RUMAH TRADISIONAL NEGERI PERAK
Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar
Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang.
Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah atap rumbia.
Terdapat juga rumah Kutai yang tidak memiliki dinding pembahagi bilik, sebaliknya, menggunakan kain langsir sebagai pembahagi ruang bilik.
0 Ulasan