NABI HANANI

Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:36]
SIRI ANBIYA: NABI HANANI

Nabi Hanani a.s merupakan seorang Nabi Allah yang berasal dari keturunan kaum Bani Israil dari jalur Nabi Harun a.s.

Beliau telah diutus di negeri Judah pada masa pemerintahan Raja Asa bin Abijam bin Rahbiam (Rehoboam) bin Nabi Sulaiman bin Nabi Daud. Beliau diutus di tengah-tengah kekecohan dua buah kerajaan yang saling bertelagah iaitu Kerajaan Judah dan Kerajaan Israil.

Sepanjang berdakwah kepada kaumnya, beliau sering mengingatkan mereka tentang azab2 Tuhan dan menyampaikan perkhabaran gembira tentang utusan2 akhir zaman.

Pada suatu hari, Nabi Hanani mendapat tahu bahawa Raja Asa ingin meminta bantuan daripada Raja Ben-hadad bin Tabrimon bin Hezion, raja Kerajaan Syria bagi membantunya menghapuskan Raja Baasha dari Kerajaan Israil. Beliau pun segera menemui Raja Asa lalu menasihati baginda agar tidak bersubahat dengan raja Kerajaan Syria yang kafir itu.

Beliau berkata kepada Raja Asa: "Wahai Asa, kerana engkau telah meminta pertolongan kepada raja Syria dan bukan kepada Yahweh (Tuhan Yang Maha Esa), maka hilanglah kesempatanmu untuk mengalahkan tentera raja Israil".

Perkataan Nabi Hanani itu telah membuatkan Raja Asa merasa sangat marah sehingga baginda memerintahkan para pengawalnya menangkap dan memenjarakan Nabi Hanani ke dalam penjara sehingga wafat menderita kerananya.



Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' 

Catat Ulasan

0 Ulasan