DAKWAH RASULULLAH SAW KEPADA AHLI GUSTI

Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:34]
DAKWAH RASULULLAH SAW KEPADA AHLI GUSTI


Daripada Abu Daud dan al-Timizi, daripada Abi Ja’far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w untuk beradu kekuatan. Baginda menerima cabaran tersebut dan mereka pun bertarung. Ketika mereka berlawan menguji kekuatan, Nabi s.a.w berjaya menewaskan Rukanah.

Rukanah pada zaman Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang jaguh gusti Arab dan ulung.Ahli gusti Quraisy yang bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim .Rukanah satu nama yang amat terkenal di Kota Mekah sebagai seorang yang kuat dan bertubuh sasa. Hampir tidak ada seorang pun yang tidak mengenalinya, seorang yang perkasa dan jarang ada orang yang berani menentangnya. Rukanah adalah seorang jaguh gusti yang ulung. Oleh kerana itu beliau berasa bangga dengan kekuatannya, malah beliau berani mencari lawannya.

Nabi Muhammad SAW mengetahui akan kemashuran Rukanah itu. Kekuatan dan keangkuhannya sering diperkatakan orang ramai. Terlintas dalam fikiran Nabi jika Rukanah ini dapat diajak memeluk Islam, beliau boleh mendatangkan kesan kepada usaha dakwah Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika datanglah kesempatan Nabi untuk berdakwah dengan baik kepada Rukanah dan Baginda berharap berhasil apa yang terlintas difikirannya itu. Waktu itu Rukanah berada di Syi’b (jalan dekat bukit Mekah). Nabi bertemu dengannya dan mengajak beliau beradu kekuatan sebagai satu jalan mendakwahkan Rukanah..

“Wahai Rukanah!, belumkah engkau bertakwa kepada Allah dan menerima agama yang aku sampaikan?” demikian Nabi s.a.w. berkata kepadanya.

“Muhammad, apakah buktinya tanda di atas kebenaran agama engkau?” jawab Rukanah.

“Bagaimana jika aku dapat mengalahkan engkau dalam bergusti, adakah engkau akan beriman kepada Allah dan RasulNya?” bertanya Nabi s.a.w.

Baiklah wahai Muhammad.” Rukanah menyambut pelawaan.

“Bersiaplah engkau,” perintah Nabi.

Rukanah pun menyiapkan diri dan berasa yakin akan dapat mengalahkan Rasulullah s.a.w. Ketegapan tubuh badannya boleh membanting Muhammad dalam waktu singkat sahaja dan beliau menganggap tentangan Muhammad adalah olok-olok dan main-main sahaja.Setahunya Nabi Muhammad hanya berdakwah sepanjang hari, tidak ada berlatih tenaga untuk menghadapinya.

Dalam keadaan kesombongan sebagai jaguh gusti, Rukanah bersiap sedia dalam kebiasaan beliau bergusti. Nabi s.a.w. pun segera mendekatinya dan mengambil tempat dan menunggu kesempatan untuk menghempas dan mengalahkan lawannya. Pada zahirnya, Rukanah bukanlah tentangan Rasullullah SAW. Rukanah memiliki badan yang tegap dan sasa serta telah mengalahkan jaguh-jaguh gusti di tanah Arab. Ketika bergusti, Rasullullah SAW berjaya memegang badan Rukanah dan segera membantingnya. Perkara ini amat mengejutkan Rukanah kerana badannya yang tegap sasa berjaya dibanting ke tanah oleh Rasullullah SAW, padahal sebelum ini dialah jaguh gusti yang sukar ditewaskan dan digeruni.

Rukanah tidak berpuas hati dan meminta Rasulullah SAW bergusti sekali lagi. Rasulullah SAW bersetuju dan sekali lagi baginda berjaya membanting Rukanah. Untuk kali ke-tiganya, Rukanah meminta diulangi sekali lagi pertandingan gusti dan Rasullullah SAW bersetuju. Sama seperti sebelumnya, Rukanah telah berjaya ditewaskan oleh Rasullullah SAW dan kali ini Rukanah mengakui kebenaran Kenabian Rasullullah SAW.Begitulah kesungguhan Rasullullah SAW berdakwah sama ada dengan ayat-ayat Allah dan perlakuan fizikal berdasarkan iman serta takwa. Inilah salah satu peristiwa di mana seorang ahli gusti Arab yang ulung ditewaskan oleh Rasulullah SAW.
Dalam riwayat Abu Bakr bin al-Syafi’e dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Rukanah, seorang pendekar/ahli gusti yang terkenal dengan kekuatannya. Dia mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti dengannya. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu mereka pun bertarung dan baginda berjaya mengalahkannya (Rukanah). Baginda menundukkannya sebanyak 3 kali dalam 3 pusingan berturut-turut!
Akhirnya Rukanah akur dengan kekalahannya lantas berkata:
“Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan

Mohamad Azmi Mat Rashid, [03.05.20 02:34]
aku sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. ”
Nabi Muhammad s.a.w kemudian telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan oleh Rukanah sebagai pertaruhan itu.




Sumber Dari Telegram GROUP PARA ANBIYA' 

Catat Ulasan

0 Ulasan