Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:42]
SIRI PARA ANBIYA: NABI AHIA
Nabi Ahia merupakan salah seorang dari ratusan ribuan Nabi yabg dilantik oleh Allah Taala dari keturunan Bani Israil. Sejak dari kecil, beliau tinggal di Shiloh, iaitu sebuah kota kuno yg berada di selatan kota kuno Tirzah. Lokasi sekarang adalah di Khirbet Seilun, Tebing Barat dan 10 mil (16KM) di utara pemukiman Israel Beit El di Tebing Barat.
Nabi Ahia dikatakan hidup sezaman Nabi Sulaiman, Nabi Shemaiah, Nabi Nathan dan Nabi Iddo. Pada zaman Nabi Sulaiman, beliau mendapat wahyu dari Allah Taala bahawa kerajaan Nabi Sulaiman akan berpecah menjadi dua dan diperintah oleh dua orang raja bernama Yerobeam dan Rehobeam.
Masa berlalu silih berganti. Pada suatu hari Nabi Ahia telah bertemu dengan Yerobeam ketika Yerobeam dalam perjalanannya menuju ke Jerusalem utk menyempurnakan tugas khas yg diberikan oleh Nabi Sulaiman.
Nabi Ahia memberi nubuat kepada Yerobeam, katanya: "Wahai Yerobeam! Dengarlah firman Allah Taala yg hendak aku sampaikan kepadamu. Oleh kerana Bani Israil mula menyembah Tuhan lain selain Allah Taala akibat diperdayakan oleh isteri2 Nabi Sulaiman, maka kerajaan akan dipecah menjadi dua dan engkau akan dilantik menjadi raja dan diberi 10 suku kaum sedangkan keturunan Daud mendapat 2 suku kaum".
Yerobeam pun berkata: "Wahai Nabiullah. Boleh ke mereka menerima aku menjadi raja bagi mereka?". "Sesungguhnya ketentuan Allah Taala tidak akan berubah. Janganlah engkau khuatir tentangnya", kata Nabi Ahia.
Setelah itu, Yerobeam meminta diri meneruskan perjalanannya ke Jerusalem. Nubuat yg disampaikan oleh Nabi Ahia sampai ke pengetahuan pembesar2 yang menyokong putera Nabi Sulaiman. Mereka membuat pakatan utk membunuh Yerobeam. Yerobeam yg mengetahui akan hal itu telah melarikan diri ke Mesir dan berlindung di bawah pemerintahan Firaun Shishak.
Masa berlalu tahun berganti tahun, tibalah masanya Nabi Sulaiman wafat dan para pembesar telah melantik anak Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi raja. Di awal pemerintahannya, Raja Rehobeam banyak menindas rakyat dan akibatnya 10 suku kaum telah memisahkan diri menjadi Kerajaan Israil Utara (Samaria) dengan mengangkat Yerobeam sebagai raja pertamanya.
Ketika pemerintahan Raja Yerobeam, Kota Sikhem telah dibangunkan sbg kediaman Raja Yerobeam dan Kota Pnuel diperkuatkan. Raja Yerobeam tidak menyangka apa yg disampaikan oleh Nabi Ahia sebelum ini menjadi kenyataan. Tetapi baginda lupa kepada Allah Taala setelah menjadi raja dimana baginda telah membina dua mezbah anak lembu jantan emas sbg tempat ibadah. Ini disebabkan baginda takut org2 yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak akan menyatukan kerajaan kembali.
Hal ini sampai ke pengetahuan Nabi Ahia. Allah Taala menyampaikan wahyu kepada beliau agar jangan merasa gusar kerana keturunan Yerobeam akan dimusnahkan disebabkan kemungkaran yg dilakukannya.
Ketika di dalam pemerintahannya, Raja Yerobeam mempunyai dua org anak bernama Abia dan Nadab. Pada suatu hari anaknya yg bernama Abia jatuh sakit. Segala para dukun dan ahli hikmah dipanggil utk memulihkan anaknya tetapi kesemuanya gagal. Tiba2 terlintas difikirannya ttg Nabi Ahia yg dijumpainya ketika baginda belum menjadi raja. Mungkin Nabi Ahia dpt membantunya utk menyembuhkan puteranya.
Baginda pun memerintahkan isterinya agar menemui Nabi Ahia dgn menyamar sebagai wanita tua. Ketika isteri Raja Yerobeam dlm perjalanan ke Kota Shiloh, Nabi Ahia telah menerima wahyu tentang kedatangan wanita itu. Apabila isteri Raja Yerobeam sampai di rumah Nabi Ahia, Nabi Ahia memerintahkan isteri Raja Yerobeam masuk.
Ketika melangkah masuk, isteri Raja Yerobeam melihat Nabi Ahia ddk bersila dan pada ketika itu Nabi Ahia sudah tua dan buta penglihatan. Nabi Ahia pun mengatakan bahawa beliau tahu siapa yg datang dan apa hajatnya. Kemudian beliau memberi nubuat bahawa keturunan Yerobeam akan punah dan hanya Abia yg mati itu sahaja org yg baik kerana terdpt sesuatu yg baik di sisi Allah.
Dengan perasaan sedih, isteri Raja Yerobeam pulang dan apabila isteri Raja Yerobeam melangkah masuk ke rumah kediamannya di Tirzah, Abia
Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:42]
pun meninggal dunia. Seluruh kerajaan merasa sedih dengan kematian Abia. Walaupun begitu, Raja Yerobeam tidak merasa insaf malah meneruskan amalannya.
Perbuatan Raja Yerobeam dianggap jahat disisi Allah kerana menyembah berhala dan membuat rakyatnya ikut berdosa kepada Allah. Selepas baginda wafat, anaknya yg bernama Nadab menaiki takhta tetapi pemerintahannya tidak lama kerana pada tahun kedua pemerintahannya, baginda dan seisi keluarganya dan seluruh keturunan Yerobeam telah dibunuh oleh Baesha dari suku Issakhar bin Nabi Yaaqub.
Hal ini berlaku sebagai penggenapan nubuat Nabi Ahia. Nabi Ahia menghabiskan sisa2 hidupnya di Shiloh dengan beramal sehingga beliau wafat dan dikebumikan di kampung halamannya.
#MAMR
0 Ulasan