Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO adalah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB atau UN) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland. WHO menjadi rujukan utama isu Covid negara-negara dunia di bawahnya. Ia seolah mempunyai kuasa besar dalam menentukan halatuju kesihatan sesebuah negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri jelas menunjukkan sikap mengambil berat segala panduan, saranan, cadangan serta arahan WHO seolah kita tiada hak mutlak untuk bertindak cara sendiri. Hakikatnya, adakah WHO, sebagaimana namanya, adalah sebuah organisasi yang benar-benar telus, jujur, tiada korupsi, bebas rasuah, tiada konflik kepentingan, tidak memilih kasih serta ikhlas menjaga dan memartabatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dunia? Siapakah dibelakangnya, pemberi dananya dan pemimpinnya?
Ketua Pengarah (KP) WHO sejak 2017 hingga kini adalah Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus. Sebelum itu selama 11 tahun (2006-2017) KP WHO adalah Dr. Margaret Chan dari China. Tedros merupakan KP WHO pertama dari benua Afrika dan yang pertama bukan dari kalangan doktor perubatan dimana tesis PhD beliau adalah berkenaan kesihatan komuniti berkaitan empangan dan Malaria. Beliau berasal dari Ethiopia, dari parti politik Tigray People's Liberation Front, kumpulan ketenteraan revolusioner sayap kiri, yang menubuhkan kerajaan sayap kiri baru di Ethiopia.
Ketika menyandang jawatan Menteri Kesihatan Ethiopia, Tedros mempengerusikan Global Fund to Fight AIDS, TB and Malaria yangmana Yayasan Gates sebahagian dari pengasasnya. Beliau gagal dengan polisi Malarianya dan sering dikritik atas skandal kolera juga pada 2006, 2009 dan 2011.
Berkenaan dana, WHO mempunyai dua sumber utama. Dua puluh peratus (20%) daripada dana WHO diterima daripada setiap negara ahilnya dengan jumlah diberi berdasarkan peratus tertentu GDP negara tersebut, dan selebihnya daripada sumbangan sukarela samada daripada negara ahli atau pihak lain termasuk badan-badan PBB, yayasan kebajikan, syarikat swasta, dan lain-lain .
Dan sebagaimana dinyatakan sebelum ini, ramai yang tidak sedar sebenarnya Yayasan Gates bakal menjadi pendana terbesar World Health Organisation (WHO) selepas US menarikbalik sumbangan mereka daripada WHO. Pada 2018/2019, Yayasan Gates merupakan penyumbang dana ‘top 3’ WHO. Semua ini membolehkan Gates ‘menguasai’ WHO dengan agendanya tersendiri, dengan sebarang kepentingan Gates juga menjadi kepentingan dan keutamaan WHO .
Isu samada WHO benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh luar ini banyak sekali dibincangkan bukan sahaja di media massa tetapi juga dalam tulisan ilmiah oleh pakar-pakar dalam jurnal akademik tentang bagaimana ‘sumbangan’ serta pelaburan daripada yayasan-yayasan kebajikan seperti Yayasan Gates dan Yayasan Rockefellar yang disalurkan kepada WHO boleh mempengaruhi bentuk pentadbiran (governance) kesihatan global. Diakui bahawa Yayasan Rockefellar contohnya berjaya mencorak agenda dan modus operandi WHO dengan menjadikan ianya lebih ke arah kawalan penyakit berbanding usaha mengubati masyarakat .
Seterusnya, berkenaan symbol pada logo/emblem WHO, ia mempunyai pelbagai tafsiran tidak rasmi. Imej ular membelit tongkat dikatakan merupakan simbol Cadeceus atau perubatan. Simbol ini sering kita lihat di mana-mana logo organisasi kesihatan samada di bangunan atau laman web.
Simbol ular dan tongkat ini berasal dari cerita dalam Injil Hebrew dan Taurat Yahudi, berkenaan kisah nabi Musa dan bani Israel. Kononnya nabi Musa telah diwahyukan oleh tuhannya untuk membina patung ular tembaga bagi menjadikan penyembuhan buat bani Israel yang terkena gigitan ular besar berapi, akibat menentang ajaran nabi Musa dan kemudiannya kesal. Sekiranya mereka melihat patung ular tembaga tersebut, kononnya akan segera sembuh. Bani Israel kemudiannya menganggap ular tersebutlah yang berkuasa menyembuh penyakit, dan mereka telah kemudiannya menyembah ular tembaga tersebut. Pegangan mereka terhadap tuhan hilang sama sekali apabila nabi Musa dan nabi Harun telah tiada. Raja Hezekiah (800 tahun sebelum Nabi Isa lahir) kemudiannya menghapuskan penyembahan patung ular tersebut yang diberi nama Nehustan kerana menganggap ianya perbuatan syirik. Kini, kita dapat lihat patung ular Nehustan tiba-tiba dibawa kembali dalam perubatan moden sebagai simbol kesihatan, seolah-olah ada sekumpulan manusia yang ‘masih hidup’ di zaman lampau dan ingin mengajak manusia ke arah melupakan tuhan sebagai penyembuh sebagaimana sikap Bani Israel .
WHO pada 2009 ketika di bawah Dr. Margaret Chan telah terlibat dalam satu skandal pandemik palsu novel influenza A (strain H1N1) atau swine flu. WHO mencipta ketakutan ke seluruh dunia berdasarkan ketidakpastian dan tanpa berdasarkan data dan sains. Pada Mei 2009, Dr. Chan mengumumkan syarikat vaksin boleh menghasilkan 4.9 billion dos vaksin untuk melindungi dunia dari virus invluenza A H1N1 . Ketika itu ada 79 kematian dan 10,000 kes seluruh dunia, dengan majoriti hanya bergejala ringan sama seperti common flu dan ia boleh menjadi lebih teruk seperti pneumonia hanya pada mereka yang punya masalah kesihatan lain seperti diabetes. Kemudian Jun 2009, Chan mengisytihar H1N1 sebagai pandemik dengan 30,000 kes di 74 negara. Julai 2009, WHO mengumumkan kononnya 2 billion iaitu satu pertiga populasi dunia akan dijangkiti wabak H1N1 dalam tempoh 2 tahun. Obama umumkan ratusan ribu akan mati dan 40% akan terjangkit jika vaksin tidak dberi dan langkah lain tidak diambil.
Namun hakikatnya, pandemik H1N1 tidak pernah berlaku. Jutaan dos vaksin ditempah oleh kerajaan asing kemudiannya menjadi tidak bermanfaat dan malah ada yang dibuang begitu sahaja. Kerugian perbelanjaan yang amat besar dalam bajet negara-negara dunia telah berlaku namun yang pasti pihak dan golongan tertentu yang mempropagandakan H1N1 sebagai pandemik telah dengan rakus mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Kemudiannya, didapati rupa-rupanya lima daripada 15 ahli panel penasihat saintifik WHO dalam jawatankuasa kecemasan pandemik H1N1 mereka mempunyai konflik kepentingan dimana mereka menerima dana ataupun penyelidikan mereka berkait dengan syarikat farmeseutikal pembuatan vaksin H1N1 . Di CDC US juga, perkara serupa diakui berlaku dimana ada yang menerima dana daripada persatuan pengilang vaksin. Di Britain pula, 11 daripada 20 iaitu separuh daripada ahli panel penasihat pandemik H1N1 mempunyai pertalian dengan syarikat famaseutikal. Mereka membuat jangkaan akan ada 65,000 kes mati dan atas sebab itu USD1.2 billion dibelanjakan untuk vaksin sedangkan hanya 457 kes mati, satu pertiga daripada kes flu bermusim. Parlimen Netherlands mendapati Professor Albert Osterhaus dari Erasmus University in Rotterdam, yang bertindak sebagai rujukan pandemik H1N1 juga penasihat WHO berkenaan influenza membuat keuntungan peribadi berbillion Euro dari vaksin H1N1 .
Ini menimbukan keraguan berasas terhadap jangkaan kes yang dibuat oleh pihak WHO, CDC, dll, samada adakah ianya lebih kepada bermotifkan keuntungan peribadi berbanding kepentingan awam.
