Blue Dragon dalam Perang Vietnam


Seramai 18,904 anggota dari 2nd Marine Brigade Korea Selatan (ROK) telah mula dikerah ke Vietnam pada Oktober 1965 sebagai sebahagian kontinjen ROK yang terlibat dalam Perang Vietnam.

Komposisi pasukan 2nd Marine Brigade yang dihantar ke Vietnam terdiri daripada :
3 batalion infantry;
1 batalion komposit artileri (meriam 105 & 155)
1 kompeni heavy mortar; dan
1 detashmen pengangkutan udara

Pasukan ini merupakan antara pasukan yang digeruni oleh pihak Viet Cong semasa Perang Vietnam, dimana komander VC pernah mengeluarkan arahan supaya terus berundur sekiranya bertembung dengan pasukan tersebut.

Hasil daripada kejayaan di medan perang, unit ini menjadi popular di ROK (ala-ala K-pop gitu) dan ramai yang ingin menyertainya, walaupun ada syarat setiap pegawai dan nco wajib berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun di Vietnam, dan 3 tahun bagi anggota lain-lain pangkat.

Pasukan ini ditarik keluar dari Vietnam pada 1971, dimana sepanjang tempoh 6 tahun 6 bulan tu, 37,304 anggotanya pernah ditugaskan di Vietnam (10% dari jumlah keseluruhan anggota tentera ROK yang pernah terlibat dalam Perang Vietnam).

Ikut rekod semasa Perang Vietnam seramai 1,076 anggotanya terkorban dan 2,884 tercedera.




Kredit Mazlan LZ
- Group Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan .

Catat Ulasan

0 Ulasan