Daulat Tuanku

Beberapa perkataan yang sering kita ulang, namun tak semua faham maksudnya.

1. Dirgahayu.
Maksudnya ialah : Semoga panjang umur. Ia berasal dari bahasa Sanskrit sebelum diserap ke bahasa Melayu.

2. Daulat Tuanku.
"Daulat" berasal dari bahasa Arab (دولة) bermaksud : Negara. Jadi Daulat Tuanku bermaksud : Negara Tuanku. Maksud yang tersirat ialah, negara ini di bawah pemerintahan Tuanku, kami semua menjunjung segala titah perintah Tuanku.

3. Duli Yang Maha Mulia.
Maksudnya ialah :

Duli : Habuk
Yang Maha Mulia : Allah SWT.

Simboliknya ialah, seluas mana pun empayar pemerintahan seorang raja, jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT, hanya seperti habuk dan debu yang halus.

4. Seri Paduka Baginda.
Maksudnya :

Paduka : Selipar / alas kaki
Baginda : Nabi Muhammad SAW.

Simboliknya ialah, sehebat mana pun kemuliaan seorang raja itu, jika dibandungkan dengan kemuliaan Nabi Muhammad SAW, hanya bagaikan alas kaki Baginda SAW.

Ini melambangkan betapa tawaduk dan rendah diri Raja-Raja Melayu dengan Allah SWT dan Nabi-Nya SAW.



#DaulatTuanku
#Alhamdulillah

Catat Ulasan

0 Ulasan