Mohamad Azmi Mat Rashid, [15.05.20 13:42]
SIRI PARA ANBIYA: NABI ELIEZER (AL-AIZAR)
Nabi Eliezer merupakan salah seorang Nabi yang dilantik oleh Allah dari kalangan kaum Bani Israil. Beliau merupakan anak kepada seorg lelaki yg bernama Dodava dan hidup sezaman dengan Nabi Yahaziel, Nabi Yehu dan Nabi Ilyas.
Beliau dilantik menjadi Nabi bagi menegur kesilapan yang dilakukan oleh Raja Jehoshaphat. Diceritakan bahawa Raja Jehoshaphat bercadang ingin membina kapal2 besar bagi mengukuhkan lagi pentadbirannya.
Sebahagian para pembesar mencadangkan baginda agar bersatu dgn Raja Ahaziah dari Kerajaan Israel utk membina kapal tersebut. Baginda menerima tanpa berfikir panjang lalu baginda membuat temujanji utk berjumpa dgn Raja Ahaziah.
Di dalam perjumpaan tersebut, kedua2 belah pihak bersetuju utk membina kapal besar bersama. Mereka pun menetapkan bahawa Ezion-Geber sebagai tempat pembinaan. Sejak itu, Raja Jehoshaphat lupa dan lalai kepada Allah. Begitu juga dengan rakyatnya yg lupa dan membuat kemungkaran di mata Tuhan.
Oleh kerana itu, Allah Taala mengutus Nabi Eliezer utk menegur Raja Jehoshaphat dan mengingatkan baginda tentang azab Allah. Beliau juga menegur dan melarang baginda dari mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja Ahaziah kerana Raja Ahaziah seorag raja yang sgt zalim dan kejam.
Segala teguran Nabi Eliezer tidak diendahkan oleh Raja Jehoshaphat malah beliau nyaris2 dipenjarakan oleh baginda. Tahun berlalu silih berganti. Tibalah saat Raja Jehoshaphat jatuh sakit dan mangkat lalu takhta kerajaan disandang oleh anaknya yg bernama Jehoram.
Ketika pemerintahan Raja Jehoram, Nabi Eliezer masih menyampaikan risalah Tuhan dan mengajak penduduk negeri Yehuda agar beriman kepada Allah Taala. Ini kerana ketika pemerintahan Raja Jehoram, baginda telah membina banyak berhala dan mengikut cara hidup Raja Ahab dan raja2 Kerajaan Israil yg lalu serta mengahwini anak perempuan Raja Ahab.
Baginda juga telah membunuh semua adik beradiknya yang lebih baik daripadanya. Nabi Eliezer juga memberitahu bahawa akan berlaku sesuatu keburukan di dalam Kerajaan Yehuda.
Seperti yg diramalkan oleh Nabi Eliezer, Kerajaan Edom telah mengadakan pemberontakan terhadap Kerajaan Yehuda lalu menjadi negara merdeka. Pada masa yang sama, rakyat Kota Libna juga memberontak atas kehendak Allah Taala disebabkan kemungkaran yg dilakukan oleh Raja Jehoram.
Ketika saat negara2 taklukan memberontak, Nabi Ilyas datang mengadap Raja Jehoram dan memberitahu akan kemurkaan Allah Taala kepadanya dan akan membuatkan baginda mati disebabkan penyakit usus yg kronik. Tetapi segala apa yg diucapkan oleh Nabi Ilyas diabaikan oleh baginda.
Baginda tetap dgn pendiriannya dan merancang utk mengekang pemberontakan yg berlaku. Nabi Eliezer masih meneruskan dakwahnya sehinggalah Raja Jehoram mangkat.
Semenjak itu, Nabi Eliezer terus meninggalkan Kerajaan Yehuda dan berhijrah ke Palestin sehingga beliau wafat.
#MAMR
0 Ulasan