MP Paul Flyn telah memberi amaran akan akibat daripada pengisytiharan pandemik dan cadangan langkah drastik secara salah semasa H1N1 telah menyebabkan pembaziran wang rakyat yang amat besar dan ketakutan amat sangat yang tak berasas. Mengambil pengajaran dari situasi tersebut, beliau mengingatkan bahawa semua pihak selepas ini berhak mengetahui dengan jelas akan nama pakar penasihat saintifik, samada mereka punya sebarang perkaitan dengan syarikat farmaseutikal dan samada mereka akan dapat sebarang keuntungan dari pengumuman tersebut.
Banyak pihak lain turut sama mengecam penipuan WHO ketika ‘wabak’ H1N1 ini termasuk Parliamentary Assembly of the Council of Europe (PACE), sebuah pertubuhan pengawasan hak asasi manusia yang menyiasat konflik kepentingan yang wujud disebalik respon Kesatuan Eropah (EU) terhadap pandemik H1N1. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan PACE yang amat berpengaruh, juga seorang pakar epidemiologi dan pulmonologi, Profesor Wolfgang Wodarg mengumumkan bahawa pandemic palsu ini adalah skandal perubatan terbesar abad ini . Bukan itu sahaja, malah dalam WHO sendiri, pengarah Collaborating Center for Epidemiology di Munster, Germany, Dr. Ulrich Kiel, telah melabelkan ‘pandemik’ H1N1 adalah hoax, dan berkata terdapat salah-urus sumber yang amat besar melibatkan sekurang-kurangnya USD18 billion melibatkan kesihatan awam .
Kesan terbongkarnya penipuan WHO ini, mereka telah secara senyap berhenti menggunakan istilah ‘pandemik’ dan menukarnya kepada satu istilah yang agak kabur iaitu “Public Health Emergency of International Concern”, di bawah IHR (International Health Regulations). Ini jelas dinyatakan sendiri oleh jurucakap WHO Tarik Jasarevic pada 30 Januari 2020 apabila ditanya mengapa tidak disebut pandemik dalam pengishtiharan wabak Covid. Katanya, “Tidak ada kategori rasmi (untuk pandemik). WHO tidak guna sistem lama yang ada 6 fasa – yang bermula dengan fasa 1 (tiada laporan influenza haiwan menyebabkan jangkitan pada manusia) ke fasa 6 (pandemik) . Namun selepas lebih 1 bulan daripada itu iaitu pada 11 Mac 2020, Tedros KP WHO sewenangnya mengisytihar Covid sebagai pandemic global pula. Ketika itu ada 118,000 kes dengan 4,291 kematian di 114 negara.
Di bawah Tedros, korupsi dan konflik kepentingan di WHO terus berlanjutan, malah terus bertambah. Menurut laporan baru-baru ini oleh Australian Broadcasting Corporation, pada tahun 2018 dan 2019, Program Kecemasan Kesihatan WHO, bahagian yang bertanggungjawab terhadap Covid sekarang, disebut berada pada peringkat risiko tertinggi yang mencatat kegagalan membiayai program dan operasi kecemasan. Laporan ABC selanjutnya mendapati bahawa terdapat juga peningkatan tuduhan rasuah dalaman di seluruh organisasi, dengan pengesanan beberapa skema yang bertujuan untuk menipu sejumlah besar wang .
Ahli-ahli Scientific Advisory Group of Experts (SAGE) WHO mempunyai konflik kepentingan dan perkaitan dari segi dana dan kewangan dengan penaja dari kalangan syarikat farmaseutikal seperti Merck & Co. (MSD), Pfizer, Novovax, GSK, Novartis, Gilead dan organisasi yang ditaja Gates termasuk GAVI, the Vaccine Alliance, dan BMGF Global Health Scientific Advisory Committee .
Negara-negara di Afrika telah banyak belajar dari kezaliman dan kejahatan WHO terhadap mereka selama berpuluh tahun termasuk kelumpuhan, kemandulan, serta kematian yang diakibatkan oleh pelbagai program suntikan dan vaksin WHO di sana. Kini pemimpin-pemimpin Afrika semakin berani dan lantang menyanggah dan menolak WHO . Mereka tidak membuat banyak ujian Covid (hanya 1 ujian bagi setiap 500 juta penduduk) dan kes mereka jauh lebih rendah dari US, Eropah dan sebahagian Aisa. Republik Burundi contohnya dengan beraninya menghalau Pasukan Coronavirus WHO dari negara mereka kerana campurtangan yang tak dapat diterima dalam pengurusan Coronavirus di negara mereka . Selain itu, daripada segi rawatan Covid, Presiden Magadascar sendiri iaitu Andry Rajoelina mendakwa WHO telah cuba merasuah pihak tertentu sebanyak USD20 juta untuk meracun remedi herba Artemisia yang sedang dipromosikan secara besar-besaran sebagai ubat mencegah Covid di sana , serta WHO tidak mahu mengiktiraf herba tersebut sebagai rawatan Covid semata-mata kerana ianya dating dari Afrika.
Presiden Tanzania John Bompe pula telah dengan aksi bersahajanya menunjukkan betapa test kit Covid tidak boleh dipercayai dalam menguji sampel dan mempersoalkan peranan WHO dalam isu ini, dengan beliau menghantar sampel cecair dari pelbagai sumber selain manusia yang diberikan nama manusia sebagai samaran untuk diuji di makmal kebangsaan mereka yang kemudiannya yang melucukan ianya menghasilkan keputusan positif Covid untuk kambing, betik dan quail. Dari situ, Presiden John kemudiannya telah segera menubuhkan pasukan siasatan untuk menahan dan menyiasat pengarah makmal nasional dan pengurus bahagian jaminan kualiti makmal, serta memecat ketua bahagian stor perubatan Tanzania . Presiden John mendakwa US mereka-reka angka kematian dan kes, dan memberi amaran kepada wakil US di sana yang cuba menakutkan rakyat Tanzania tentang kebolehjangkitan Covid yang kononnya sangat tinggi dengan mengatakan jangan cuba mencipta panik kepada rakyat mereka. Beliau pada 24 Mei 2020 mengistiharkan Tanzania berjaya mengalahkan Covid, melarang terus penggunaan face mask, mula membuka semula sekolah, pengangkutan awam, serta gereja dengan mengatakan Corona tidak akan boleh hidup di gereja .
WHO menunjukkan kuasa besar mereka dalam Covid ini dengan menyatakan setiap negara yang mahu hentikan lockdown perlu laksanakan Exit Strategies sebagaimana dalam panduan yang WHO telah sediakan15. Dr Mike Ryan, ketua Program Kecemasan WHO memberi amaran negara dunia tidak boleh dihentikan lockdown tanpa ada sebarang tindakan diambil bagi menggantikannya . Enam syarat diberi dan salah satunya adalah masyarakat benar-benar faham dan sedia untuk hidup dalam ‘New Norm’ . KKM kelihatan sangat patuh dengan segala saranan WHO .
Terdapat satu tugu patung diletak di hujung meja bilik mesyuarat WHO yang melambangkan Shiva the destroyer / Cernnunuous / Abaddon (Hebrew) / Apollyon (Greek). Ia ada dalam kepercayaan Hindu dan dikenali sebagai tidak berpakaian, mempunyai dua jantina pada satu masa, dua kuasa iaitu penyembuh dan peracun, boleh jadi penjaga yang baik dan pada masa sama kejam terhadap mereka di bawah jagaannya. Patung yang sama ada di luar bangunan CERN (European Center for Research in Particle Physics, Geneva, Switzerland) yang juga sebenarnya dari perkataan cernnunuous . Apakah simboliknya patung itu diletak di sana? Apa yang tersirat disebaliknya?
.
Tidak lupa juga baru-baru ini pada 18 April 2020, WHO menganjurkan konsert Coronavirus atas talian ‘One World: Together At Home’, dengan kerjasama Global Citizen dan Lady Gaga, seorang artis pemuja syaitan, yang secara terangan menyokong kumpulan illuminati, bermentorkan Marina Abromovic dan sering beraksi lucah, kononnya bertujuan meraikan komuniti global dan ‘the power of human spirit’, dan untuk membantu WHO mendapatkan dana ‘Solidarity Response Fund’ daripada individu dan syarikat-syarikat korporat sebanyak $35 juta untuk pembelian PPE . Lady Gaga diberikan ruang istimewa ketika taklimat sidand media WHO berkenaan konsert ini . Beliau dengan jelas dalam poster promo telah menunjukkan symbol-simbol anti-christ (dajal) dan one-eye.
Sumber:
Where does WHO get its funding?. https://www.who.int/about/planning-finance-and-accountability/how-who-is-funded
5 Ogos 2018. Meet the world’s most powerful doctor: Bill Gates. https://www.politico.eu/article/bill-gates-who-most-powerful-doctor/
Birn (2014). Backstage: the relationship between the Rockefeller Foundation and the World Health Organization, Part I: 1940s–1960s. Public Health, 128(2), 129-140, https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S003335061300396X?via%3Dihub
Ustaz Au’ni Mohamed & Ibnu Yaacob.. Konspirasi Babylon: Penjajahan illuminati dan freemason ke atas dunia
19 Mei 2009. WHO sees 4.9 billion pandemic flu shots in best-case. https://www.reuters.com/article/us-flu-who/who-sees-4-9-billion-pandemic-flu-shots-in-best-case-idUSTRE54H1XO20090519
2 Mei 2020. Prof. Michel Chossudovsky. Remember the “Fake” 2009 H1N1 Swine Flu Pandemic: Manipulating the Data to Justify a Worldwide Public Health Emergency. https://www.globalresearch.ca/the-h1n1-swine-flu-pandemic-manipulating-the-data-to-justify-a-worldwide-public-health-emergency/14901
11 Jun 2009. Transcript of statement by Margaret Chan, Director-General of the World Health Organization . https://www.who.int/mediacentre/influenzaAH1N1_presstranscript_20090611.pdf
13 Ogos 2010. Swine flu advisers' ties to drug firms: Five WHO experts linked with vaccine producers. https://www.dailymail.co.uk/health/article-1302505/WHO-swine-flu-advisers-ties-drug-firms-Experts-linked-vaccine-producers.html
25 April 2020. Can We Trust the WHO?. https://www.globalresearch.ca/can-we-trust-who/5708576?fbclid=IwAR019QbhSuxQ696d1tiypmxO8lTb_yOzXvUUdIpYDGMzA554BVXuChKfttk
5 Februari 2010. Why The WHO Faked A Pandemic. https://www.forbes.com/2010/02/05/world-health-organization-swine-flu-pandemic-opinions-contributors-michael-fumento.html#67d7965c48e8
26 Januari 2010. PACE to prepare report on the handling of the Swine Flu pandemic. http://assembly.coe.int/nw/xml/News/News-View-EN.asp?newsid=2724&lang=2
24 Februari 2020. WHO says no longer uses "pandemic" category, but virus still emergency. https://www.reuters.com/article/china-health-who-idUSL5N2AO1BP
17 Feb 2020. World Health Organisation division tackling coronavirus underfunded and facing internal corruption allegations, audits reveal. https://www.abc.net.au/news/2020-02-17/coronavirus-who-underfunded-internal-corruption-allegations/11970382
31 Mac 2020. Virtual Meeting of Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) on Immunization: Declaration of Interests. https://www.who.int/immunization/sage/DOI_March_2020_pre_meeting.pdf
20 Mei 2020. YES! African Leaders Stand Up! Tanzania & Madagascar. Amazing Polly. https://www.youtube.com/watch?v=4M6JvzYMErA&feature=youtu.be
14 Mei 2020. Burundi expels WHO officials coordinating coronavirus response. Aljazeera AFP News Agency. https://www.aljazeera.com/news/2020/05/burundi-expels-officials-coordinating-coronavirus-response-200514081736704.html
