Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
SIRI PARA ANBIYA' : NABI LUTH.
Nabi Luth merupakan seorg Nabi dan Rasul yg telah dipilih oleh Allah Taala sbg Rasul utk penduduk Kota Sadum dan Amurah. Beliau merupakan anak kpd Harran bin Tarikh bin Nahur bin Sarugh bin Ra'u bin Faligh bin 'Abir bin Shalikh bin Nabi Arfakhsyad bin Nabi Sam bin Nabi Syakirin (Nuh) bin Nabi Lamak bin Nabi Matusyalakh bin Nabi Akhnukh (Idris) bin Nabi Yarid bin Nabi Mahlil bin Nabi Qainan bin Nabi Anusy bin Nabi Syith bin Nabi Adam.
Seperti bapa saudaranya Nabi Ibrahim, beliau juga telah dilahirkan di Kota Ur, Babylon di Iraq. Beliau merupakan Rasul yg tidak tergolong dlm kelompok Ulul Azmi dan diutus pd masa kerasulan bapa saudaranya Nabi Ibrahim. Tahun 1861-1687 merupakan tahun yg dikenal pasti tahun kehidupan beliau.
Mengenai perwatakan beliau, sesetengah riwayat mengatakan bhw wajah beliau paling mirip sangat dgn wajah Nabi Adam. Dikatakan seorg yg sangat pemurah dan selalu memberi makanan kpd fakir miskin serta dianugerahi oleh Allah Taala ketajaman mata hati dan darjat yg tinggi seperti yg disebutkan oleh Allah Taala di dlm al-Qur'an, Surah al-An'am ayat 86 yg bermaksud: "Ismail, Ilyasa', Yunus dan Luth. Masing2 Kami lebihkan darjat di atas umat pd zaman mereka".
Di samping itu, beliau dikatakan seorg yg kreatif, tangkas serta rajin bekerja. Sejak dilahirkan, beliau hidup seperti kanak2 yg seusia dgnnya. Tahun demi tahun beliau membesar menjadi dewasa di bawah perlindungan keluarganya. Ketika pertama kali Nabi Ibrahim dilantik menjadi Rasul dan menyampaikan dakwah secara bersembunyi, beliau merupakan org pertama sekali yg beriman kpd seruan bapa saudaranya itu.
Sepanjang mengikuti Nabi Ibrahim berdakwah, beliau menjadi pembela kpd perjuangan Nabi Ibrahim. Sepanjang beliau mengikuti Nabi Ibrahim berdakwah, beliau telah jatuh cinta dgn seorg wanita bernama Wa'ilah. Setengah riwayat mengatakan bhw nama isteri beliau ialah Halsaka. Tetapi kebanyakan ahli hadis menggunakan nama Wa'lah. Hasil dari perkongsian hidup, beliau mendapat beberapa org anak lelaki dan perempuan.
Adapaun anak lelaki beliau bernama Ma'an, Benami dan Muab sementara anak perempuannya bernama Rith dan Rawaqa. Muab mempunyai beberapa org anak antaranya bernama Ed, Mayon, Tarsus dan Kanvil (pendpt al-Kisa'i). Ada juga riwayat mengatakan nama anak perempuan beliau ialah Rith (Aritha/Ritsa) dan Zughar (Zaghrita).
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim mendpt perintah dr Allah Ta'ala agar keluar dr negeri Babylon utk berhijrah. Allah Ta'ala berfirman kpdnya : "Wahai Ibrahim, engkau tinggalkanlah negerimu, sanak saudaramu dan rumah ayahmu serta pergilah engkau ke negeri yg akan Aku tunjukkan kpd engkau. Aku akan membuat engkau menjadi suatu bangsa yg besar dan Aku akan berkati engkau serta menjadikan nama engkau hebat". Nabi Ibrahim pun berkata kpd Nabi Luth: " Wahai Luth, sesungguhnya aku mendpt perintah dr Allah utk keluar berhijrah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana".
