Mahkluk Gergasi dari Patagonian .


MITOS PATAGONIA .


Gambaran sebuah Peta lama dipercayai telah dihasilkan  semasa abad ke-16, dan didalam peta era Reinassance ini mengandungi perincian mengenai sebuah Mitos yang didakwa iaitu ,sememangnya wujudnya sebuah kaum gergasi  yang memiliki susuk tubuh fizikal yang sangat besar dan tinggi melebihi dua atau tiga kali ganda jika dibandingkan dengan saiz susuk tubuh manusia dewasa yang biasa  .

Ini kerana kaum gergasi Patagonia ini dianggarkan memiliki susuk tubuh yang mampu mencapai dengan melebihi ukuran ketinggian 9 kaki dan telah lama  mendiami sebuah penempatan mitos yang dinamakan sebagai Tanah Patagonia. 

Permulaannya ,Seorang pelayar Eropah yang terkenal semasa era Golden Ages Eropah  , Ferdinand Magellan telah pertama kali menulis perincian gergasi Patagonia ini didalam buku jurnal peribadi pelayarannya mengenai  gergasi dari Patagonia .

Dan dia menulis lagi bahawa gergasi Patagonia ini adalah terdiri daripada dua jantina berlainan iaitu jenis lelaki dan perempuan .

Dia menulis laporan ini didalam buku jurnalnya ketika dia sedang melakukan satu perjalanan belayar merentas lautan luas semasa tahun 1522 dahulu .

Faktor yang mendorong Beliau menulis laporan mengenai raksasa gergasi dari Patagonia ini kerana ,Ferdinand telah mendakwa bahawanya dia sendiri yang telah menyaksikannya penemuan entiti gergasi tersebut dari sudut penampakan susuk tubuh badan gergasi Patagonia  ini bukan sekadar  sekali penemuan pertamanya sahaja ,malah Ferdinand telah turut juga memberitahu beberapa kali penemuan susulannya seperti yang tertulis didalam buku jurnal perlayarannya ini .

Misi pencarian gergasi Patagonia oleh kumpulan Ferdinand ini selama penjelajahan pelayarannya selama beberapa tahun bertujuan hanya semata mata demi ingin mengesan dan merungkaikan tentang kewujudan mahkluk gergasi Patagonia ini yang telah berlanjutan sehinggalah berakhir pada tahun 1766 .

Namun kajian pencarian gergasi Patagonia ini terhenti semasa misi pelayaran Ferdinand dahulu ini kerana selepas beberapa tahun kemudian , misi ini diteruskan semula pencarian dan kajian kewujudan gergasi Patagonia ini oleh John ‘Foul-Weather Jack’ Byron bersama dengan krew kapal anak anak  kapal pelayaran mereka iaitu HMS Dolphin .

Mereka telah mendakwa semasa misi pencarian gergasi Patagonia di lokasi yang dikesan didalam peta Ferdinand dahulu ,mereka juga turut berjaya dapat mengesan dan menjumpai kewujudan  susuk tubuh gergasi Patagonia ini semasa didalam misi pelayaran mereka pelayaran mereka disepanjang pesisiran pantai  yang terdapat disepanjang  kawasan pantai benua Amerika Selatan dahulu .

Kenyataan pihak mereka masing masing ini telah berjaya mendapat sokongan oleh Matthew Maty, seorang setiausaha kepada Persatuan Diraja Britain, yang menulis dalam suratnya kepada Akademi Sains Perancis dengan memberitahu bahawa "Kewujudan gergasi Patagonia ini sememangnya disahkan".





#HISTORYLEAKS

Catat Ulasan

0 Ulasan