NABI IDDO

Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:42]
SIRI PARA ANBIYA: NABI IDDO                   

Nabi Iddo merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah Taala dari kalangan kaum Bani Israil.

Beliau dilahirkan pada zaman pemerintahan Raja (Nabi) Daud dan dilantik menjadi Nabi ketika pemerintahan Raja (Nabi) Sulaiman, Raja Rehobeam dan Raja Abia. Pada masa yang sama, beliau hidup sezaman dengan Nabi Shemaiah (Semaya) dan Nabi Nathan.

Ketika pemerintahan Nabi Sulaiman, beliau sering memberi pandangan dan teguran kepada para pembesar2 dan rakyat. Masa berlalu tahun silih berganti, Nabi Sulaiman pun wafat dan beberapa bulan selepas kewafatan Nabi Sulaiman, kaum Bani Israil berpecah dua disebabkan perebutan takhta kerajaan.

Dari 12 suku kaum Bani Israil, cuma dua suku kaum je yg menyokong perlantikan putera Nabi Sulaiman yg bernama Rehobeam menjadi pengganti Nabi Sulaiman iaitu suku kaum Yehuda dan Bunyamin. Yang lainnya menyokong perlantikan Yerobeam bin Nebat dari suku Afraim bin Nabi Yusuf menjadi raja lalu mereka membina kerajaan di bahagian utara yang dinamakan Kerajaan Israil sementara Rehobeam membina kerajaan di bahagian selatan yang dinamakan Kerajaan Yehuda.

Kedua2 kerajaan ini selalu bertelingkah dan berperang. Ketika pemerintahan Raja Rehobeam, Nabi Iddo banyak menghabiskan masa dengan menulis dan menyusun riwayat hidup Raja Rehobeam dan Raja Abia. Di Kerajaan Israil pula, semenjak menjadi raja Kerajaan Israil, Raja Yerobeam telah membuat banyak maksiat dan kemungkaran.

Oleh kerana takut orang2 Israil yg setiap tahun berziarah ke Jerusalem kelak bermaksud utk menyatukan kerajaan kembali dengan KerajaanYehuda, baginda telah membina dua altar (mezbah) anak lembu jantan emas utk disembah oleh rakyatnya.

Satu diletakkan di Kota Dan dan satu lagi di Kota Betel. Baginda juga membina kuil2 penyembahan jin2 serta mengangkat imam2 dari kalangan rakyat yang bukan dari Bani Lawi. Suku kaum Lawi pun membuat keputusan utk keluar dari Kerajaan Israil dan berhijrah ke Kerajaan Yehuda.

Kemungkaran yang berleluasa di Kerajaan Israil membuatkan mereka melupakan Allah Taala. Atas petunjuk dari Allah, Nabi Iddo ditugaskan oleh Allah Taala ke Kerajaan Israil bagi memperingati mereka agar kembali ke jalan yang lurus dan mengabdikan diri kepada Allah.

Nabi Iddo sampai di Kerajaan Israil ketika Raja Yerobeam mempersembahkan korban di Kota Betel. Nabi Iddo menyampaikan risalah Tuhan kepada Nabi Yerobeam di mana penyembahan di atas altar (mezbah) itu akan dihentikan pada zaman pemerintahan Raja Yosia dari Kerajaan Yehuda.

Sebagai tandanya, maka dengan kehendak Allah Taala, altar (mezbah) itu tiba2 pecah sehingga abunya tercurah keluar. Dengan perasaan marah, Raja Yerobeam menghulurkan tangannya menyuruh org2nya membunuh Nabi Iddo tetapi dengan tidak semena-mena, tangan Raja Yerobeam menjadi kejang dan tidak dapat bergerak.

Dengan perasaan takut, Raja Yerobeam meminta pertolongan Nabi Iddo agar meminta belas ihsan dari Allah. Nabi Iddo pun berdoa kepada Allah agar diberikan kesembuhan. Nabi Iddo menegur Raja Yerobeam dengan azab2 Allah dan menentang keras pendirian altar pemujaan. Baginya perbuatan mensyirikkan Allah Taala merupakan suatu dosa besar yg tidak diampunkan.

Raja Yerobeam merasa marah lalu menentang keras risalah yg dibawa oleh Nabi Iddo. Oleh kerana kedegilan Raja Yerobeam, Nabi Iddo membuat keputusan utk pulang ke Kerajaan Yehuda.

Di dalam perjalanan pulang dari bernubuat di hadapan Raja Yerobeam, beliau telah dibunuh dengan kejam oleh orang2 utusan Raja Yerobeam. Kemudian jasad Nabi Iddo dikebumikan bersama makam Nabi yang berasal dari Betel dan makam Nabi yang berasal dari Samaria.

#MAMR

Catat Ulasan

0 Ulasan