Ketika Nabi Ibrahim keluar dari negeri Babylon, Nabi Luth turut serta keluar berhijrah bersama ahli keluarganya. Dari Ur-Kasdim mereka menuju ke tanah Kanaan. Dlm perjalanan ke tanah Kanaan mereka sampai disebuah negeri bernama Harran iaitu sebuah negeri yg terletak di dlm perjalanan ke Syam yg duduknya di antara Sungai Furat dgn Sungai Dajlah. Adapun nama raja yg memerintah Harran ketika itu ialah Raja Khazan. Baginda dan penduduk Harran percaya kpd bintang2 sbg Tuhan mereka.
Dgn kebijaksanaan dlm berdakwah, Nabi Ibrahim dan Nabi Luth berjaya membawa seluruh rakyat negeri Harran beriman kpd Allah Ta'ala. Ketika berada di Harran, bapa Nabi Ibrahim yg bernama Tarikh meninggal dunia di sana ketika berusia 205 tahun. Suasana sedih menyelubungi ketika itu utk seketika.
Beberapa lama di Harran, Nabi Ibrahim dan rombongannya memutuskan utk meneruskan perjalanan ke tanah Kanaan. Ketika Nabi Ibrahim keluar dari negeri Harran, Nabi Ibrahim berusia 75 tahun. Beliau keluar dgn membawa segala harta benda yg diperolehi ketika mereka di Harran. Beberapa lamanya mengadakan perjalanan, akhirnya mereka sampai di tanah Kanaan dan m
Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
ereka menjelajah negeri itu hingga mereka sampai di suatu tempat bernama Sikhem. Pd waktu itu, orang2 Kanaan tinggal di situ. Pd malamnya, Allah berfirman kpd Nabi Ibrahim : "Wahai Ibrahim, kpd keturunan engkau akan Aku kurniakan negeri ini".
Keesokkan paginya, Nabi Ibrahim memerintahkan org2 muda membina mezbah (tempat ibadat) di situ. Kemudian dari situ, Nabi Ibrahim dan rombongannya berpindah ke pergunungan di sebelah timur Betel lalu mendirikan khemahnya di antara Betel di sebelah barat dgn Ai di sebelah timur. Di situ juga, Nabi Ibrahim mendirikan mezbah utk tempat ibadat.
Beberapa lama kemudian, Nabi Ibrahim dan rombongannya meneruskan perjalanannya ke arah selatan menuju ke tanah Negeb. Beberapa tahun kemudian, berlaku bencana kebuluran di tanah Kanaan. Atas sbb bencana yg menimpa, Nabi Ibrahim dan rombongannya pergi ke Mesir dan tinggal di sana sbg pendatang. Menurut satu riwayat, raja Mesir yg memerintah ketika itu bernama Raja Sanan bin al-Asyil bin 'Abid, seorg raja dr bangsa Hyksos.
Beberapa tahun di Mesir, Nabi Ibrahim pun keluar bersama rombongannya menuju ke tanah Negeb lalu ke Betel. Suatu malam ketika berada di Betel, Nabi Luth di datangi Malaikat Jibrail dan melantik beliau atas perintah Allah menjadi Rasul utk kaum Sadum. Pd keesokan harinya, beliau menemui bapa saudaranya Nabi Ibrahim lalu menyampaikan apa yg beliau terima dari Malaikat Jibrail. Beliau berkata : "Allah telah mengutuskan aku kepada penduduk Sadum". Nabi Ibrahim pun berkata: "Buatlah apa yg diperintahkan dan sampaikanlah risalah Tuhanmu". Seluruh ahli rombongan merasa gembira dgn berita itu.
Waktu pemergian Nabi Luth ke negeri Sadum dan Amurah telah tiba. Nabi Ibrahim merasa sedih kerana sebelum ini beliau tidak pernah berpisah dgn anak saudara merangkap anak angkatnya itu sejak dari bandar Our dulu. Selama ini Nabi Luth sentiasa bersamanya walau ke mana sahaja beliau pergi. Walau demikian beliau terpaksa akur kerana kehendak Allah mengatasi segala2nya. Nabi Luth pun meninggalkan Betel lalu menuju ke negeri Sadum.
