NABI MAKAYAH

Mohamad Azmi Mat Rashid, [07.05.20 08:47]
SIRI ANBIYA: NABI MAKAYAH 

Nabi Makayah merupakan salah seorg dari ratusan Nabi yang diutus pada kaum Bani Israil. Beliau diutus oleh Allah Taala pada Kerajaan Israil di Samaria ketika pemerintahan Raja Ahab.

Raja Ahab merupakan seorg pemerintah yang zalim serta penyembah berhala Baal. Sebahagian besar kaum Bani Israil telah sesat dari jalan Allah dan banyak kemungkaran berlaku di sana sini. Oleh kerana itu, Allah Taala pun melantik Makayah sebagai Rasul untuk memperingati kaumnya.

Sepanjang menyampaikan risalah tauhid kepada kaumnya, Nabi Makayah sentiasa mendpt tentangan dr para pemuka kaum dan Nabi2 palsu. Tetapi itu tidak menggentarkan hatinya utk berdakwah. Beliau juga pernah menemui Raja Ahab dan memberitahu bahawa baginda akan dijamin kemenangan dlm satu peperangan tetapi baginda akan meninggal dunia dlm peperangan tersebut.

Hal itu telah membuatkan Raja Ahab merasa marah dan terhina lalu baginda memerintahkan agar Nabi Makayah dipenjarakan. Namun, Nabi Makayah terpaksa menelan pahit ketika dipenjarakan dan hidup terseksa di dlm penjara sehingga beliau wafat.

Kezaliman Raja Ahab akhirnya dibalas oleh Allah Taala apabila beliau terbunuh di dlm pertempuran seperti mana yg diramalkan oleh Nabi Makayah. Menurut riwayat, jasad Raja Ahab dihina Allah Taala apabila darahnya dijilat oleh anjing.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan