NABI IFRAIM

Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:41]
SIRI ANBIYA: NABI IFRAIM

Nabi Ifraim merupakan seorang Nabi berketurunan Bani Israil. Bapa beliau bernama Nabi Yusuf bin Nabi Yaaqub bin Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim sementara ibu beliau bernama Siti Zulaikha.

Beliau telah dilahirkan pada abad kurun ke-13 Sebelum Masihi di Aswan, Mesir. Ketika meningkat dewasa, beliau telah bernikah dengan seorang wanita dari kalangan kaum Bani Israil dan hasil perkongsian hidup, beliau mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan.

Salah seorang anaknya yang terkenal dalam  sejarah bernama Nun yang menjadi Nabi di kemudian hari dan merupakan bapa kepada Nabi Yusya'.

Genap sahaja usia Nabi Ifraim 40 tahun, Allah Taala melantik beliau menjadi Nabi bagi menyambung risalah yang dibawa oleh bapanya Nabi Yusuf. Segala wahyu yang diterima secara langsung atau tidak langsung disampaikan pada ahli keluarganya yang terdekat selain dirinya.

Tahun demi tahun kabilahnya bertambah besar dan terkenal di Mesir. Kebanyakkan daripada mereka dipilih menjadi ketua agama samawi di daerah2 jajahan bangsa Hyksos. Kehidupan beliau banyak dihabiskan dalam beribadah kepada Allah Taala.

Saat beliau hendak wafat, beliau sempat berpesan kepada keturunannya agar sentiasa berpegang teguh pada jalan Allah dan beliau juga melantik anaknya Nun untuk membimbing dan menyambung risalah yang dibawanya. Setelah selesai menyampaikan amanatnya, Nabi Ifraim pun wafat ketika beliau berusia 110.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan