Sejarah Asia, [31.05.20 14:45] https://t.me/kisahsejarah/200
Kak sari, dpt info dr page FB Kesultanan 'Alam Melayu
Pada November 1511, Portugis berjaya menyiapkan kota berkubu yang dikenali A Famosa. Mengapa Portugis tergesa-gesa menyiapkan kota itu setelah baru sahaja menakluki pelabuhan Melaka pada bulan Ogos 1511 yang lalu?Jawapannya, kerana mereka tahu armada empayar Kesultanan Melaka tidak menyertai peperangan tersebut, dan mungkin akan kembali untuk menyerang.
Terdapat dua sebab mengapa armada laut Melaka tiada ketika kejadian.
Pertama, sebahagian dari mereka sedang bertugas meronda di perairan Riau-Lingga dan yang kedua, mereka menjalankan satu misi menyelamat yang telah saya huraikan dalam artikel “The Secret Treasure of King Masusa & King Mahamut”
Sebab itu sultan dan orang-orangnya boleh menyerang kembali kedudukan Portugis pada tahun seterusnya iaitu Julai 1512, diketuai oleh Laksamana Hang Nadim, dengan menggunakan armada tersebut. Namun pertahanan Portugis di Melaka begitu kuat dan Portugis telah mengawal ketat satu-satunya pertahanan terbesar pelabuhan Melaka yang rahsianya digunakan mereka ketika menakluk Melaka, iaitu jambatan Melaka.
Selama 129 tahun, orang-orang Melayu berperang, mengepung dan membuat serangan gerila ke atas kubu A Famosa. Dari sebuah kerajaan kecil yang sering berpindah-randah, yang dibina dari armada yang tidak sempat menyelamatkan Melaka, Kesultanan Johor berubah menjadi empayar yang menguasai sebahagian Sumatera, Singapura sehingga ke Pahang. Pengaruhnya sungguh besar sehingga menggerunkan Ayutthaya dan Johor pernah membantu Patani menewaskan Ayutthaya melalui bantuan jajahan Pahangnya.
Ini membuatkan Portugis hanya berkubu di dalam pelabuhan Melaka dan tidak meluaskan kuasanya ke seluruh semenanjung, seperti yang mereka lakukan di benua Amerika.
Antara peperangan yang berlaku selepas kejatuhan Melaka, yang objektifnya menyerang kedudukan Portugis di Melaka:
Julai 1512 -Serangan askar-askar Laksamana Hang Nadim .
Antara 1513 – 1518 – Serangan di bawah Sultan Mahmud,juga sekali lagi diketuai oleh Laksamana Hang Nadim.
1519 – Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma. Tiada serangan laut dicatatkan.
1520 – Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.
1577 – Johor membantu Acheh menyerang Portugis
1587 – Tentera di bawah arahan Sultan Ali menyerang Portugis di Melaka
1586-Orang Naning memotong bekalan makanan ke kota A Famosa, menyebabkan Portugis kekurangan bekalan makanan.
Selain itu, terdapat kerajaan-kerajaan nusantara lain yang menyerang kedudukan Portugis di Melaka seperti:
1513-Serangan dari Jepara dan Palembang.
1513-1521-Demak di bawah Pati Yunus menyerang Portugis. Armada paling besar dengan 375 kapal perang pada 1521.
1550 dan 1573-Serangan Jepara di bawah Ratu Kalinyamat. Armada terbesar adalah 300 kapal perang pada 1573. Ketika mereka membuat kem di darat berdekatan dengan pelabuhan Melaka, Portugis menyerang armada itu dan sebahagian kapal-kapal terbakar dan ini mengucar-ngacirkan tentera Jepara.
Kerajaan Aceh, juga antara yang komited menyerang Portugis:
1537 dan 1547 – Sultan Alauddin al-Qahhar telah menyerang Portugis di Melaka.
1564 – Sultan Alauddin telah bersahabat dengan Turki dan mendapat bantuan 500 meriam untuk menyerang Portugis, namun serangan tersebut terburu-buru kerana ketika ini Johor menjalinkan hubungan win-win situation dengan Portugis.
Okt 1573 – Sultan Ali Riayat Shah iaitu anak Sultan Alauddin al-Qahhar yang mangkat pada 1571 telah menyerang Portugis.
1578 – Acheh menyerang Portugis.
1587 – Acheh sekali lagi menyerang Portugis
1607-Di bawah sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah mengerahkan 236 kapal dan 20000 askar untuk mengepung Melaka selama 5 bulan dan hampir menakluk Melaka, namun gagal di saat akhir apabila Pahang membantu Portugis dengan menyerang kedudukan Acheh di bawah arahan Sultan Abdul Jalil Shah III iaitu Sultan Johor-Pahang pada masa itu. Pasukan Acheh berundur pada Mac 1629. Ketika ini adalah era Perang Tiga Segi, yang mana ketiga-tiga pihak, iaitu Johor, Acheh dan Portugis saling memperguna dan menyerang dalam permainan politik yang tidak menentu.
