Jawapan dari Imam Hakimi di Masjid Bandar Utama ialah :
Doa nombor 1 hingga 5 adalah doa minta diqabulkan ( istajab ) maka disambut 'Aamin' oleh makmum.
Lafaz nombor 6 hingga nombor 10 dibaca perlahan oleh Imam sebagai 'jalan selamat' agar makmum tidak mengaminkan, tetapi menyebut 'haqqan' yakni 'benar' kerana ia nya bukan diminta qabulkan / ista'jab tetapi kenyataan.
Seterusnya nombor 11 hingga 12 dibaca Aamin semula kerana ia nya permintaan untuk diqabulkan.
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bacaan Doa Qunut (Latin)
Allah hummah dinii fiiman hadait.
1)--Aamin
Wa'aa finii fiiman 'aafait.
2)---Aamin
Watawallanii fiiman tawal-laiit.
3) -Aamin
Wabaariklii fiimaa a'thait.
4)-Aamin
Waqinii syarramaa qadhait.
5)-Aamin
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha 'alaik.
6) Imam baca perlahan.
Makmum sebut Haqqan( benar )
Wainnahu laayadzilu man walait.
7) Haqqan
Walaa ya'izzu man 'aadait.
8) Haqaan
Tabaa rakta rabbanaa wata'aalait.
9) Haqqan
Falakalhamdu 'alaa maaqadhait.
10) Haqqan
Astaghfiruka wa'atuubu ilaik.
11) Aamin
Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi. Wa'alaa aalihi washahbihi Wasallam.
12) Aamin
••••••••••••••••••••••••••••••••••
ERTINYA
1) Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan.
2) Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
3) Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
4) Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
5) Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
6)Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
7) Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
8) Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
9) Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
10) Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
11) Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
12) (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Moga bermanfaat
0 Ulasan