NABI NEHEMIAH

Mohamad Azmi Mat Rashid, [12.05.20 02:41]
SIRI ANBIYA: NABI NEHEMIAH          

Nabi Nehemiah merupakan seorg Nabi dari kalangan kaum Bani Israil yg datang dari Kota Susan, Iran iaitu tempat Mordekhai dan Esther tinggal. Bapa Nabi Nehemiah bernama Hakhaliah dari suku Yehuda. 

Beliau merupakan salah seorg dari orang2 yang di buang ke Babylon. Pada tahun 445 SM, Raja Artaxerxes (Artahsasta) dari Kerajaan Persia (465-425 SM) telah mengangkat Nabi Nehemiah yg pd masa itu menetap di Babylon menjadi Gabenur bagi Kerajaan Judah dari tahun 445-432 SM. 

Menurut sumber sejarah, Raja Artaxerxes merupakan seorg raja yg sangat baik dari segi akhlak dan pemerintahannya. Baginda merupakan penganut setia bagi agama Nabi Zarathustra. Baginda telah memberikan kpd Nabi Uzair sumber kewangan agar di bawa pulang ke Kota Jerusalem bagi membaik pulih tembok kota tersebut. 

Tetapi Nabi Uzair tidak melaksanakannya. Hampir 13 tahun tembok Kota Jerusalem tidak dibangunkan semenjak Raja Artaxerxes memberikan kewangan kpd Nabi Uzair. 

Kini Nabi Nehemiah berkerja sbg ketua juru minuman kpd Raja Artaxerxes. Tugas yg diberikan merupakan suatu tugas yg penting di mana beliau akan memastikan tiada siapa yg akan cuba utk membunuh baginda. 

Pd suatu hari, Hanani saudara kandung Nabi Nehemiah dan org2 lain dari negara Israil pun dtg ke Babylon mengunjungi Nabi Nehemiah. Mereka menceritakan kpd beliau tentang kesulitan yg dialami oleh mereka dan keadaan tembok kota yg masih runtuh. 

Apabila Nabi Nehemiah mendengar keadaan kota tidak pulih, beliau merasa sangat sedih lalu beliau pun berdoa kpd Allah Taala mengenai perkara itu. Pada suatu hari Raja Artaxerxes telah melihat Nabi Nehemiah berada dlm keadaan sedih lalu baginda bertanya: "Wahai Nehemiah, mengapakah engkau kelihatan begitu sedih?". 

Nabi Nehemiah pun menceritakan sbb mengapa beliau merasa sedih. Kemudian Raja Artaxerxes pun bertanya: "Apakah yg hendak engkau lakukan?". Nabi Nehemiah berkata: "Wahai tuanku, izinkan aku utk pulang ke Jerusalem supaya aku dpt membangun kembali tembok kota suci tersebut". 

Sebagai seorg raja yg berjiwa rakyat, Raja Artaxerxes telah membenarkan Nabi Nehemiah pulang ke Jerusalem dan baginda juga membantunya utk mendapatkan kayu yg diperlukan utk sebahagian pembangunan. Dgn tidak berlengah lagi, Nabi Nehemiah pun bergerak dgn membawa sebahagian kecil rombongan kaum Bani Israil keluar dr Babylon. 

Apabila Nabi Nehemiah sampai di Jerusalem, beliau bersama para pengikutnya pun menyegerakan pembinaan tembok kota yg telah musnah. Ketika musuh2 Bani Israil melihat tembok Kota Jerusalem itu semakin meninggi, mereka berkata: "Kita akan berangkat dan membunuh mereka agar pembinaan kota tersebut dihentikan". 

Sebelum musuh2 Bani Israil bertindak utk memusnahkan mereka, atas perintah Allah Taala, Malaikat Jibrail pun dtg menemui Nabi Nehemiah dan menceritakan niat mereka itu. Nabi Nehemiah yg telah mendengar hal itu telah memberikan pedang serta tombak kpd para pekerja sambil berkata: "Sesungguhnya musuh2 kita telah membuat rancangan utk menghapuskan kita. Oleh itu, janganlah kamu semua takut kpd mereka kerana Allah Taala berserta dgn kita. Berjuanglah demi saudara2 kamu, demi anak2 kamu, demi isteri kamu dan rumah kamu". 

Dgn semangat juang yg berkobar2, kaum Bani Israil sentiasa berada dlm keadaan bersedia siang malam sambil meneruskan pembinaan tembok kota tersebut. 

Menurut sejarah, pembinaan kota tersebut mengambil masa selama 2 bulan utk disiapkan. Sesetengah riwayat mengatakan selama 52 hari. Setelah kota itu siap dibina, kaum Bani Israil dpt merasa aman di dlm kota. Mereka sentiasa dibimbing oleh Nabi Nehemiah dan Nabi Uzair ke jalan yg benar. 

Pada tahun 405 SM, Nabi Nehemiah pun wafat dan dikebumikan di Jerusalem. Semenjak itu, raja Kerajaan Persia tidak mengangkat gabenur dari bangsa Israil lagi utk memerintah Jerusalem.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan