Ada
sesiapa yang tidak kenal dengan Mat Kilau ? Haah.. tak kenal... ish.. ish. Kalau
tak kenal nanti saya kenalkan serba sedikit. Beliau dilahirkan pada tahun
1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok
Gajah @ Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.
Mat Kilau
berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong
dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada
ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru
kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di
Terengganu. Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak
mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat
untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh. Mat Kilau
merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang, pantang menyerah kalah walau
nyawa menjadi galang ganti.
Oleh
kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa
bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan
dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam.
Akhirnya
pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa
bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu. Tepat jam 10.30 pagi hari
Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke
rahmatullah ketika berusia 122 tahun. Moga-moga Allah memberkati roh beliau dan
dimasukkan ke dalam golongan syuhada.
Berikut adalah antara amalan-amalan yang pernah beliau
miliki:
Amalan
1 : Untuk Kebal (Aman dari Senjata Musuh)
Bismillah Lam Zat Kam
sifat Lam Ghat
rohku jaga-jaga
Ya Hu Ujud Allah
Ya Hu Rahimallah
Ya Hu sifat Allah
Ya Hu Ya
Allah hai Jibril Israfil Izrail Mikail
adangkan aku selitkan nyawa di dalam
kandang Laila
Hail LaAllah binasa Allah binasa aku tiada binasa Allah tiada
binasa
Aku menyelamatkan aku Allah Muhammad bersertaku dengan berkat
Laila Hail
LaAllah Ahlikum Nabaz si berkat besi sampai semua yang bernyawa tidak dapat
menentang mataku aku berdiri di dalam kandang
Laila Hail LaAllah dengan berkat
guru-guruku
Laila Hail LaAllah
Amalan
2 : Ilmu Limunan (Menghilangkan Diri dari Penglihatan Musuh)
Wa Atbaaka Palaka Kun
suaraku Kairun rahsiaku hai alam akulah yang bernama Nakad yang tiada berlawan
Satakun AH AH AH Sumun Bukmum Bania Bikum (3 kali) Ah lenyap aku di dalam zat
Allah Ah hilang aku di dalam zat Allah Ah senang aku di dalam zat Allah Ah
ghaib aku di dalam badan Zat Allah yang tiada bersifat AH AH AH HU
Amalan
3 : Untuk Kuat dan Gagah
Hai Besi Putih Besi Khursani Besi Pelilit di
pinggangku Kuat aku seperti Saidina Ali Gagah aku seperti Saidina HamzahAlhamdu,
Alhamdu, AlhamduJangan engkau makan hati yang putihEngkau makan darah dan
dagingJikalau engkau makan hati yang putihDerhaka engkau kepada Allah,Hai
Kaddam KuddimKeluarlah engkau daripada tempat yang jahatKe tujuh petala langit
dan ke tujuh petala bumiKeluarlah engkau daripada tempatnyaBerkat doa Lailaha
Illallah Muhammad rasulullah(Catatan : ibu jari pegang buah pinggang, urut ke
depan tiga kali)
Amalan
4 : Pendinding Diri dan Meringankan Badan
Khursani menggantikan dirikuKhursani
menggantikan nyawakuAlung memaling badanku yang menjadikan Nabi AdamMustajab
bagiku siang dan malam dengan berkat doaLaila Hail LaAllah
Nusantara
telah dijajah selama beratus tahun dan kemudian dipecah dan dipisah-pisahkan
menjadi beberapa negara yang berasingan dengan tujuan untuk melemahkan
orang-orang Melayu. Mereka menyusun strategi untuk melemahkan Melayu kerana
mereka dapat tahu (dari teks-teks silam) bahawa orang-orang Malai ini akan
sekali lagi menjadi pemimpin atau peneraju dunia di akhir zaman.
Mereka
jajah kita dan telah berjaya melaksanakan apa yang mereka harapkan. Kini,
walaupun banyak negara yang terjajah ini sudah merdeka, rakyatnya masih berada
dalam keadaan yang mundur dan minda mereka terus dijajah. Kami mahu kisah
kepahlawanan Mat Kilau ini menjadi input yang dapat menyedarkan kita betapa
perlunya kita sentiasa peka dan sentiasa bersedia untuk menangkis
ancaman-ancaman yang datang dengan menggunakan berbagai bentuk kebijaksanaan
atau hikmah.
Saya
paparkan juga amalan-amalan Mat Kilau bagi memberi kesedaran kepada kita semua
bahawa kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan jangan leka dibuai oleh
segala macam godaan yang sengaja disebarkan secara meluas oleh Barat agar kita
terus lemah dan mengagungkan mereka. Amalan Mat Kilau yang dicatat di atas itu
termasuk dalam ‘ilmu perang’ orang-orang Melayu zaman dahulu. Ia dicatat untuk
menambah pengetahuan saja. Sekiranya anda mahu menuntut ilmu kepahlawanan,
carilah guru-guru yang berkelayakan. Di Nusantara ini terdapat semakin ramai
pahlawan Melayu yang tinggi ilmunya, dan pada pendapat saya, ciri kepahlawanan
ini akan terus wujud dan subur di kalangan bangsa Melayu, selagi bangsa Melayu
masih bernafas.
Bagi
anak-anak muda Melayu, eloklah ambil tahu mengenai sejarah pahlawan Melayu.
Sebagai salah satu contoh, Panglima Salleh (Kiyai Salleh) di Batu Pahat, Johor(
ada pertalian saudara dengan saya) adalah merupakan seorang pahlawan Melayu
yang tidak patut dilupakan begitu saja. Mudah-mudahan artikel ini dapat
membangkitkan kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya kita berada dalam
keadaan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tuntutlah ilmu
pengetahuan di berbagai bidang (bukan ilmu kepahlawanan saja) untuk membolehkan
bangsa Melayu sentiasa berada di depan dan disegani.
Misi
ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.aljitrawiy
.
#melayu
#tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri
#konspirasi #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #akhirzaman #dajjal #oneeye
#freemason #illuminati #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral
#global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi
.
0 Ulasan