Akhirnya beliau pun sampai di pinggir bandar Sadum dgn membawa sedikit binatang ternakan. Kelihatan bandar Sadum penuh sesak terutamanya di pasar2. Rumah2 mereka kelihatan cantik dan indah sementara disekeliling bandar terdpt ladang buah2an yg menghijau. Kota Sadum merupakan salah satu kota dari lima kota terpenting yang berada di sekitar Lembah Siddim. Selain kota Sadum, kota lainnya adalah kota Amurah, Admah, Zeboim dan Bela.
Beliau bersama ahli keluarganya meneruskan perjalanan sambil bertasbih memuji Allah. Beliau sedikit pun tidak tertarik dan tergoda dgn kekayaan dunia. Beliau bersama ahli keluarganya melintas tempat perkumpulan penduduk bandar. Beliau dan ahli keluarganya dipersenda dan sebahagian dr mereka melontarkan kata2 kesat dan kotor malah mereka juga mencuri ternakan yg dibawa oleh beliau. Beliau menyeru ahli keluarganya supaya banyak bersabar. Beliau pun mendirikan khemahnya di luar kawasan bandar dan beliau melihat lautan yg terbentang luas.
Terfikir dihatinya mgkin kota Sadum sedang menantikan sesuatu tetapi beliau tidak pasti. Beliau buat keputusan utk pergi ke istana. Pd ketika itu raja yg memerintah negeri Sadum bernama Raja Bera yg berasal dari kabilah Sadum cicit Kanaan bin Nabi Nuh. Sampai di istana Raja Bera, beliau pun menyampaikan hajatnya. Setelah selesai berjumpa dgn Raja Bera, beliau pun kembali ke khemahnya lalu bermunajat memohon keampunan sambil mengharapkan rahmat dari Allah. Beliau sedar yg beliau telah diutuskan kpd kaum yg amat melampaui batas. Suatu kaum yg tidak dpt membezakan antara kebaikan dan keburukan.
Dgn semangat yg kental, beliau pun memulakan dakwah kepada penduduk bandar. Beliau berkata: "Wahai penduduk Sadum, tidakkah kamu merasa takut kpd Tuhan di atas perbuatan ini? Sesungguhnya aku adalah utusan dari Allah, Tuhan yg menciptakan langit dan bumi. Akulah yg akan menjadi saksi utk kamu semua. Mereka pun berkata: "Sesungguhnya engkau seorg penipu. Jika engkau tidak berhenti menyeru kami, kami akan halau engkau dr bandar ini!". Nabi Luth berkata: "Wahai penduduk b
Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
andar, kenapa kamu berzina sesama jenis kamu dan meninggalkan isteri2 yg dijadikan utk kamu? Sesungguhnya kamu semua amat melampaui batas hukum alam. Aku sangat benci dgn perbuatan kamu".
Seruan beliau tidak diendahkan oleh mereka malah mereka meneruskan perbuatan homoseksual di hadapan beliau. Beliau pun mendongak ke langit lalu bermunajat kpd Allah, katanya: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku drpd segala yg mereka lakukan". Masa terus berlalu tahun silih berganti. Penduduk Sadum tetap melakukan kemungkaran diluar tabi'i. Mereka sedikit pun tidak takut dgn amaran dan azab Allah yg disampaikan oleh Nabi Luth.
Mereka terus menerus menentang dakwah Nabi Luth tetapi Nabi Luth tetap tidak berputus asa. Beliau terus menyeru mereka dan memberitahu mereka tentang azab2 Tuhan yg diturunkan kpd kaum2 terdahulu seperti Kaum Aad, Thamud, al-Khulud, Wabar, Umaim, Jadis, Thasm dan kaum2 lainnya. Mereka habis musnah akibat dosa yg mereka lakukan. Salah seorg penduduk berkata: "Wahai Luth, sesungguhnya kami rtidak mempercayai seruan engkau sampaikan!".
Pada masa yg sama, Nabi Ibrahim telah mengutus seorg pemuda bernama al-Ya'azar al-Dimasyqi ke Sadum utk mengetahui khabar anak angkatnya dan perkembangan seruan anak angkatnya dan kaumnya. Sampai saja di khemah Nabi Luth, al-Ya'azar al-Dimasyqi pun terus menemui Nabi Luth dan mereka berpelukan. Mereka berdua pun berbincang dan berbual2 bersama.
