"Renong"

#MengungkapLembaranZaman

Pada hari ini dalam tahun 1948, "Renong", sebuah kapal besi yang pertama dibuat di Tanah Melayu, dilancarkan di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth. Upacara pelancaran dilakukan oleh Mrs. A. V. Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap bagi Persekutuan Tanah Melayu, Mr. A.V. Aston.

Kapal seberat 295 ton dan berukuran 130 kaki panjang, direka oleh Syarikat Ritchie and Bisset dari Singapura dan mampu menampung berat muatan 250 ton serta memuatkan 146 orang penumpang termasuk kakitangan.

Kerja-kerja pembinaan kapal ini telah dimulakan sejak tahun 1941 tetapi tergendala apabila tentera-tentera Jepun menakluki Tanah Melayu. Pada 1947, kerja-kerja pembinaannya disambung semula sehingga kapal ini siap dilancarkan pada hari ini.

 Pelancaran kapal besi ini merupakan detik penting dalam perkembangan perhubungan dan perdagangan di Tanah Melayu khususnya di antara Pulau Pinang dengan negeri-negeri di Selatan Siam di sebelah Utara dan Sumatera di sebelah Selatan.






#butterworth
#perai
#kapal
#penang
#72th

Catat Ulasan

0 Ulasan