NABI HAM

Mohamad Azmi Mat Rashid, [01.05.20 11:25]
SIRI ANBIYA'= NABI HAM

Nabi Ham a.s merupakan seorg Nabi bukan Rasul yang memimpin keturunannya selepas Banjir Besar. Beliau merupakan anak kepada Nabi Nuh a.s bin Lamak bin Matusyalakh bin Akhnukh( Idris) bin Yarid bin Mahlil bin Qainan bin Anusy bin Syith bin Adam.

Beliau telah berkahwin dgn seorg wanita bernama Nahliba binti Marib bin Daramsyil bin Mahwila bin Akhnukh (Hanukh) bin Qabil bin Adam. Menurut seorg ahli sejarah yg bernama St Hippolytus yg hidup di awal era Kristian, Nabi Ham a.s berkahwin dgn wanita yg bernama Zedkat Nabu. Dari perkongsian hidup dgn isterinya, Nabi Ham mempunyai anak seramai 30 org diantaranya bernama:

1)Kush bin Ham- bernikah dgn Qarnubil binti Batawil bin Tursi bin Yafith bin Nuh dan mempunyai anak yg masing2 telah merantau mencari wilayah utk diduduki. Mereka bernama:
-Seba membuka wilayah di Yaman dan Habsyah.
-Havilah.
-Sabtah membuka wilayah di Hadhramaut.
-Raamah, datuk nenek etnik Rhammanite yg tinggal di Timur Barat Semenanjung Arab. Anaknya bernama Sheba dan Dedan. Dikatakan bhw penduduk Dedan berasal dari keturunan anak Syncellus bin Raamah bin Kush.
-Sabtechah.
-Nimrud pengasas kerajaan Babil, Akkadia dan Sumeria.

2)Mizraim bin Ham yg menurunkan bangsa Afrika Utara, Mesir, Crete dan nenek moyang org Palestine dan Greek. Sbhgn ahli sejarah berpendapat bhw Mizraim itu adalah Firaun Menes. Mizraim telah berkahwin dgn anak pendeta Filemon dan mendpt tiga org anak lelaki bernama Koptim, Ashmun dan Athrib.

3)Phut bin Ham berkahwin dgn Bakhta binti Batawil bin Tursi bin Yafith bin Nuh dan dari perkongsian hidup, beliau mendpt anak bernama Gebul, Hadan, Benah, Huang di dan Adan.
-Huang di merupakan Maharaja Dinasti Hsia yg lahir pd tahun 2276 SM.

4)Kana'an bin Ham bernikah dgn Attila binti Batawil bin Tursi bin Yafith bin Nuh dan dr perkahwinan itu, beliau mendpt beberapa org anak bernama Sidon, Heth dan Arvit.

5)Yabshir (Baishir) bin Ham.
6)Hind bin Ham.
7)Sind bin Ham.
8)Habash bin Ham.
9)Zanaj bin Ham.
10)Barbar bin Ham.
11)Nubah bin Ham.

Makam Nabi Ham a.s dikatakan berada di sekitar daerah Punjab, Pakistan




Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' 

Catat Ulasan

0 Ulasan