Jika kita lihat, kesilapan mereka dalam menyerang Portugis adalah kerana mereka tidak bersatu dan serangan yang tidak serentak. Kemudian,mereka hanya menyerang dari arah laut, dan ini memang kelebihan ke atas kota pelabuhan Melaka. Mereka tidak mengambil iktibar betapa kelam-kabutnya Portugis apabila bekalan makanan mereka disekat oleh orang Naning, yang hanya berjumlah 2000 orang sahaja.
Namun, semua kesilapan ini dipelajari oleh Johor yang kini semakin besar dan menjadi sebuah empayar yang kaya. Johor mula membina kapal-kapal perang yang dikenali sebagai geliung Johor yang nantinya akan digunakan untuk menyerang Portugis.
_“My ancestor was a dato, our laksamana, high admiral, of his Highness’s fleet. His galley was built of burnished teak, the lining of its cabin was of sandalwood, algum wood your Bible calls it, and the turret in its stern was covered with plates of solid gold. You will find record of it to this day in the state papers of Acheh…”_
Politik di Selat Melaka memasuki corak dan rentak baru apabila Belanda mula ghairah ingin menguasai perdagangan rempah di Selat Melaka. Untuk itu pada April 1606, Belanda telah menghantar 3 armada yang terdiri dari 11 kapal iaitu:
1) Oranje
2) Nassau
3) Middelburg
4) Witte Leeuw
5) Zwarte Leeuw
6) Mauritus
7) Grote Zon
8) Amsterdam
9) Kleine Zon
10) Erasmus
11) Geuniveerde Provincien
…untuk merampas pelabuhan Melaka dari tangan Portugis. Mula-mula sekali Belanda menghantar komandernya Matelief de Jonge, untuk menghadap Sultan Johor ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III, untuk memberitahu tujuan mereka menyerang Portugis di Melaka. Nampaknya Belanda telah lama mengkaji politik di Selat Melaka sebelum bertindak menyerang Portugis. Dalam pertemuan itu, Belanda berjanji tidak menganggu orang-orang Islam di dalam wilayah pengaruh empayar Johor tidak seperti Portugis yang membawa semangat Perang Salib. Belanda juga berjanji tidak mengacau kepentingan Johor di Selat Melaka. Belanda juga meminta Johor tidak menyerangnya, dalam ertikata lain, berada di sebelah Belanda atau bersahabat dengan Belanda.
Namun anehnya, pertempuran kali ini,orang Melayu tidak melibatkan diri. Nampaknya sultan Johor ingin sekali melihat adakah Belanda berseorangan mampu menewaskan Portugis yang berkubu di dalam Kota Melaka, tanpa apa-apa pengkhianatan sebagaimana yang berlaku ke atas orang-orang Melaka dahulu.
Portugis menyedari bahaya yang datang dengan kemaraan armada perang Belanda itu, jadi pada Ogos 1606, Don Martin d’Alphonso de Castro, laksamana Portugis telah memimpin 20 buah kapal perang dan mereka bertemu dengan armada Belanda pada 16 Ogos 1606 di Tanjung Tuan, Melaka.
Kapal-kapal Portugis yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
1) Nossa Senhora da Conceição
2) São Simeão
3) São Salvador
4) Nossa Senhora das Mercês
5) Todos os Santos
6) São Nicolau
7) Santa Cruz
8) Dom Duarte de Guerra’s galleon
9) Antonio
Pertempuran bermula dengan begitu sengit dan kapal-kapal yang terlibat mula membedil di antara satu sama lain dalam pertarungan berdarah.
Namun selepas berperang beberapa hari, akhirnya armada Belanda terpaksa berundur atas beberapa sebab. Ini sangat memalukan Belanda apabila tewas kepada Portugis dan ini akan menyekat hasratnya untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.
Perkara ini telah menyedarkan Belanda, bahawa jika ingin menewaskan Portugis di Melaka, mereka mesti membuat satu perjanjian yang lebih serius dengan Empayar Johor-Riau.Maka pada September 1606, Belanda sekali lagi menghadap Sultan Alauddin Riayat Shah III dan memperbaharui perjanjian 17 Mei 1606, untuk meminta Johor sama-sama menyertai peperangan.Ini menunjukkan Belanda benar-benar mahukan bantuan sekutu yang kuat seperti Empayar Johor untuk mengalahkan Portugis yang telah memalukan mereka dalam pertempuran yang lepas.
Sultan akhirnya bersetuju dan pada Jun 1640, armada kedua-dua pihak menghampiri pantai Melaka dengan kekuatan:
Belanda
1) 1500 askar laut (kemudiannya bertambah kepada beberapa ratus orang)
2) 12 kapal perang frigate,East Indiamen dan ship-of-the-line.
