NABI ABINADI

Mohamad Azmi Mat Rashid, [04.05.20 13:08]
SIRI ANBIYA: NABI ABINADI

Nabi Abinadi a.s merupakan seorang Nabi Bani Israil dari keturunan Nabi Judah bin Nabi Yaaqub dari keluarga Nabi Nefi bin Nabi Lehi.

Beliau dilantik menjadi Nabi pada tahun 160 Sebelum Masihi iaitu 400 tahun selepas kewafatan Nabi Lehi. Beliau diutus pada suatu kaum yang bernama Bani Nephite.

Sepanjang menyampaikan risalah Tuhan, beliau sering mengajak kaumnya menyembah Yahweh ( Tuhan Yang Esa). Beliau berkata: "Wahai kaumku, sembahlah Yahweh. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang patut disembah dan aku adalah pesuruhNya. Dia tidak beranak dan diperanakkan malah Dialah yang menguasai seluruh makhluk dan alam semestaNya".

Beliau juga pernah memberi peringatan dan perkhabaran tentang kedatangan Nabi Isa a.s, tentang kelahiran Rasulullah SAW, hukum Nabi Musa a.s serta Hari Kebangkitan (Kiamat). Beliau juga memberitahu kepada kaumnya supaya mereka bersedia dgn kedatangan Nabi Isa a.s. Tetapi seruan beliau mendapat tentangan daripada kaumnya di mana selesai saja menyampaikan risalah, kaumnya akan mengutuk beliau dgn perkataan2 yang kesat2 malah ingin membunuhnya.

Salah seorg daripada mereka yang bernama Alma mempercayai akan risalah yang dibawa oleh Nabi Abinadi a.s. Sebahagian daripada kaum Bani Nephite tidak berpuas hati dgn cara Nabi Abinadi a.s lalu mereka menyampaikan berita kepada raja mereka yg bernama Raja Nuh. Mereka menceritakan ttg penyebaran agama yg dibawa oleh Nabi Abinadi a.s.

Raja Nuh merasa sangat murka lalu menitahkan para pengawalnya supaya mencari Nabi Abinadi a.s dan membunuhnya. Mendengar akan hal tersebut, Nabi Abinadi a.s melarikan diri dan bersembunyi. Setelah dua tahun berlalu, kira2 pd tahun 148 Sebelum Masihi, Nabi Abinadi a.s kembali kepada kaumnya dlm bentuk penyamaran sehingga kaumnya tidak mengenalinya.

Lama kelamaan penyamarannya terbongkar lalu beliau ditangkap dan dibakar sehingga mati.

#MAMR

Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' 

Catat Ulasan

0 Ulasan