Masyarakat dahulu ramai yang percaya dan menyangkakan bahwa Mat Kilau telah mati dibunuh pada tahun 1895 , Yang kononnya terbunuh di sempadan siam-kelantan dan dikebumikan di kg bunut payung kota bharu kelantan. Sepertimana yang dilaporkan oleh pihak British Iaitu D.H wise (Residen British - Pahang).
Sebab itulah bila Mat Kilau Muncul pada tahun 1969 semua pakat terkejut , Malaysia masa tu memang gempar di setiap negeri dengan berita Kemunculan Mat Kilau , Termasuk dengan khabar angin yang mengatakan Dato' Bahaman juga masih hidup.
Tapi Tahukah kalian sebelum tahun 1969 Mat kilau muncul dan mengisytiharkan diri di khalayak ramai , Mat Kilau juga sudah pernah muncul di khalayak ramai ketika Mat Kilau turut serta Melaungkan MERDEKA pada 31 Ogos 1957. Dari Ribuan orang di situ , Tiada seorang pun yang perasan Mat Kilau ada bersama mereka Melaungkan MERDEKA!
Kisah ini diceritakan oleh orang kepercayaan Mat Kilau Iaitu Allahyarham Haji Abu Bakar (Menantu Mat Kilau) , Alkisah Pada 31 Ogos 1957 selepas menunaikan solat subuh , Mat Kilau begitu teruja dan bersemangat bersiap nak pergi menyambut upacara menyambut Hari Kemerdekaan di Taman Kerang peringkat negeri Pahang.
"Mat Kilau memakai baju kemeja T leher bulat warna putih dan memakai baju kot berwarna kelabu. Berseluar panjang , Bersampin , dan lengkap berkasut . Manakala kepalanya pula berlilit Kain Cindai." Haji Abu Bakar merasa hairan dimana Mat Kilau dapat persalinan lengkap itu dan tertanya apa makna tersirat kain cindai yang dililit di kepala Mat Kilau.
Menantunya Haji Abu Bakar berada disisi Mat Kilau ketika di Taman Kerang , Beliau melihat wajah Mat Kilau begitu teruja ketika menunggu detik untuk Melaungkan kalimat "MERDEKA" Kalimat MERDEKA yang dilaungkan oleh Mat Kilau tidaklah sama seperti kita hari ini.
Laungan MERDEKA Mat Kilau Adalah luahan hati sebenar seorang Pahlawan yang pernah bermati-matian menentang Inggeris , Yang mengharungi berbagai keperitan , Yang bersembunyi selama berpuluh-puluh tahun ,Yang tidur di hutan, Yang meninggalkan Anak Bini untuk berjuang , Yang bersusah payah membebaskan Tanah Melayu demi Maruah Agama , Bangsa dan Kedaulatan Tanah Melayu.
Laungan MERDEKA kita dengan Mat Kilau sudah tentunya berbeza , Bukan berbeza sebutan atau laungan tapi beza perasaan. Ketika itu betapa gembiranya Mat Kilau Melaungkan MERDEKA dengan air mata yang mengalir , Perasaan sebak yang bercampur dengan gembira , Sungguh berbeza dengan perasaan Kebanyakan kita hari ini ketika melaungkan Merdeka. Mat Kilau sangat mencintai Tanah airnya dan pernah berjuang bermati-matian demi membebaskan negara dari penjajah , sebab itulah beliau begitu sangat bersemangat dan teruja.
Kita hari ini patut pupuk semangat patriotik dan Jatidiri sebagai anak jati Melayu di dalam diri generasi muda , Agar mereka menghargai susah payah pejuang-pejuang dahulu yang berperang bermati-matian demi keamanan dan keharmonian generasi selepas mereka , Tipulah kalau saya kata saya tak sedih melihat anak bangsa hari ini yang tiada Jatidiri , tiada semangat patriotik , tidak mengenal sejarah dan taksub dengan dunia hiburan luar sehinggakan mengikut dan amalkan budaya bangsa kafir.
Bila kita ceritakan kepada mereka tentang sejarah kehebatan dan perjuangan tok nenek moyang kita terdahulu , Ada yang kata itu semua dongeng , karut marut dan rekaan semata , Sedih baca komen-komen macam ni. Setiap kali saya teringat tokoh pejuang-pejuang dahulu , Sebak sungguh dada ini bila mengenangkan kembali semangat dan perjuangan orang-orang hebat Melayu dahulu yang berjuang habis-habisan mempertahankan maruah bangsa dan agama dari dipijak penjajah. Semenantara kita hari ini sibuk mengangkat dan membawa budaya luar sehinggakan busana Melayu pun tak kenal.
Ingat amanat Mat Kilau ,
"Jaga Agama, Jaga Bangsa dan Jaga Tanah Air, Jangan sampai bangsaku tiada negara."
Walaupun dah di penghujung hayat beliau masih lagi berfikir soal Agama, Negara dan Bangsa kita. Bersyukurlah kita hari ini kerana mempunyai pejuang-pejuang yang bersemangat waja yang tidak boleh dibeli oleh wang ringgit , Walaupun bilangan pengkhianat dan penjajah lebih ramai daripada mereka tapi mereka tidak pernah gentar dan berhenti berjuang....
Al-Fatihah untuk semua pejuang tanah air. Semoga Allah Merahmati Ruh Mereka Semuanya.
0 Ulasan