KAMPUNG PETANI/PATANI (Ditengah pusat bandar Kuala Terengganu)

PENGHIJRAHAN DAN PENEMPATAN  MASYARAKAT MELAYU PATANI

Penghijrahan berperingkat masyarakat Melayu Patani (MP) ke Kuala Terengganu adalah didorong oleh faktor-faktor tertentu seperti hubungan politik , agama dan ekonomi. Proses kemasukan ini adalah merangkumi beberapa tahap status sosial tennasuklah golongan diraja dan kerabatnya, ahli agama dan juga rakyat jelata. 

Sumber sejarah Terengganu sendiri telah mengemukakan bagaimana kisah kedatangan lapan puluh keluarga Melayu Patani yang mengiringi Tun Zainal Abidin ke Terengganu untuk ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Tanjung Baharu, Kuala Berang pada l702M.

Rombongan tersebut telah mendirikan sebuah perkampungan berhampiran dengan kawasan istana (Bukit Keledang) iaitu dikenali sebagai Kampung Petani/Patani yang kekal sehingga ke hari ini.' Namun sewaktu Tun Zainal Abidin berada di Patani, beliau telah berkahwin dengan saudara sepupu Phra Nang Chao Yang iaitu Nang Rugayah dan kemudiannya bergelar Che Puan Besar. 

Pusat pemerintahan di Tanjung Baharu tidak berkekalan dan ianya berpindah pula ke beberapa tempat lain iaitu ke Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga dan akhirnya di Bukit Keledang (Kota Lama).

Terengganu telah lama menjalin hubungan dagangan dengan Patani'. Terengganu pernah mengimport garam dan lain-lain hasil daripada Patani. Malah ramai daripada para pedagang Melayu Patani yang menjalankan kegiatan ekonomi di Terengganu terus menetap di sana sepertimana di Pengkalan Maras dan lain-lain tempat. 

Pada hakikatnya Patani telah mengalami pertempuran dengan Siam sebanyak ll kali. Peperangan demi peperangan yang berlaku ini telah secara langsung mendorong ramai masyarakat Melayu Patani berhijrah ke seluruh pelusuk nusantara dan Asia Barat. Ianya termasuklah Semenanjung Tanah Melayu, Betawi, Sulawesi Selatan, Kalimantan Barat, Kepulauan Riau, Siak Seri Inderapura, Jambi, Acheh, Brunei, Makkah, Mesir dan Turki* 

Pengalaman ini turut dialami oleh Syeikh Daud al-Fatanis dan para pengikutnya yang terpaksa berundur dari medan jihad menentang pihak Siam. Beliau bersama pengikutnya telah berundur ke Pulau Duyong untuk menyusun strategi° Manakala kedatangan kelompok rombongan ahli keluarga Tuk Syeikh Qadi (bapa Tuk Syeikh Duyong) ke Pulau Duyong berlaku selepas daripada peristiwa huru-hara akibat perselisihan di antara Datuk Pengkalan Raja Patani dengan Panglima Dajang pada l8O8M.

Datuk Pengkalan Raja telah mengalami kekalahan teruk dan turut terkorban di tangan Panglima Dajang (pembesar keturunan Siam) yang dibantu sepenuhnya oleh tentera Siam di Ligor ( di bawah pimpinan Pya Kalahom). 

Nasib yang dialami oleh Datuk Pengkalan Raja tersebut telah menyebabkan para pembesar dan ramai rakyat jelata lari menyelamatkan diri ke selatan. Mereka yang terlibat ini termasuklah keluarga Tuk Syeikh Qadi (Wan Mohd Amin bin Wan Yaacub). Tuk Syeikh Duyong yang masih kecil pada ketika itu turut dibawa bersama ke Kelantan, namun desakan Siam yang mahu mereka menyerah din' menyebabkan sekali lagi mereka berhijrah ke Terengganu. Mereka terus memohon perlindungan daripada Sultan Terengganu (Baginda Sultan Omar) sejurus selepas sampai ke sanas Peperangan yang dahsyat juga pemah berlaku pada 30 Mac 1832 antara orang-orang Melayu Patani yang dibantu oleh orang Melayu dari Terengganu dan Kelantan dengan pihak Siam. Walaupun demikian, pihak orang Melayu Patani mengalami kekalahan dan sewaktu pengunduran angkatan sokongan dan' Kedah, Kelantan dan Terengganu, tentera Siam telah mengambil kesempatan menyiksa umat Islam di Patani. Malah daripada 54,000 orang penduduk bandar Patani yang dirundung malang itu, terdapat seramai 6,000 orang yang telah dibawa ke Bangkok sebagai tawanan perang sedangkan 4,000 orang yang berjaya menyelamatkan diri telah berhijrah ke negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Langkat di timur Sumatera dan seluruh Kepulauan Nusantara? Antaranya termasuklah pemerintah Patani dan ahli keluarganya yang telah melarikan diri ke Kelantan, manakala pemerintah Reman dan Nongchik pula ke Perak." ' 

Dalam pada itu, rantai panglima-panglima perang Patani yang berlindung di Kelantan dan Terengganu. Sultan Terengganu (Sultan Mansur Syah) pada masa itu telah didesak oleh Chao Phraya Phra' Khlang supaya menyerahkan panglima Patani yang berlindung di Terengganu, iaitu Panglima Muhammad, Panglima Danüt, Panglima Ahmad dan Panglima Pik kepada Siam. Pada awalnya, Sultan Terengganu berkeras tidak mahu menyerahkan panglima-panglima tersebut kepada Siam, tetapi terpaksa akur dengan tuntutan itu apabila pihak Siam menghantar sebuah kapal perang ke perairan Terengganu.

" Terdapat seorang lagi tokoh ulama yang datang bersama-sama dengan Tok Syeikh Qadi iaitu Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas”. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim (Tuk Wan Derahiml" 
Pada peringkat awalnya, beliau dan keluarganya telah berhijrah bersama dan telah menetap buat sementara waktu di Kampung Patani sebelum berpindah ke Bukit Bayas." Akhirnya generasi beliau turut berkembang di Bukit Bayas hingga ke hari ini.

POLA PENEMPATAN 

Penempatan awal masyarakat Melayu Patani di Kuala Terengganu bukan sahaja di Pulau Duyong, Chabang Tiga/Losong, Bukit Bayas, malah juga di Kampung Petani ( sebenarnya Kampung Patani) yang bertempat di pusat bandar Kuala Terengganu. Berdasarkan kepada peta yang terlampir, pola penempatan masyarakat Melayu Patani pada peringkat awalnya mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu. 

Faktor-faktor yang terlibat ialah status mereka dalam masyarakat pada masa itu iaitu sama ada mereka merupakan golongan diraja dan kaum kerabatnya ataupun para ulama dan cendekiawan sehinggalah kelas rakyat bawahan. Faktor pemilihan kawasan penempatan adalah tidak jelas pada peringkat awalnya. Namun demikian, perpindahan pusat pemerintahan dari Tanjung Baharu ke Bukit Keledang dapat menjelaskan bahawa kawasan yang strategik dan sesuai adalah penting untuk dijadikan ibu negen'. Oleh yang demikian, barangkali Sultan Zainal Abidin I telah melihat bahawa Kuala Terengganu lebih berupaya memainkan peranan yang penting ke arah itu. Pada masa itulah pengiring-pengiringnya yang terdiri daripada masyarakat Melayu Patani terus menetap dan membina sebuah perkampungan berdekatan Bukit Keledang iaitu Kampung Petani. 

Adalah berkemungkinan bahawa pada masa tersebut kawasan penempatan di Kuala Terengganu masih mempunyai ruang yang mereka boleh memilih satu kawasan yang luas untuk dijadikan penempatan baru. lni adalah kerana sebagai kaum pendatang, mereka mungkin merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk terus menetap di kawasan yang telah dihuni oleh ramai penduduk tempatan. Unsur identiti dan proses penyesuaian ini seolah-olah menjadi suatu kriteria kepada mereka sama ada mudah ataupun sukar untuk melalui proses sedemikian. Pada peringkat pertama, sewaktu Sultan Zainal Abidin I bertolak dari Patani dan seterusnya ditabalkan di Tanjung Baharu ( Kuala Berang) pada 1702, baginda diiringi oleh sejumlah 80 kelamin masyarakat Melayu Patani. 

Kemudiannya, baginda berpindah pula ke tempat yang lain iaitu Langgar, Pulau Manis, Chabang Tiga dan akhimya ke Bukit Keledang (Kota Lama). Manakala pengikutnya yang terdiri daripada 80 kelamin masyarakat Melayu Patani itu telah mendirikan suatu perkampungan yang dinamakan sebagai Kampung Petani/Kampung Patani yang berdekatan dengan istana Sultan. Namun demikian, tidak ada sumber yang menyatakan bahawa pengiring Sultan Zainal Abidin tersebut adalah terdiri daripada kerabat diraja Patani, kelas pertengahan atau kelas bawahan. Pada peringkat kedua pula, penghijrahan kumpulan Tok Sheikh Qadi dan Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas ke Pulau Duyong pada 1832 . 

Kedatangan mereka ini adalah disebabkan oleh faktor pergolakan politik di Patani. Tetapi sebelum itu Sheikh Daud Fatani juga pernah berundur dari medan perang di Patani ke Pulau Duyong, Oleh yang demikian, berkemungkinan bahawa Pulau Duyong sememangnya telah dijadikan asas tapak yang ditinggalkan oleh Sheikh Daud Fatani dan kemudiannya disusuli pula oleh kelompok Tok Sheikh Qadi yang menghadapi masalah yang sama di tempat tersebut. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa pola dan juga bentuk penghijrahan masyarakat Melayu Patani ke Kuala Terengganu pada masa itu adalah secara berkelompok dan berkumpulan. Pola penghijrahan seumpama ini berlaku semasa pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Tanjung Baharu hingga ke Kota Lama, keluarga dan pengikut Syeikh Daud Patani, Tok Syeikh Qadi dan Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas. Kelompok masyarakat Melayu Patani yang bam datang pula menunjukkan pola yang berbeza dengan penghijrahan yang tidak teratur dan terancang. 

Fenomena ini menyebabkan kehadiran dan pola kedudukan mereka di Kuala Terengganu adalah berselerak dan tidak berfokus pada kawasan tertentu. Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, didapati bahawa kebanyakannya mula berhijrah dan merantau ke Terengganu pada awal tahun 1980 ~ an. Penghijrahan ini meliputi dua peringkat iaitu mereka yang berhijrah terus ke Terengganu dan ada yang mulanya singgah di Kelantan sebelum ke Kuala Terengganu. Sekiranya motif penghijrahan masyarakat Melayu Patani pada peringkat awalnya adalah kerana faktor politik, tetapi pada waktu ini motif tersebut telah mula berubah kepada ekonomi. Walaupun bukan kesemuanya berhijrah ke Kuala Terengganu pada awal dekad yang lepas ini mempunyai motif yang sama, terdapat juga sebilangan daripada mereka yang merupakan pelarian politik. Secara umumnya dapat dirumuskan bahawa faktor penolak iaitu perkembangan semasa dalam negeri atau tanah air sendiri amat mempengaruhi motif atau tujuan penghijrahan mereka ke suatu tempat yang lain. Kebanyakannya menyewa rumah dan menjalankan perniagaan sendiri. 

PERKEMBANGAN PENEMPATAN 

Kedua-dua keturunan Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas dan Tok Syeikh Duyong telah menyebar ke merata kawasan di Kuala Terengganu termasuklah Pulau Duyong dan Bukit Bayas sendiri serta lain-lain tempat seperti di Chabang Tiga, Losong, Bukit Besar dan Tanjung. 

Perkembangan Penempatan Awal di Kampung Patani Penempatan paling awal masyarakat Melayu Patani adalah dipercayai di Kampung Patani yang mula wujud semenjak kedatangan 80 kelamin masyarakat Melayu Patani yang mengiringi Sultan Zainal Abidin I (1702 - 1726) ke Bukit Keledang (Kuala Terengganu), Tarikh yang tepat wujudnya Kampung Patani tidak dapat dipastikan dan berkemungkinan antara tahun- tahun zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin I tersebut. 

Ini adalah kerana sebelum daripada pusat pemerintahan kekal di Bukit Keledang (Kota Lama), Kuala Terengganu, ianya telah melalui beberapa tempat di Hulu Terengganu seperti di Tanjung Baharu (Kota Batang Mahang), Kuala Berang hingga ke Langgar, Pulau Manis dan Chabang Tiga.

Catat Ulasan

0 Ulasan