Penderma
pesawat Malaya No. 36 tersebut, iaitu John Archibald Russell, menjalankan
perniagaan perlombongan, perladangan, kontraktor binaan dan agen hartanah yang
berpusat di Kuala Lumpur. Syarikat beliau iaitu J.A. Russell & Co Sdn Bhd
masih wujud hingga kini dengan aktiviti perladangan teh jenama "Boh"
di Cameron Highlands.
Walaupun
Perang Dunia Pertama adalah konflik global antara kuasa-kuasa besar Eropah,
ianya mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat Semenanjung Tanah Melayu akibat
peningkatan cukai, sekatan perdagangan, dan pembuangan kerja akibat kejatuhan
ekonomi.
Sumber
gambar dari "Souvenir of Ninety-Four (Australian and Malayan) Gift
Battle-Planes which helped us to Victory, August 4th, 1914 to November 11th,
1918" oleh C. Alma Baker.
0 Ulasan