16 Mei 2020. W.H.O offered $20million bribe to poison COVID-19 cure made by Madagascar – President Andry Rajoelina Claims. The Zambian Observer. https://www.zambianobserver.com/w-h-o-offered-20million-bribe-to-poison-covid-19-cure-made-by-madagascar-president-andry-rajoelina-claims/?fbclid=IwAR37C4XZe0cNpFDQSdXi-i7J8gMq6GwLmqyC5l7kAFlAV43GwOVBQjRw9e8
5 Mei 2020. Tanzania suspends laboratory head after president questions coronavirus tests. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-tanzania/tanzania-suspends-laboratory-head-after-president-questions-coronavirus-tests-idUSKBN22G295; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159899886637571&id=514882570
27 Mei 2020. The President of Tanzania has reportedly banned the use of face masks after noting that “face mask usage has caused anxiety among Tanzanians”. https://www.rtnnewspaper.com/2020/05/african-country-bans-face-masks-also-reopen-schools-and-shops/
15 April 2020. Covid-19: The World Health Organization (WHO) sets 6 conditions for ending a coronavirus lockdown. http://www.europe-solidaire.org/spip.php?article52950
13 April 2020. Testing, tracing, and when to lift restrictions: WHO’s latest advice. UN News. https://news.un.org/en/story/2020/04/1061642
17 April 2020. https://codeblue.galencentre.org/2020/04/17/moh-outlines-criteria-for-lockdown-exit-strategy/
16 April 2020. https://codeblue.galencentre.org/2020/04/16/covid-19-affects-mostly-elderly-malaysians-moh-targets-aged-care-homes/
15 April 2020. AWK News 4.15.20: An informed [awake] public holds all the keys. https://www.youtube.com/watch?v=OEV43nGwSX0&feature=youtu.be
16 April 2020. https://www.capitalfm.com/features/lady-gaga-concert-one-world-together-at-home-watch/ https://www.facebook.com/sgayatin/videos/10213837776096989/
LINK POST:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222080325295501&id=1183287947
[3-6, 2:21 AM] +60 17-214 7151: Catatan yang dikongsi-
"Kerana vaksin RNA membiarkan tubuh anda melakukan sebagian besar pekerjaan, mereka tidak memerlukan banyak bahan. Itu menjadikannya lebih cepat untuk dihasilkan. Walaupun begitu, ada kemungkinan: kita belum tahu pasti apakah RNA adalah platform yang sesuai untuk vaksin. Oleh kerana COVID akan menjadi vaksin RNA pertama di luar gerbang, kita harus membuktikan bahawa platform itu sendiri berfungsi dan juga mewujudkan kekebalan. Ia seperti membina sistem komputer dan perisian pertama anda pada masa yang sama. " ~ Bill Gates
"Dua teknologi baru ada dalam saluran pengujian COVID ketika kita berbicara: vaksin DNA dan RNA. Mereka tidak pernah dibebaskan untuk kegunaan umum. Teknologi DNA sebenarnya adalah terapi gen. Gen disuntik ke dalam badan, dan mereka secara kekal mengubah susunan genetik penerima dengan cara yang tidak diketahui.
Vaksin RNA akan membawa bahaya memicu reaksi autoimun, yang bermaksud tubuh pada dasarnya berperang melawan dirinya sendiri.
Vaksin yang sedang digunakan oleh pemerintah AS ... di bawah Institut Kesihatan Nasionalnya ... melalui syarikat ubat Moderna ... TIDAK PERNAH DIGUNAKAN DI AWAM SEBELUMNYA. IA TIDAK BERLESEN UNTUK PENGGUNAAN AWAM. VAKSIN RNA DAN TEKNOLOGI YANG MENGGUNAKANNYA ADALAH SELURUH EKSPERIMEN.
DAN INI ADALAH JENIS VAKSIN YANG DIBERI KEADAAN DALAM 90 HARI.
Apa yang mungkin berlaku di dunia ini?
Salah satu cara untuk mengetahuinya adalah dengan melepaskan berjuta-juta orang, berdiri kembali, dan melihat. " ~ Jon Rappoport
Adakah anda bersedia untuk keluarga dan anak-anak anda digunakan sebagai guinea pig dalam eksperimen kesihatan global terbesar yang pernah dilakukan?
*sumber di ambil dari wasap grouo
0 Ulasan