Selepas itu, mereka berdua pun keluar utk sama2 menyeru penduduk Sadum supaya beriman kpd Allah. Al-Ya'azar al-Dimasyqi berkata: "Wahai penduduk Sadum, ikutlah seruan para Rasul kamu iaitu Luth. Ingatlah nikmat Allah ke atas kamu kerana mengutus seorg Rasul di kalangan kamu". Mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan mempercayai kata2 engkau. Datangkanlah azab itu sekiranya engkau org yg benar!".
Pada masa yg sama, berita keengganan raja Sadum membayar jizyah (ufti) akhirnya sampai kpd pengetahuan raja Elam yg bernama Raja Khadri La 'Umar (Kedarlaomer). Baginda segera berbincang dgn Raja Tad'al (pemerintah Jubiyum), Raja Amrafal (pemerintah Syan'ar) serta Raja Ariyuk (pemerintah Elasar) utk mengajar org yg mula menentang kekuasaan mereka dan mereka memutuskan utk memerangi negeri2 yg degil itu. Tentera2 Kerajaan Elam pun keluar menuju ke Jordan dgn bilangan yg tidak terkira banyaknya. Mereka terkenal kerana sering melakukan kerosakan, membunuh dan menangkap org utk dijadikan tawanan.
Di Hebron, Nabi Ibrahim dpt melihat tentera2 Elam menuju ke bandar Sadum. Sekiranya mereka cuba memerangi beliau, pasti beliau dan para pengikutnya akan bertindak balas habis2an. Kemaraan tentera Elam ke Sadum sampai ke pengetahuan Raja Bera. Baginda mengutus semboyan bantuan utk bergabung memerangi tentera gabungan Elam. Raja Bera dgn sokongan dr Raja Birsya (penguasa Amurah), Raja Syinab (penguasa Admah), Raja Syemeber (penguasa Zeboim) dan Raja Zoar ( penguasa Bela) bersekutu di Lembah Siddim.
Buat pertama kalinya dlm masa dua belas tahun, jizyah (ufti) tidak diberikan ke Kerajaan Elam. Keempat2 raja yg diutus oleh Raja Bera telah berjaya dipengaruhi agar tidak lagi membayar jizyah. Namun begitu, pemuda2 Sadum masih tenggelam dlm kemaksiatan. Sebelum ini, Nabi Luth pernah berjanji dgn Raja Bera utk bersekutu dgn baginda jika bandar Sadum diserang musuh.
Ketika dlm perjalanan menuju ke Sadum, tentera sekutu Kerajaan Elam sempat mengalahkan org Refaim di Asyterot-Karnaim, org Zuzim di Ham, org Emim di Syawe-Kiryataim dan org Hori di Pergunungan Seir sampai ke El-Paran berdekatan dgn gurun. Kemudian mereka menyerang En-Mispat iaitu Kadesh dan menakluki seluruh negeri org Amalek dan juga org Amorit yg tinggal di Hazezon-Tamar. Kini tentera Elam sampai di pintu gerbang Sadum. Beliau bersama para tentera gabungan Sadum bergabung utk menghadapi ancaman tentera Elam.
Pertempuran sengit pun berlaku dan suara jeritan, pekikan dan laungan bergema di sana sini. Tentera gabungan Raja Bera mendpt tentangan yg hebat. Dlm keadaan yg semakin tertekan itu, Raja Bera dan Raja Birsya mengambil keputusan utk melarikan diri sehingga tentera gabungan
Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
baginda bertempiaran. Dlm saat yg amat genting itu, tinggallah Nabi Luth dan pengikutnya sahaja yg masih berperang. Allah tidak membantu penduduk Sadum kerana mereka tidak berperang di jalan-Nya.
Akhirnya tentera gabungan Elam mendpt kemenangan dan Nabi Luth bersama pengikutnya dan penduduk kota dijadikan tawanan. Salah seorg pengikut Nabi Luth dpt melepaskan diri lalu melarikan diri dr kota Sadum lalu menuju ke tempat Nabi Ibrahim. Sampai di khemah Nabi Ibrahim, pengikut Nabi Luth pun menceritakan suasana peperangan dan tentang Nabi Luth dijadikan tawanan. Nabi Ibrahim tersentak mendengarnya lalu beliau mengerahkan 313 pengikutnya yg handal bersiap sedia utk berperang. Nabi Ibrahim dan pengikutnya mengikuti jalan2 yg telah dilalui oleh tentera gabungan Elam.
Lima hari kemudian, beliau dpt mengesan tentera2 itu. Beliau tggu sehingga malam tiba dan beliau membahagikan pasukannya kpd dua kumpulan. Satu pasukan diketuai oleh beliau dan satu lagi diketuai oleh al-Ya'azar al-Dimasyqi dan dibantu oleh Amerika, Eskol dan Mamre. Nabi Ibrahim berpesan supaya berperang atas nama Allah kerana hanya dgn pertolongan Allah sahaja mereka boleh mengalahkan musuh.
Pada masa yg ditetapkan, Nabi Ibrahim dan pasukannya membuat serbuan ke atas khemah2 tentera Elam. Tentera Elam menjadi kelam kabut akibat serangan mengejut dr pasukan Nabi Ibrahim. Beliau dan pasukannya mengejar tentera Elam hingga sampai ke Damsyiq. Akhirnya, beliau dan pengikutnya mencapai kemenangan dan beliau pun membebaskan Nabi Luth dan penduduk Sadum yg lain.
Segala harta rampasan perang dirampas dan kemenangan Nabi Ibrahim sampai ke pengetahuan Raja Bera. Raja Bera keluar menemui Nabi Ibrahim di Lembah Syawe atau dikenali Lembah Raja. Baginda pun berkata: "Engkau telah mengembalikan kerajaan beta. Ambillah binatang ternakan itu sebagai hadiah". Nabi Ibrahim pun berkata: "Hamba berperang kerana Allah. Semuanya adalah milik tuanku. Hamba tidak perlukan apa2 kecuali yg telah dimakan oleh budak2 hamba".
Setelah itu, Nabi Ibrahim pun pulang ke Hebron utk menyempurnakan risalahnya sementara Nabi Luth pulang ke Sadum. Nabi Luth kembali menyeru kaumnya agar mentauhidkan Allah dan memberi amaran kpd mereka tentang kemurkaan-Nya. Beliau tidak berputus asa dr menyeru mereka namun kaumnya tetap engkar.
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim melihat tiga org lelaki tampan menuju ke arahnya. Mereka bertiga pun menyatakan siapa mereka sebenarnya. Salah seorg berkata:"Wahai Ibrahim. Janganlah engkau khuatir. Sebenarnya kami ialah utusan dari Tuhanmu dan tujuan kami adalah diutuskan untuk umat Nabi Luth". Utusan2 itu berpaling pd Siti Sarah lalu menyampaikan khabar gembira kpd Nabi Ibrahim tentang kelahiran Ishaq dan Ya'aqub dari rahim Siti Sarah. Siti Sarah merasa terkejut lalu berkata: "Tidak mungkin. Apakah aku masih boleh melahirkan anak sedangkan aku sudah terlalu tua. Ini suatu perkara yg pelik?". Salah seorg utusan Allah berkata: "Apakah engkau merasa hairan dgn ketentuan Allah? Rahmat dan keberkatan Allah ke atas engkau sekeluarga. Dia Yang Maha Terpuji dan Maha Bijaksana".
Nabi Ibrahim sungguh terperanjat dgn berita ini. Kemudian beliau berbincang dgn tetamunya tentang kaum Sadum. Mereka memberitahu bhw mereka diarahkan utk menghancurkan kaum Sadum kerana kezaliman yg mereka lakukan. Kemudian utusan2 itu menuju ke Sadum dan apabila mereka sampai di pintu bandar, mereka melihat seorg anak perempuan Nabi Luth sedang menimba air di tepi telaga. Kemudian utusan2 itu mendekati anak gadis itu lalu berkata: "Wahai cik adik. Ayahmu ada di rumah?". Anak perempuan Nabi Luth berkata: "Ya, ada". Dia agak terkejut apabila ditanya oleh utusan yg tidak dikenalinya itu lalu menyuruh utusan itu tggu sehingga dia sampai kembali.
