KETURUNAN NABI YA'AQUB A.S

Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:41]
SIRI PARA ANBIYA: KETURUNAN NABI YA'AQUB A.S

Nabi Ya'aqub merupakan Nabi dan Rasul dari kalangan kaum Ibrani. Beliau merupakan anak kepada Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim. Beliau dilahirkan berkembar dengan pasangannya yang bernama Al-Ish. Al-Ish merupakan saudara kembar beliau yang tua.

Meningkat dewasa, mereka pun berkahwin. Al-Ish telah berkahwin dengan anak Nabi Ismail yang bernama Bashimath. Kemudian Al-Ish berkahwin pula dengan wanita dari bangsa Hittite yang bernama Adah binti Elon. Kemudian, beliau berkahwin dengan janda Nabi Ismail yang bernama Mahalat dan dari perkahwinan itu, lahirlah seorang anak perempuan yang bernama Igrath yang menjadi isteri kepada Firaun Amenemhet III.

Selain itu, Al-Ish mempunyai anak lain bernama Yakus dan daripadanyalah lahir seorang tokoh dan pemerintah yang agung serta terkenal bernama Iskandar Agung bin Philips bin Musrim bin Humus bin Mityun bin Rumi bin Lantha bin Yunan bin Yafis bin Yunah bin Syarkhun bin Raumah bin Syaiphit bin Taufi' bin Rumi bin  Al-Asfar bin Yakus bin Al-Ish bin Nabi Ishaq bin Nabi Ibrahim.

Nabi Ya'aqub pula berkahwin dengan anak bapa saudaranya yang bernama Leah binti Laban bin Bitauil dan Rahil binti Laban bin Bitauil. Selain itu Nabi Ya'aqub berkahwin dengan jariah Leah dan jariah Rahil yang bernama Bilhah dan Adah. Dari perkahwinan tersebut, beliau mendapat 13 orang anak iaitu 12 orang lelaki dan seorang perempuan. 12 orang anak lelakinya ialah Raubin, Syam'un, Yahuza, Lawi, Isakhar, Dan, Naftali, Gad, Ashir, Zabulun, Bunyamin dan Nabi Yusuf. Adapun anak perempuan Nabi Ya'aqub bernama Dinah. Kesemua 12 orang anak beliau menjadi Nabi atau disebut sebagai al-Asbat.

Setelah membesar, anak-anak Nabi Ya'aqub telah berkahwin dan mempunyai anak. Raubin bin Ya'aqub telah mengahwini seorang perempuan dari kaum Kanaan yang bernama Eliuram binti Avi dan dari perkahwinan tersebut, mereka mempunyai anak bernama Hanukh, Palu, Khatzrun dan Karmi. Makam Raubin terletak di Palmachin, Israel.

Syam'un bin Ya'aqub pula berkahwin dengan adik perempuan Eliuram binti Avi yang bernama Dinah (Bunah) dan dari perkahwinan tersebut lahirlah anak bernama Mamuil, Yamin, Ohad, Yakhin, Zakhar dan Saul. Makam Syam'un terletak di Kirbbutz Eyal, Israel.

Yahuza pula berkahwin dengan seorang wanita bernama Aliyath binti Shua dan dari hasil perkongsian hidup, mereka mendapat anak bernama Er, Onan dan Shiloh. Kemudian Yahuza berkahwin dengan wanita yang bernama Tamar bin Elam bin Sam bin Nuh dan telah mendapat anak bernama Faris dan Zarah. Dari keturunan Yahuza lahirlah pemerintahan beraja dan para Nabi seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Makam Yahuza terletak di Yehud, Israel.

Lawi bin Ya'aqub pula berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Adinah binti Yubab bin Yukhtan bin 'Abir bin Shalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh. Hasil perkongsian hidup, Lawi mendapat anak bernama Garshum, Qahith, Merari dan seorang anak perempuan bernama Yukabid.

Dari keturunan Qahith lahirlah Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Al-Aizar, Nabi Jeremiah, Nabi Nehemiah, Nabi Danial dan Nabi Fanhas. Dari keturunan Merari lahirlah Nabi Samuil, Nabi Eli dan Nabi Hanani.

Isakhar bin Ya'aqub berkahwin dengan wanita yang bernama Aridah iaitu adik kepada Adinah binti Yubab dan hasil perkongsian hidup, lahirlah anak bernama Tola, Puah, Ayub dan Shamrun.

Dan bin Ya'aqub pula berkahwin dengan wanita dari kaum Moab yang bernama Aphlalith binti Khamudan dan hasil perkongsian hidup lahirlah anak bernama Kushin. Makam Dan terletak di Beit Shemesh, Israel.

Gad bin Ya'aqub telah mengahwini adik perempuan Merimah yang bernama Uzith dan hasil perkongsian hidup lahirlah anak yang bernama Zafhiun, Khagi, Shuni, Azbun, Eri, Arodi dan Arali. Makam Gad terletak di Nevei Ganda dalam Rehovot, Israel.

Ashir bin Ya'aqub telah mengahwini seorang wanita dari kaum Bani Ismail yang bernama Adun binti Aphlal bin Hadad bin Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim. Kemudian, Ashir berkahwin dengan wanita yang bernama Hadurah binti Abimail bin 'Abir bin Sam bin Nabi Nuh dan hasil perkongsian hidup melalui perkahwinan ini lahirlah anak bernama Yimnah, Yi

Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:41]
shvah, Yishvi dan Bariah. Makam Ashir terletak di Nevei Ta'ari dekat Kfar Sirkhan, Israel.

Zabulun bin Ya'aqub berkahwin dengan wanita dari suku Madyan yang bernama Marishah binti Mulad bin Abida bin Nabi Madyan bin Nabi Ibrahim. Dari perkahwinan itu lahirlah anak bernama Sarid, Elon dan Yakhlil. Makamnya terletak di Sidon, Lubnan.

Bunyanin bin Ya'aqub berkahwin dengan wanita yang bernama Makhalia binti Aram bin Zoba bin Tarikh bin Nahur. Dari perkahwinan tersebut lahirlah anak bernama Bela, Bakhir, Ashbil, Gera dan Naaman. Kemudian Bunyamin berkahwin pula dengan wanita bernama Aribath binti Shamrun bin Nabi Ibrahim dan dari perkahwinan ini lahirlah anak bernama Akhi, Vush, Mupim, Chupim dan Ord. Dari keturunan Bunyamin lahirlah Nabi Yunus bin Matta. Makam Bunyamin terletak di Kfar Saba, Israel.

Nabi Yusuf bin Ya'aqub berkahwin dengan wanita bernama Siti Zulaikha dan hasil dari perkahwinan ini lahirlah anak bernama Ifraim dan Manasseh (Misya). Dari Nabi Ifraim lahirlah anak bernama Nabi Nun yang menjadi bapa kepada Nabi Yusya' sementara dari Misya lahirlah Nabi Musa. Makam Yusuf terletak di Shechem (Nablus), Tebing Barat.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan