1. Sedar
atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa
Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:
صَدَقَ
وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Allah
telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab
dengan sendirinya.” (HR Muslim)
2.
Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk
kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:
والمراد
بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله
“Dan yang
dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di
dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).
3. Jadi,
mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang
Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk
menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:
إِذْ
جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ
“Dan
ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)
4.
Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat
genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam.
Peringatan ini kekal sehingga hari ini.
Hari ini
umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam
bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan
mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan
sekularisme.
5. Ketika
asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan
Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan
oleh Allah dalam firmannya:
وَإِذْ
قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا
Dan juga
masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: "Wahai penduduk
Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu
baliklah". (al-Ahzab: 13)
6. Ayat
ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan
kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang
ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.
Begitulah
juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman
tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke
dalam pemikiran Muslim.
7. Bukan
sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah
membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun
dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:
وَلَا
نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“dan kami
tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama
(kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”
8.
Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir
berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun
bersikap keras tehadap saudara Muslim.
Sedarlah
kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang
beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang
tertinggi.
Semoga
Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad
Sanusi Azmi
0 Ulasan