Sampai di rumah, anak perempuan Nabi Luth memberitahu perkara tersebut kpd bapanya. Apabila mendengar kata anaknya itu, Nabi Luth segera menemui utusan2 itu. Utusan2 itu pun berkata: "Kami ingin menjadi tetamu tuan pd malam ini". Nabi Luth pun membawa utusan2 itu ke rumahnya setelah malam menjelma. Beliau sentiasa berwaspada di sepanjang jalan.
Para utusan men
Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
yedari kebimbangan yg tergambar di wajah Nabi Luth lalu salah seorg utusan berkata: "Kenapa tuan merasa gelisah?". Nabi Luth berkata: "Apakah kamu semua tidak tahu tentang sikap penduduk bandar ini?". Mereka bertanya: "Apa yg mereka lakukan?". Nabi Luth berkata: "Demi Allah. Sesungguhnya aku tidak pernah menyaksikan di atas muka bumi ini manusia yg lebih jahat drpd penduduk bandar ini. Aku menjadi saksi bhw penduduk bandar ini mempunyai kelakuan yg amat buruk".
Akhirnya mereka pun sampai di khemah Nabi Luth. Keluarga Nabi Luth sahaja yg tahu tentang kehadiran utusan itu. Malangnya, isteri beliau telah membocorkan rahsia kehadiran utusan yg menyerupai pemuda tampan kpd penduduk kota. Maka berduyunlah kaum lelaki Sadum menuju ke khemah Nabi Luth. Nabi Luth cuba menghalangi penduduk kota drpd menganggu utusan itu. Salah seorg penduduk kota berkata: "Wahai Luth. Apakah engkau mahu menghalang kami drpd mengambil pemuda2 itu?". Nabi Luth berkata: "Sekiranya kamu semua menginginkan pasangan, kahwinlah dgn anak2 perempuan aku. Mereka lebih suci utk kamu semua". Kemudian mereka berkata: "Tidakkah engkau tahu bhw kami tidak ingin kpd anak2 perempuan engkau. Sesungguhnya kamu tentu lebih tahu apa yg kami inginkan".
Tindakan Nabi Luth yg terus menerus mengabaikan permintaan mereka telah membuatkan mereka bertambah marah lalu mereka menyerbu ke dlm khemah Nabi Luth. Nabi Luth bimbang akan keselamatan utusan itu. Salah seorg dr utusan itu berkata: "Wahai Luth, sebenarnya kami adalah utusan2 dr Allah. Kami diperintahkan utk menghancurkan kaum ini kerana kezaliman yg mereka lakukan.
Apabila penduduk kota membuka pintu khemah, angin pun turun dgn kencangnya dan dgn segera salah seorg dari tiga utusan itu pun bangun lalu menunjuk dgn tangannya ke arah mereka dan dgn tiba2 sahaja mereka kehilangan penglihatan sehingga membuat mereka terkapai2 dlm kegelapan dan saling berlanggaran antara satu sama lain. Lalu para utusan dgn ahli keluarga Nabi Luth pun keluar dr dlm khemah. Peristiwa ini ada terakam di dlm al-Qur'an, Surah al-Qamar ayat 37-38 yg bermaksud: "Dan sesungguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tamunya (pd mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakan lah azab-Ku dan ancaman2-Ku. Dan sesungguhnya pd esok harinya mereka ditimpa azab yg kekal".
Awal dr seksaan Tuhan yg ditimpakan kpd penduduk Sadum adalah dgn menghilangkan terlbh dahulu pandangan mereka. Begitu juga dgn isteri Nabi Luth yg bergabung dgn mereka dlm melakukan maksiat. Para utusan segera menyampaikan kpd Nabi Luth bhw Allah Ta'ala akan menurunkan azab seksanya kpd mereka dgn membalikkan kota Sadum hingga rumah2 mereka tinggal puing2 yg akan berpindah ke dasar Laut Mati. Allah Ta'ala tidak membiarkan hamba-Nya yg soleh turut mengalami seksaan itu.