3) 6 kapal kecil sloop
Empayar Johor-Riau
1) 1500 askar laut
2) 10000 askar berjalan kaki
3) 40 kapal perang geliung Johor
Kekuatan Portugis pula di A Famosa, Melaka:
1) 500-1000 askar laut Portugis
2) 200 askar upahan Eropah
3) 50 askar Portugis di pos kawalan
4) 300 askar casados
5) 3000 askar mesticos
6) 14-20 kapal perang carracks,galleon dan caravel
Populasi dalam kota A Famosa: 20000 yang bercampur antara Eurasian dan sejumlah kecil orang-orang tempatan seperti orang Melayu. Majoriti orang Melayu tidak tinggal di dalam kota, tetapi di kampung-kampung sekitarnya, yang dipaksa oleh Portugis untuk membekalkan bekalan makanan kepada A Famosa.
Serangan ke atas kubu A Famosa bermula pada Jun 1640 dengan perintah Antonio van Diemen, Gabenor Jeneral di Batavia dengan kepercayaan kepada pengalaman Sergent Major Adrian Antonissoon. Dua belas kapal dan enam bot yang dibentuk dalam setengah bulan pun mengepung pantai untuk memotong bekalan, dan memantau tembakan meriam Portugis.
Dalam peperangan itu, askar-askar Johor berjalan kaki telah memusnahkan sawah padi, buah-buahan dan kebun sayur-sayuran di Melaka dan mengarahkan penduduk kampung jangan membekalkan makanan ke dalam kota. Manakala di laut, armada Johor mengawal pintu masuk ke Selat Melaka dari dua arah ; untuk menghalang mana-mana bantuan sama ada dari Goa mahupun dari para pedagang yang tidak boleh dipercayai. Ini memburukkan lagi kedudukan Portugis di Melaka. Nampaknya orang-orang Melayu telah banyak belajar dari lebih satu abad peperangan dengan Portugis
Selepas beberapa lama berperang dan mengepung, akhirnya pada 14 Januari 1641, 650 askar Belanda telah mara di kubu S. Domingos dari kota A Famosa dan membuat serangan nekad. Kubu S. Domingos jatuh dan kemudian berturut-turut, benteng-benteng lain juga telah dapat dimasuki oleh askar-askar Johor yang menyerang dari arah belakang. Kubu kebal A Famosa akhirnya ditewaskan, sekali gus menamatkan 130 tahun pemerintahan Portugis di Melaka.
Askar-askar Johor melihat apa yang berlaku di dalam Kota Melaka, yang dahulunya, pada 130 tahun yang silam adalah pelabuhan antara terkaya di dunia. Mereka pun membunuh askar-askar Portugis yang masih tinggal, mengamuk dengan keris dan pemuras masing-masing. Namun, mereka membiarkan wanita, kanak-kanak dan lelaki awam yang tidak berdaya akibat kebuluran dan mereka semua dikumpulkan di satu tempat, yang kemudiannya membentuk perkampungan Serani Portugis di Melaka pada hari ini.
Kemudian, Johor menyerahkan sahaja A Famosa kepada Belanda dengan senang hati. Belanda yang tidak mengesyaki apa-apa tidak tahu percaturan Sultan Johor ketika itu yang sebenarnya sedang membina pelabuhan di Riau, lama semasa Melaka masih di bawah Portugis. Beberapa lama kemudian,Riau menjadi pelabuhan yang sibuk dan Johor membuka perdagangan untuk semua kapal dan ini sedikit sebanyak menjejaskan perdagangan Belanda di Melaka. Belanda kemudian berkira-kira untuk membangunkan Batavia, di Jawa.
Pada tahun 1670, Balthasar Bort yakni Gabenor Belanda di Melaka telah mengarahkan renovasi bagi gerbang A Famosa yang terkenal itu. Penambahan pada simbol dan jata pada bahagian hadapan gerbang tersebut, dengan menghapuskan lambang Portugis dan menggantikan dengan jata VOC iaitu Syarikat Hindia Timur Belanda. Pada bahagian atas jata VOC, beliau mengarahkan tukang-tukang ukir memahatkan lambang keris bersilang dengan pedang,lambang armada Empayar Johor-Riau.
Pada tahun 1778 pula,penguasa Belanda di Melaka pada masa itu,Pieter Gerardus de Bruijn telah mengeluarkan duit syiling kolonial Belanda di Melaka dengan mengukir lambang VOC dikelilingi kod cypher yang aneh,yang merujuk kepada empayar Johor-Riau.Huruf-huruf ‘I’,’O’,’O ‘merujuk kepada ‘IOHO’ iaitu Johor
Lambang keris bersilang dengan pedang ini kemudiannya diwarisi oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau Royal Johor Military Force. Belanda mengukir lambang armada empayar Johor-Riau di atas jata VOC adalah untuk mengenang sekutu mereka dalam peperangan yang dasyat
https://www.facebook.com/100006817051118/posts/2748847645352444/?sfnsn=wa&d=w&vh=i
0 Ulasan