Teknologi Kejuruteraan Kapal Melayu Srivijaya

Keagungan Teknologi Kapal Kerajaan Melayu Srivijaya Telah Membawa Nenek Moyang Kita Sampai Ke Pulau Magaskar, Comoros Dan Penghubung Antara Asia Tenggara Dan Afrika Timur.

 

Orang Melayu diketahui mempunyai teknologi perkapalan dan ilmu pelayaran yang amat hebat jauh meninggalkan bangsa lain. Malah jauh meninggalkan peradaban lain dalam hal. Kegemilangan ini diteruskan semasa era Kerajaan Melayu Srivijaya iaitu pada abad (6 hingga 13 masihi) diakui dunia sebagai penguasa laluan laut dengan teknologi kejuruteraan kapal mereka yang tiada tolok bandingan nya. Kerajaan Melayu Srivijaya yang menguasai Nusantara ( Tanah Melayu, Sumatera, Pulau Jawa dan kawasan lain di Nusantara). Di Pulau Borneo lebih tepat lagi Selatan Kalimatan, mereka membina pelabuhan perdagangan dan berlaku penghijrahan secara besar-besaran orang Melayu di sana dan berkahwin dengan peribumi di sana iaitu Dayak Maayan. Hasil perkahwinan tersebut membentuk suku Banjar. Pekara ini disahkan dengan kajian genetik antarabangsa yang mengesahkan orang Banjar ini terdiri daripada 77% genetik Melayu dan 23% genetik Dayak Maayan.

 

Dengan menggunakan teknologi kejuruteraan kapal Melayu Srivijaya ini. Orang Banjar telah dibawa penguasa Melayu Srivijaya untuk meneroka laluan perdagangan laut sehingga membawa mereka sampai ke Afrika Timur iaitu Pulau Madagaskar dan Comoros. Di kedua Pulau Madagaskar dan Comoros, orang Banjar dan Melayu telah bergaul dengan orang kulit hitam Bantu. Hasil pergaulan tersebut melahirkan bangsa Malagasy dan Comoros. Hal ini disahkan melalui kajian genetik yang dijalankan dan terdapatnya kosa kasa Dayak Maayan dan Melayu dalam kosa kata orang Malagasy. Selain bukti secara genetik dan bahasa. Pekara ini disahkan dengan pelbagai tanaman jenis tanaman yang berasal dari Asia, beras, teknologi pertanian dan sawah padi. Orang Malagasy dan Comoros tersebut kemudian kemudiannya berhubung dengan pelbagai suku kulit hitam yang terdapat di Afrika Timur. Melalui kajian genetik yang dijalankan mengesahkan suku kulit hitam di Afrika Selatan mempunyai genetik orang Melayu/Banjar.


 

 

 

 

 

 

 

 

 


Catat Ulasan

0 Ulasan