Sedang
suami khusyuk, tenggelam dalam ibadah mencari malam lailatul qadar, si isteri
berkecah di dapur menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak yang
masih lena tidur.
Ikut hati
kecilnya, pasti teringin benar dia turut bersenang-senang rukuk dan sujud dalam
damai hening, mendamba kasih Allah.
"Ciangg...!" Menggoreng
pula dia ayam kegemaran anak.
"Kting,
kting, kting..." Membancuh
pula dia, kopi kemestian suami.
"Prak,
prak, prak...." Pinggan
dan cawan diangkat dan dihidang ke meja makan.
"Iman,
bangun Iman." Bergegas
dia mencuit anak bujang yang tidur di tingkat atas 'double decker'.
"Zulfa,
Zahraa, bangun. Solat tahajud, hajat." Dia
menarik selimut yang membaluti badan mereka.
Sedang
anak terpisat-pisat melawan kantuk. Dia kembali ke dapur.
Walaupun
pada pandangan kasar, Dia tak sempat rukuk dan sujud, mengejar pahala ibadah
khusus untuk dirinya. Tetapi dia menjadi asbab suami dan anak-anak dapat ruang
mencecah dahi ke lantai menyembah Tuhan.
Percaya,
ada isteri dalam situasi begini.
Memendam
keinginan ibadah sendiri untuk bakti mulia kepada anak-anak dan suami.
Suami.
Jika
kalian sedang beristighfar di atas sejadah.
Istighfar
sekali untuk keampunan isteri.
Suami.
Jika
kalian sedang bersujud meminta hajat dari Allah,
Mohon
sekali dimakbulkan hajat yang didamba si isteri.
Suami.
Jika
menangis berjujuran mohon diampun dosa-dosa,
Mohon
sekali buat isteri yang bertungkus lumus tadi.
Suami,
Jika
berteriak kecil memohon Allah masukkan kalian ke syurga, minta sama istana
syurga untuk dia.
Suami,
Mohon
pada Allah,
"Ya
Allah, apa saja amal yang kau terima daripadaku, ganjari jugalah pahalanya buat
isteriku malah lebih lagi buat dia, kerana dia asbab elok sempurna aku
beramal."
Hadiahkan
mereka, doa kita yang bersungguh-sungguh.
0 Ulasan