NABI MIKHA

Mohamad Azmi Mat Rashid, [12.05.20 02:41]
SIRI ANBIYA: NABI MIKHA                 

Nabi Mikha merupakan salah seorg dr ratusan Nabi yg dilantik dari keturunan Bani Israil. Beliau berasal dari sebuah kota kecil yg bernama Moresyet-Gad yg terletak di bahagian selatan Kerajaan Yehuda yg merupakan sebuah wilayah pertanian yg subur sekitar 40 km barat daya Jerusalem.

Beliau hidup sezaman dengan Nabi Amos, Nabi Hosea dan Nabi Isaiah (Yesaya). Seperti Nabi Amos, beliau berkemungkinan dari keluarga yg sederhana.

Menurut timeline sejarah, kenabian beliau bermula pd masa pemerintahan tiga org raja Kerajaan Yehuda yg bernama Raja Yotam (751-736SM), Raja  Ahas (736-716SM) dan Raja Hezekiah (716-687SM).

Nabi Mikha dikatakan mempunyai hubungan kerohanian yg istimewa dgn Nabi Isaiah kerana Nabi Isaiah merupakan gurunya yg sangat beliau sanjungi. Dalam menyampaikan dakwah dan risalah tauhid kepada kaum Bani Israil, dakwah yg disampaikan oleh beliau senada dengan dakwah yg disampaikan oleh Nabi2 yg sezaman dengannya.

Beliau menyampaikan kpd kaum Bani Israil bahawa  Allah Taala akan menggunakan bangsa asing utk menghukum mereka kerana dosa telah mereka lakukan. Beliau juga mengutuk para pemimpin Yehuda yg keji, Nabi2 palsu, Imam2 yang fasik, pedagang yg tidak jujur dan hakim2 yg memakan rasuah.

Di samping itu beliau mengingatkan mereka tentang kejatuhan Kerajaan Israil dan ibu kotanya, Samaria serta kejatuhan Kerajaan Yehuda dan ibu kotanya, Jerusalem.

Pd tahun 734 SM, tentera Kerajaan Assyria telah menakluki Kerajaan Israil dan Kerajaan Yehuda lalu menjadikannya sebagai wilayah jajahan. Pd tahun 722 SM, Raja Shalmaneser dari Kerajaan Assyria telah melakukan penyerangan dan pencerobohan ke atas Kota Samaria lalu memenjarakan Raja Hosea sementara penduduknya ditawan dan dibawa ke Asyur sbg manusia buangan.

Dalam serangan itu, Nabi Mikha telah keluar dari Kota Jerusalem dan kembali ke kampung halamannya dan tinggal di situ hingga beliau wafat.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan