyafa' Yitsa (1000 SM). Raja Ilyafa' Yitsa mempunyai adik kandung bernama Raja Syahr 'Allan yang memerintah di Hadhramaut. Pada zaman pemerintahannya, Raja Syahr 'Allan telah memerintahkan agar membina sebuah benteng dan benteng itu bernama Benteng Kharif. Selepas Raja Ilyafa' Yitsa, naiklah puteranya yang bernama Hufn Dzarah (980 SM). Raja Hufn Dzarah mempunyai adik bernama Ma'dikarib yang menjadi raja di Hadhramaut dan Ilyafa' Riyam. Raja Ma'dikarib sepanjang memerintah Hadhramaut pernah mewakafkan Benteng Kharif untuk Dewa 'Atstar Dzu Qabadh dan membina Kota Kal.

Sesudah Raja Hufn Dzarah memerintah, naiklah adiknya yang bernama Ilyafa' Riyam (965 SM). Raja Ilyafa' Riyam menduduki takhta Kerajaan Ma'in dan Hadhramaut. Raja Ilyafa' Riyam mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama Haufi'atsat dab Abyada' Yitsa. Selepas Raja Ilyafa' Riyam, naiklah puteranya yang bernama Haufi'atsat (950 SM).

Selepas Raja Haufi'atsat mangkat, naiklah adiknya yang bernama Abyada' Yitsa memerintah Ma'in (935 SM). Nama Raja Abyada' Yitsa ditemukan dalam prasasti yang berasal dari Kota Ma'in. Prasasti ini dibuat saat sejumlah bangsawan kota Qarnawu melakukan aktiviti membaiki sistem perparitan dan tembok kota. Pemilik prasasti ini dan yang memerintah penulisannya adalah Alman bin Am Karib dari keluarga Hadz'ar; pemimpin Kab'an yang bernama Jab'an; para sahabat dan orang yang disukai oleh Raja Abyada' Yitsa.

Selepas Raja Abyada' Yitsa mangkat, naiklah puteranya yang bernama Waqah Il Riyam memerintah Ma'in. Setelah Raja Waqah Il Riyam, naik pula adiknya yang bernama Hufn Shadiq. Beberapa tahun memerintah, akhirnya Raja Hufn Shadiq mangkat dan digantikan oleh puteranya yang bernama Ilyafa' Yafusy.

Setelah Ilyafa' Yafusy mangkat, naiklah Raja Yitsa' Il Shadiq sebagai raja Ma'in dinasti baru. Setelah Raja Yitsa' Il Shadiq, naiklah puteranya yang bernana Waqah Il Yitsa'. Beberapa tahun memerintah, akhirnya Raja Waqah Il Yitsa' pun mangkat lalu tampuk Kerajaan Ma'in diperintah oleh puteranya yang bernama Ilyafa' Yasyur. Raja Ilyafa' Yasyur mempunyai anak bernama Waqah Il Nabat dan Hufn Riyam. Setelah itu naiklah putera Raja Ilyafa' Yasyur yang bernama Waqah Il Nabat. Setelah baginda mangkat, adindanya yg bernama Hufn Riyam menaiki takhta.

Pada tahun 770 SM, Raja Hufn Riyam mangkat dan takhta kerajaan disandang oleh seorang raja yang tidak namanya (770-750 SM). Pada tahun 750 SM, Raja Abyada' Riyam menaiki takhta Kerajaan Ma'in sebagai peng

Mohamad Azmi Mat Rashid, [09.05.20 13:23]
asas dinasti keempat. Selepas kemangkatan Raja Abyada' Riyam, naiklah puteranya yang bernama Khal Karib Shadiq.

Pada zamannya, baginda memerintahkan agar membangun sebuah kuil dan kuil itu dinamakan Kuil Rashf. Kuil ini merupakan kuil yang paling popular di kalangan bangsa Ma'in yang berada diluar tembok ibu kota Qarnawu. Raja Khal Karib Shadiq mempunyai beberapa orang anak antaranya bernama Hufn Yitsa' dan Aus. Puteranya yang bernama Hufn Yitsa' lah yang akan menaiki takhta selepasnya.

Menurut salah seorang pengkaji yang bernama Hommel, dinasti baru muncul dengan raja pertamanya bernama Raja Ilyafa' Waqah yang merupakan keluarga raja-raja Ma'in yang tertua sementara Mordtmann mendahului dengan nama Raja Yitsa' Il Shadiq.

Nama Raja Ilyafa' Waqah muncul dalam prasasti yang ditemui di as-Sauda' , lokasi kota kuno Nasysyan. Dalam prasasti ini menyebutkan bahawa Raja Ilyafa' Waqah bersama rakyat Ma'in datang ke kuil Dewa Am di Ra'ab dari Dzu Nabath mempersembahkan berbagai hadiah dan korban untuk mendekatkan diri mereka kepada dewa. Kedatangan baginda disambut oleh seorang dukun dan pengurus kuil bernama Rasywa.

Selain itu, nama Raja Ilyafa' Waqah muncul dalam prasasti yang ditemui di Baraqisy iaitu Kota Yatsill, salah satu kota  Ma'in. Dalam prasasti ini, nama putera baginda dipahatkan dan ia bernama Waqah Il Shadiq. Nama Waqah Il Shadiq ada tercatat dalam prasasti yang dijumpai di Qarnawu (al-Qara).

Adapun yang berkuasa setelah Raja Waqah Il Shadiq adalah puteranya yang bernama Abkarib Yitsa'. Nama baginda ini muncul dalam prasasti yang ditemui di al-Ula iaitu di ad-Didan. Pemilik asal prasasti ini ditulis oleh seorang lelaki dari keluarga Gharyah. Setelah Raja Abkarib Yitsa', naiklah puteranya yang bernama Amyitsa' Nabath.

Kekuasaan Kerajaan Ma'in memakan masa yang lama. Kerajaan ini pernah menghadapi berbagai peperangan yang hebat tetapi akhirnya kalah di tangan bangsa Saba'.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan