Tahukah anda, Tanah Melayu hampir diberi kemerdekaan oleh Jepun pada 17 Ogos 1945? Namun 48 jam sebelum tarikh cadangan tersebut, Jepun akhirnya menyerah kalah setelah dibom dengan teruk oleh Amerika Syarikat, seterusnya menggagalkan kemerdekaan yang semakin dekat dan mengembalikan semula Tanah Melayu ke dalam genggaman British.
Tahukah juga anda? Kemerdekaan Tanah Melayu itu dirancang untuk dibuat bersama Indonesia atas satu entiti yang diberi nama Indonesia Raya. Namun setelah Jepun menyerah kalah, Indonesia serta merta telah bertindak mengumumkan kemerdekaan tanpa Tanah Melayu.
Geopolitik Asia Tenggara pasti akan jauh berbeza sekiranya Jepun sempat memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Cuba bayangkan apa kemungkinan2 yang akan terjadi sekiranya Tanah Melayu merdeka oleh Jepun?
Untuk yang pertama, Malaysia mungkin takkan wujud.
0 Ulasan