Para utusan segera memberi arahan kpd Nabi Luth dan pengikutnya supaya keluar meninggalkan kota Sadum dgn segera. Hal ini ada tercatat di dlm al-Qur'an, Surah Hud ayat 81 yg bermaksud: "Para utusan berkata: "Wahai Luth. Sesungguhnya kami adalah utusan2 Tuhan, sekali2 mereka tidak akan dpt menganggu engkau, sbb itu pergilah engkau dgn membawa keluarga dan pengikut2 engkau di akhir malam dan janganlah ada seorg di antara engkau yg tertinggal kecuali isteri engkau. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yg menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kpd mereka ialah di masa subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?".
Setelah para utusan menyampaikan wahyu Allah, maka Nabi Luth bersama ahli keluarga dan pengikutnya segera mengemas barang utk dibawa keluar dr wilayah Sadum. Mereka melarikan diri ke Gunung Maw'ab yg letaknya sangat jauh dr lembah Sungai Jordan. Itulah gunung yg dituju oleh Nabi Luth bersama pengikutnya yg beriman. Sebelumnya mereka sempat berhenti di sebuah perkampungan yg bernama Shagar diluar kawasan kota Sadum dan Amurah.
Pd malam itu, penduduk kota masih tenggelam dlm kenikmatan yg mereka dikatakan. Tenggelam dlm arus hawa nafsu yg songsang yg akan menghancurkan kemegahan, kemewahan, maruah dan tamadun mereka sendiri. Ketentuan waktu azab yg diturunkan oleh Allah Ta'ala kpd m
Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:33]
ereka sudah tertulis seperti firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran, Surah al-Hijr ayat 66 yg bermaksud: "Dan Kami telah tetapkan kpdnya (Luth) keputusan itu, bhw berakhirnya mereka akan dibinasakan setelah waktu subuh".
Menjelang subuh, para penduduk kota yg kebiasannya akan ba bin di awal waktu merasa sangat hairan apabila melihat langit bertukar wajah. Pd masa sama kicauan burung mencari rezeki setiap hari sudah tidak kedengaran lagi. Suasana menjadi sunyi sepi sementara Nabi Luth dan yg lain2 sudah lama meninggalkan kota. Dengan murka-Nya, Allah Ta'ala pun menurunkan azab seksanya ke atas penduduk kota berupa hujan batu api yg turun dr langit. Pada awalnya, Malaikat Jibrail mengangkat kota2 tersebut hingga mencapai awan yg mendekati langit dan para Malaikat dpt mendengar suara kokok ayam dan lolongan anjing yg terdpt dikota tersebut.
Pd saat ketika kota2 itu jatuh, para penduduk kota juga ditimpa hujan batu api dr Neraka sehingga mereka semua mati. Ketika peristiwa itu berlaku, rupa2nya isteri Nabi Luth telah berpatah balik ke Sadum utk melihat peristiwa yg terjadi. Melihat banyak perkara dahsyat terjadi kpd penduduk Sadum, isteri Nabi Luth pun pengsan malah dia turut di timpa batu2 dr langit dan dia pun mati dlm kesesatan.
Nabi Luth menghabiskan sisa2 hidupnya bersama anak2nya dan para pengikutnya di kaki Gunung Maw'ab sehingga beliau wafat ketiak usia beliau 142 tahun dan pd tahun yg sama juga, raja Palestin yg bernama Raja Abimelekh pun mangkat dan takhtanya disandang oleh puteranya yg bernama Benmelek.
Anak2 Nabi Luth yg lain membesar dgn asuhan dan didikan agama. Muab dan Benami telah mengahwini wanita dari kaum Kanaan dan dari merekalah lahir bangsa2 yg hebat di dalam tamadun dunia. Dr Muab lah lahir pemerintah yg memerintah Kerajaan Edomite sementara dr Benami lahirlah pemerintah yg memerintah Kerajaan Ammonite.
#MAMR
Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA'
0 Ulasan