Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa, penulis pertamanya tak diketahui tetapi menerima arahan dari Sultan Mu'adzam Shah (1179-1201). Hikayat ini ada 9 versi dan versi asal kepunyaan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ll.

Captain James Low telah menjadikan naskhah ini sebagai sumber salinan pertama pada tahun 1820-an.

Ada dua naskhah salinan Von de Wall No. 201 yang dahulunya tersimpan di Perpustakaan Muzium Pusat Jakarta tetapi telah hilang dan tidak diketahui.

Naskhah Ms. Maxwell 16 yang berada dalam koleksi manuskrip Melayu kepunyaan Maxwell, kini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London iaitu versi keempat yang telah disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti, di Pulau Pinang.

Versi kelima dikenali sebagai Ms. Maxwell 21 yang mungkin disalin pada tahun 1884 di Singapura dan disimpan bersama Ms. Maxwell 16 di London.

Versi keenam hikayat ini diberi judul " Sejarah Negeri Kedah " yang tersimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, London.

Versi J.K. Wilkinson yang bercap batu, dicetak di Pulau Pinang dalam tulisan jawi oleh Muhammad Yusuf bin Nasaruddin pada 16 November 1898 bersamaan 2 Rejab 1316 Hijrah, merupakan versi ketujuh.
[ Versi yang digunapakai oleh pengkaji di Malaysia ]

Seterusnya, versi kelapan yang diedit oleh A.J. Sturrock dan diterbitkan dalam jurnal JRASSB, bil 72. pada bulan Mei 1916 bertulisan rumi.

Versi yang digunakan oleh Van Ronkel untuk diterangkan dalam katalognya adalah versi tersendiri dan boleh juga dianggap sebagai versi kesembilan.


https://t.me/kisahsejarah/199






Catat Ulasan

0 Ulasan