digunakan dalam penyediaan daun dari pokok sirih untuk di makan. Masyarakat Melayu membezakan antara tepak sirih berbentuk bujur sebagi puan dan yang berbentuk empat segi bujur sebagi tepak.[1] Terdapat juga tepak sirih yang berbentuk bulat. Malah dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah telah memberikan kepada Hang Jebat sepiak sirih di dalam tepak sirih kepunyaan Sultan Mahmud semasa berhenti rehat.
Antara barangan yang terdapat dalam tepak sirih adalah:-
- Daun sirih yang menggambarkan sebagai sesuatu yang berharga, iaitu kehidupan yang harmoni
- Kacip pinang yang digunakan bagi megacip pinang
- Gobek sirih bagi menghancurkan sirih untuk mereka yang berusia dan tidak memiliki gigi bagi menguyah.
- Cembul yang berisi pinang yang melambangkan kejujuran, martabat dan maruah yang tinggi serta keturunan yang baik-baik
- Cembul yang berisi kapur sebagai lambang hati yang tulus bersih tetapi boleh menjadi agresif dan membinasakan
- Cembul yang berisi gambir yang kelat rasanya melambangkan kecekalan hati
- Cembul yang berisi tembakau yang rasanya pahit dan memabukkan melambangkan ketabahan dan kesediaan untuk berkorban
- Cembul yang berisi cengkih yang rasanya yang manis dan bau yang wangi melambangkan kelembutan dan kehalusan adat budaya serta tutur kata.


0 Ulasan